Thursday, August 29, 2013
Pelancaran Buku AIR MATA RAJA di Singapura
By Kumpulan RajaMenangis9:02 AMBuku, catatan melaka, halal, istana sultan, makanan, masakan, sasteraNo comments
Penulis buku 'AIR MATA RAJA' ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pn Masmunah Abdullah khasnya dan Restoran Mamanda, Sultan Gate, Singapura kerana akan menganjurkan Majlis Pelancaran Buku tersebut pada 20 September 2013 yang akan datang. Sejajar dengan itu juga, turut diadakan promosi sajian Kesultanan Melayu selama tiga hari berturut-turut. Sajian ini dipetik daripada buku 'Sejarah Melayu' yang mana ianya juga disebut di dalam buku 'Air Mata Raja'. Inilah peluang keemasan untuk menikmati enam sajian yang cukup autentik dan pertama kali di dalam sejarah, dipersembahkan dalam suasana penuh indah sarat dengan kesenian Melayu, di Mamanda (Bendahara Residence). Untuk tempahan, bolehlah emel : enquiry@mamanda.com.sg
Tuesday, August 13, 2013
ALLAHUAKBAR! DAULAT TUANKU.
By Kumpulan RajaMenangis1:49 PMagama, ajaran sesat, Al-Quran, bela, bulan Islam, istana sultan, isu sensitif, masjid, perpaduanNo comments
Surau yang menjadi pertikaian didalam media sosial sejak semalam mendapat perhatian Sultan Johor. Arahan terbaru dari Istana mengatakan bahawa surau berkenaan tidak diiktiraf sebagai surau. Segala papantanda mengenai Islam telah diarahkan dibuka, Titah dari DYMM Sultan Johor bangunan tersebut diarahkan untuk dirobohkan.
Sebelum itu penduduk disekitar Tg Sedili terkejut dengan upacara sembahyang oleh individu berugama Budha. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.
"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya. Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.
"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.
sumber: fauziahsamad.com
Sebelum itu penduduk disekitar Tg Sedili terkejut dengan upacara sembahyang oleh individu berugama Budha. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.
"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya. Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.
"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.
sumber: fauziahsamad.com
Sampai Bila Mahu Dihina?
By Kumpulan RajaMenangis7:26 AMagama, Al-Quran, asal cina, asal melayu, bela, cina muslim, hasutan, Islam, kepercayaan, kontroversiNo comments
Tidak kira siapa menghina Islam, salah tetap salah. Tindakan mesti diambil. Walaupun mungkin orang Islam (Melayu) sendiri melakukannya. Tidak ada pilih kasih dalam Islam dalam menentukan keadilan.
Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri (TPM) dimangsakan oleh ultra kiasu ekoran kontroversi klip video menghina Islam dalam internet. Memaparkan seorang individu Islam menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dengan latar bunyi takbir raya.
Mula-mula agak suspens, sama ada yang melakukannya orang Islam atau bukan Islam. Setelah disiasat, rupa-rupanya orang Islam. Ultra kiasu bersorak gembira.
Lanjutan itu, ultra kiasu mendesak TPM memohon maaf kerana telah memberikan respons awal sebelum dikenali siapakah yang melakukannya.
Sedangkan, kenyataan TPM adalah rentetan daripada penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh bukan Islam sebelum ini.
Kenyataan TPM yang didakwa berbunyi, “bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama Islam, sedangkan tiada orang Islam yang mempersendakan agama-agama bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan sebagainya” diperbesar-besarkan.
Pada saya, jika benarlah kenyataan TPM tersebut, permohonan maaf tidak perlu dilakukan. Umat Islam tidak boleh lagi bersabar dengan penghinaan demi penghinaan yang semakin berleluasa dan sengaja dilakukan.
Itu pun nasib baiklah umat Islam tidak bertindak balas seperti yang berlaku di negara lain. Jika tidak, saya pun tidak boleh menjangkakan apa akan terjadi.
