ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, November 24, 2009

Ucapan Selamat dari Ayah

Wahai anakku Jefri,

Dalam perkiraan ayah

telah engkau menjangkau 11 tahun

usia baru menempuh alam dewasa

yang isinya manis tapi hanyalah sementara

yang harinya silih berganti

dengan begitu pantas sekali...

Hari ini, hari besar buat mu

hari melaksanakan perintah Tuhan

Hari khatan mu

Maka terimalah ini dengan gembira

dengan penuh rasa korban

Dan setia

buat Tuhan yg Maha Pengasih

Semoga diiringi rahmat dan ampunan yg luas.

Maka ayah ucapkan

Selamat berkhatan duhai anakku

Dan sembuhlah segera

Agar engkau kembali ceria

Agar kisah ini kau simpan

dalam sanubari hatimu

Dalam suka dan tangismu

dan tempuhilah hidup alam dewasa

dimana dosamu akan mula di kira

oleh Maha Pencipta





Ayah



0 comments:

Post a Comment