Menyanggah Jui Meng
(Hello Uncle Chua Jui Meng - This is a non political blog. So before you read this, we both know that we are from Muar. Deep in my heart, I know you are a good man. Deep in my heart, I know you didn't mean what you said, because it's simply untrue and that Malays never ever referred to the Chinese as slaves , deep in my heart, you used to be the diplomatic Uncle I once knew: what's hapenning to you?- Ed)BEKAS Menteri kesihatan, Chua Jui Meng menyatakan bahawa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu menolak konsep ketuanan Melayu. Beliau juga menganggap ketuanan Melayu yang dikaitkan dengan UMNO menjadikan kaum-kaum lain sebagai hamba.
Jui Meng menyatakan demikian ketika berucap pada majlis makan malam PKR Sabah, yang kini menghadapi perpecahan ekoran peletakan jawatan Naib Presiden, Jeffrey Kitingan dan Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.
Dalam Awang cuba mendidik diri untuk berpegang kepada gagasan 1 Malaysia, ia tidak bermakna Awang tidak boleh menyanggah pandangan beliau.
Awang tidak faham mengapa ketuanan Melayu yang tidak lagi dilaung-laungkan oleh orang Melayu kebelakangan ini, mahu dijadikan isu oleh Jui Meng.
Sudah banyak kali diperjelaskan bahawa ketuanan Melayu bukan mahu menjadikan Melayu tuan dan bukan Melayu sebagai hamba. Sebaliknya ketuanan Melayu adalah simbol dan bermaksud kedudukan Sultan-sultan Melayu sebagai tonggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, istiadat Melayu dan bahasa Melayu. Ketuanan Melayu adalah berpaksikan kepada perlembagaan negara.
Awang tidak percaya Jui Meng yang pernah menjadi menteri begitu dangkal dan buta sejarah. Nampaknya beliau yang bersikap rasis dan menjadi oportunis kaum. Apakah itu juga bermakna beliau menolak kedudukan raja-raja dan menyokong usaha ke arah menjadikan Malaysia negara republik?
Selama ini pun, ketuanan Melayu tidak pernah menindas kaum lain apatah lagi menjadikan kaum lain sebagai hamba. Malah rasanya tiada dalam dunia, kaum majoriti atau teras menjadi pelindung terbaik kepada kaum minoriti sejak sebelum merdeka lagi, melainkan kaum Melayu. Sehingga hari ini kaum Cina terus menguasai ekonomi dan kekayaan negara. Kaum itu yang sudah lama mewarisi budaya perniagaan dan mendapat kelebihan daripada strategi penjajah menempatkan mereka di bandar-bandar, mempunyai paling banyak aset dan wang simpanan di bank-bank. Bandar-bandar dan pekan di seluruh negara dikuasai oleh kaum Cina sementara kaum Melayu dan parti Melayu seperti UMNO tidak pernah bertindak merampas kekayaan sebagaimana berlaku di Zimbabwe. Senarai teratas orang terkaya di Malaysia yang sebahagiannya mendapat bisnes monopoli daripada pemimpin Melayu, juga adalah usahawan bukan Melayu. Peniaga kedai Cina di kampung-kampung Melayu misalnya sejak dulu bebas berniaga dengan mendapat sokongan Melayu tanpa diganggu. Itulah kemurahan hati Melayu yang diakui ramai pengkaji budaya antarabangsa sebagai kaum paling baik hati.
Akibat kemurahan hati itulah, yang sebenarnya menjadi tuan di negara ini adalah bukan Melayu. Pelancong, diplomat dan buruh asing pun tahu hakikat itu cuma Jui Meng yang mahu menafikannya. Kalau begitu, apa makna menjadi warganegara?
Dari (c) 2009, Utusan Malaysia
Dulu dalam kerajaan jaga periuk nasi sendiri bukan kepentingan rakyat. Sekarang bila hilang kuasa bukan main lagi mengata semata-mata demi kepentingan politik diri.Talam dua muka.Api dalam sekam.Memang bahaya!
ReplyDelete