Lagipun, menyamakan video anjing tersebut dengan kes Alvivi adalah dua perkara berbeza. Video anjing itu adalah kejahilan. Manakala video Alvivi adalah kesengajaan, Adakah kita sudah lupa video hubungan seks rambang pasangan ini yang sengaja dipaparkan? Tidakkah ia mengganggu ketenteraman awam?
Isu ini mengingatkan saya kes ketuk ketampi perempuan berkulit putih di penjara pada tahun 2008. Heboh satu Malaysia. Ultra kiasu mendakwa polis melakukan penderaan di penjara dan berlaku tidak adil ke atas orang Cina.
Tanpa soal periksa, Perdana Menteri ketika itu telah menghantar seorang menteri ke negara China untuk meminta maaf.
Namun, setelah disiasat, rupa-rupanya bukan warga Cina yang ketuk ketampi di penjara, tetapi orang Melayu. Tiba-tiba satu Malaysia senyap. Kenapa ultra kiasu tidak bela Melayu tersebut? Kena pada Cina (bukan Islam) tidak boleh. Kenapa pada Melayu OK. Bukankah parti dan NGO ultra kiasu selalu mendakwa bahawa mereka berjuang untuk semua kaum?
Kenapa dalam isu ini, TPM dipaksa untuk meminta maaf? Siapa ultra kiasu ini? Ingat, penghinaan ke atas Islam oleh bukan Islam bukan dibuat sekali dua, tetapi berkali-kali.
Saya setuju dengan pendapat TPM, orang Islam jarang sekali kedengaran kenyataan atau tindakan mereka menyakiti bukan Islam. Jika adapun, boleh dibilang dengan jari berbanding bukan Islam. Itu pun hasil provokasi bukan Islam. Bila orang Islam bertindak balas, ‘dibuktikan bersalah’, hukuman yang diterima oleh orang Islam tersebut begitu berat. Tidak siapa pun membela mereka.
Namun, bila ada bukti menunjukkan bukan Islam bersalah, seperti kes Alvivi, yang mana jaminan tidak diberikan, heboh satu Malaysia. Mereka mendakwa mahkamah tidak adil. Hukuman tidak setimpal dengan kesalahan.
Nasib baik PRU13 telah berlalu. Jika ditakdirkan PRU13 masih belum selesai, saya amat yakin kesalahan orang seperti Alvivi sudah lama dimaafkan atau dibebaskan serta tidak akan didakwa atau dibicarakan langsung.
Inilah politik kita. Undi lebih penting daripada maruah agama, bangsa dan negara. Manusia berada di atas undang-undang. Saya harap kali ini tidak. Kita mesti bertegas, jika mahu melahirkan negara idaman, seperti negara lain.
Apakah kita lupa penghinaan ke atas al-Quran, terhadap Nabi, penghinaan azan dan perbuatan mencampak kepala babi ke dalam masjid dan surau? Ini tidak termasuk penghinaan terhadap perkara fundamental Islam seperti larangan pergaulan bebas lelaki dan perempuan (salon), arak, judi dan sebagainya. Belum lagi saya paparkan penghinaan terhadap raja-raja
Melayu dan kedudukan Melayu dan bahasa Melayu. Begitu juga isu perebutan anak kalangan pasangan memeluk Islam, yang selalu memihak kepada bukan Islam. Bertegaskah kita?
Justeru, kali ini, saya amat mengharapkan pihak berkuasa bertindak dengan tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencemarkan kesucian Islam, begitu juga jika ada umat Islam melakukannya ke atas bukan Islam.
sumber: sinarharian.com.my / Oleh: Ridhuan Tee Abdullah
Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri (TPM) dimangsakan oleh ultra kiasu ekoran kontroversi klip video menghina Islam dalam internet. Memaparkan seorang individu Islam menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dengan latar bunyi takbir raya.
Mula-mula agak suspens, sama ada yang melakukannya orang Islam atau bukan Islam. Setelah disiasat, rupa-rupanya orang Islam. Ultra kiasu bersorak gembira.
Lanjutan itu, ultra kiasu mendesak TPM memohon maaf kerana telah memberikan respons awal sebelum dikenali siapakah yang melakukannya.
Sedangkan, kenyataan TPM adalah rentetan daripada penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh bukan Islam sebelum ini.
Kenyataan TPM yang didakwa berbunyi, “bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama Islam, sedangkan tiada orang Islam yang mempersendakan agama-agama bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan sebagainya” diperbesar-besarkan.
Pada saya, jika benarlah kenyataan TPM tersebut, permohonan maaf tidak perlu dilakukan. Umat Islam tidak boleh lagi bersabar dengan penghinaan demi penghinaan yang semakin berleluasa dan sengaja dilakukan.
Itu pun nasib baiklah umat Islam tidak bertindak balas seperti yang berlaku di negara lain. Jika tidak, saya pun tidak boleh menjangkakan apa akan terjadi.
Lagipun, menyamakan video anjing tersebut dengan kes Alvivi adalah dua perkara berbeza. Video anjing itu adalah kejahilan. Manakala video Alvivi adalah kesengajaan, Adakah kita sudah lupa video hubungan seks rambang pasangan ini yang sengaja dipaparkan? Tidakkah ia mengganggu ketenteraman awam?
Isu ini mengingatkan saya kes ketuk ketampi perempuan berkulit putih di penjara pada tahun 2008. Heboh satu Malaysia. Ultra kiasu mendakwa polis melakukan penderaan di penjara dan berlaku tidak adil ke atas orang Cina.
Tanpa soal periksa, Perdana Menteri ketika itu telah menghantar seorang menteri ke negara China untuk meminta maaf.
Namun, setelah disiasat, rupa-rupanya bukan warga Cina yang ketuk ketampi di penjara, tetapi orang Melayu. Tiba-tiba satu Malaysia senyap. Kenapa ultra kiasu tidak bela Melayu tersebut? Kena pada Cina (bukan Islam) tidak boleh. Kenapa pada Melayu OK. Bukankah parti dan NGO ultra kiasu selalu mendakwa bahawa mereka berjuang untuk semua kaum?
Kenapa dalam isu ini, TPM dipaksa untuk meminta maaf? Siapa ultra kiasu ini? Ingat, penghinaan ke atas Islam oleh bukan Islam bukan dibuat sekali dua, tetapi berkali-kali.
Saya setuju dengan pendapat TPM, orang Islam jarang sekali kedengaran kenyataan atau tindakan mereka menyakiti bukan Islam. Jika adapun, boleh dibilang dengan jari berbanding bukan Islam. Itu pun hasil provokasi bukan Islam. Bila orang Islam bertindak balas, ‘dibuktikan bersalah’, hukuman yang diterima oleh orang Islam tersebut begitu berat. Tidak siapa pun membela mereka.
Namun, bila ada bukti menunjukkan bukan Islam bersalah, seperti kes Alvivi, yang mana jaminan tidak diberikan, heboh satu Malaysia. Mereka mendakwa mahkamah tidak adil. Hukuman tidak setimpal dengan kesalahan.
Nasib baik PRU13 telah berlalu. Jika ditakdirkan PRU13 masih belum selesai, saya amat yakin kesalahan orang seperti Alvivi sudah lama dimaafkan atau dibebaskan serta tidak akan didakwa atau dibicarakan langsung.
Inilah politik kita. Undi lebih penting daripada maruah agama, bangsa dan negara. Manusia berada di atas undang-undang. Saya harap kali ini tidak. Kita mesti bertegas, jika mahu melahirkan negara idaman, seperti negara lain.
Apakah kita lupa penghinaan ke atas al-Quran, terhadap Nabi, penghinaan azan dan perbuatan mencampak kepala babi ke dalam masjid dan surau? Ini tidak termasuk penghinaan terhadap perkara fundamental Islam seperti larangan pergaulan bebas lelaki dan perempuan (salon), arak, judi dan sebagainya. Belum lagi saya paparkan penghinaan terhadap raja-raja
Melayu dan kedudukan Melayu dan bahasa Melayu. Begitu juga isu perebutan anak kalangan pasangan memeluk Islam, yang selalu memihak kepada bukan Islam. Bertegaskah kita?
Justeru, kali ini, saya amat mengharapkan pihak berkuasa bertindak dengan tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencemarkan kesucian Islam, begitu juga jika ada umat Islam melakukannya ke atas bukan Islam.
sumber: sinarharian.com.my / Oleh: Ridhuan Tee Abdullah
Monday, August 12, 2013
Falsafah Aidilfitri perlu dihayati
By Kumpulan RajaMenangis9:11 AMaidilfitri, Al-Quran, amalan, bulan Islam, perayaan, perpaduanNo comments
SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa tersebut.
Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya tersebut, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang telah diwarisi secara turun-temurun daripada datuk nenek mereka terdahulu.
Lalu Rasulullah SAW telah menyatakan kepada masyarakat Arab Madinah bahawa Islam telah menggantikan dua hari raya yang diraikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau disebut Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat.
Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang-orang yang telah dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana telah berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga kemenangan kerana seseorang yang telah mengerjakan puasa tersebut dengan sendirinya dapat menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang. Sekiranya dilakukan juga maka akan terbatallah puasanya.
Kerana itulah Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan tersebut. Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah, iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal, Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
Oleh kerana ini dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan esok adalah hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat dengan memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani daripada Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari Kiamat."
Pada pagi hari raya biasanya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhuwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.
Perlu diingat bahawa Islam tidak pernah mengajar umatnya berlebih-lebih atau melampaui batas dalam menyambut apa sahaja perayaan.
Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang mahal dan kuih-muih yang terlalu banyak.
Pada zaman Rasulullah, telah datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat menyambut hari raya Aidilfitri." Lalu baginda segera bertanya: "Kenapa wahai saudaraku?" Lelaki tersebut pun berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru." Rasulullah kemudiannya bertanya beberapa sahabat yang lain, agar sesiapa yang mempunyai baju yang baru dapat kiranya diberikan kepada lelaki tadi.
Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa sahaja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru untuk dipakai pada hari tersebut.
Lalu, digalakkan sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa sahaja kepada orang-orang yang tidak berupaya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Foto: puteraduyung.com
Sunday, August 4, 2013
Ucapan Raya
Air tak selalu jernih
begitu juga ucapanku
Kapas tak selalu putih
begitu juga hatiku
Langit tak selalu biru
begitu juga hidupku
Jalan tak selalu lurus
begitu juga langkahku
Hakim tidak sentiasa benar
begitu juga tanggapanku
Hari tidak selalu panas
begitulah hujan di mataku
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Yang baik itu tetap dari Allah dan yang cacat itu pasti sayalah pendosanya.
(c)Shaharudin Ali
Kredit foto: http://www.postcolonialweb.org
begitu juga ucapanku
Kapas tak selalu putih
begitu juga hatiku
Langit tak selalu biru
begitu juga hidupku
Jalan tak selalu lurus
begitu juga langkahku
Hakim tidak sentiasa benar
begitu juga tanggapanku
Hari tidak selalu panas
begitulah hujan di mataku
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Yang baik itu tetap dari Allah dan yang cacat itu pasti sayalah pendosanya.
(c)Shaharudin Ali
Kredit foto: http://www.postcolonialweb.org
Wednesday, July 31, 2013
Senjata Melayu Yang Digelapkan Sejarah
By Kumpulan RajaMenangis6:47 AMasal melayu, jati melayu, ketuanan, Luahan, negeri melayu, orang melayuNo comments
Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.
Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...
Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.
Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.
Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.
Dalam artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"
Benarkah begitu?
Tuesday, July 30, 2013
Iman+Taqwa+ Ilmu+Tazkirah = Kunci Kejayaan
By Kumpulan RajaMenangis3:36 PMagama, Al-Quran, baca quran, bulan Islam, Islam, peradaban, perundanganNo comments
Apakah penanda aras bagi kejayaan?
Mari kita rehat sejenak daripada melakukan kerja-kerja harian. Kita fikir dan zikir kepada Allah untuk diri, kita fikir tentang diri, bagaimana mahu jadi insan sempurna, bagaimana mahu mencapai kejayaan yang hakiki. Ramai orang ingin berjaya tetapi tidak ramai yang mengetahui kunci utama menuju kejayaan. Kita kata mahu jadi manusia yang berjaya, tetapi bagaimana cara hendak berjaya? Kita kata mahu jadi manusia yang cemerlang tetapi bagaimana mengikut acuan Islam yang benar? Jika diberi pilihan antara ’gagal’ dan ’berjaya’, yang mana satu pilihan kita? Satu dalam sepuluh yang memilih ’gagal’ dan kemungkinan yang memilih ’gagal’ itu mempunyai masalah dalam berfikir.
Tidak keterlaluan jika dikatakan terdapat sebahagian orang yang meletakkan kekayaan wang ringgit, harta benda dan pangkat yang dimiliki sebagai ukuran kejayaan. Dialog biasa yang menjadi halwa telinga bila kita dianggap telah melepasi tahap penilaian kejayaan mengikut ukuran masyarakat sekeliling adalah antaranya seperti berikut, ”Kau tak apalah berjawatan besar, rumah besar, kereta besar dan....” kita bangga bila dikatakan begitu. Pernahkah kita berusaha untuk menafikan sebenarnya kita belum berjaya dalam hidup ini, yang ada itu hanyalah pinjaman, yang dilihat itu adalah pada pandangan manusia, bukan pandangan Allah. Yang kita ingin, yang kita mahu, yang perlu kita usahakan adalah untuk mencapai pandangan Allah, redha Allah dan kejayaan utama di sisi Allah, bukan kejayaan di sisi masyarakat sekeliling sahaja. Dalam hal ini Allah SWT telah memberi pelbagai gambaran yang meletakkan asas terhadap keinginan seseorang itu untuk berjaya dalam kehidupan. Antaranya melalui peningkatan iman, taqwa, ilmu dan tazkiah diri.
Sila baca lagi di sini.
Friday, July 26, 2013
Melunasi Zakat Fitrah
SEIRING dengan kedatangan Ramadan al-Mubarak, salah satu lagi kewajipan umat Islam adalah mengeluarkan zakat. Pensyariatannya telah ditetapkan oleh Islam sejak diutuskan Rasulullah SAW.
Seseorang Muslim yang melaksanakan kewajipan berzakat sebenarnya akan merasa lebih tenang dan damai hatinya setelah berjaya melalui proses penyucian dengan mengeluarkan sebahagian hak Allah yang diamanahkan kepada si pemiliknya kepada sebahagian individu lain yang memerlukannya.
Zakat bermaksud memberi sebahagian harta tertentu kepada orang yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu.
Tujuannya untuk menyeimbangkan jurang pendapatan di kalangan ummah bagi mencapai suatu tingkat hidup yang lebih baik pada paras nisbah yang wajar.
Harta sebenarnya adalah suatu alat untuk mencari kebahagiaan hakiki di akhirat dan bukannya matlamat untuk menjadi hamba kepada nafsu sendiri tanpa batasan.
Justeru, sebagai tanda menggambarkan rasa kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan nikmat harta benda kepada seseorang individu itu, maka amat wajarlah ia turut sama dikongsi bersama insan di sekeliling yang barangkali tidak mampu untuk merasai kemewahan hidup seperti yang dirasakan oleh mereka yang berada atau kaya.
Zakat fitrah hukumnya fardu ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jumlah zakat adalah bersamaan sekilogram daripada makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah negara.
Bagi kita di Malaysia sudah tentulah beras kerana ia menjadi makanan ruji semua penduduknya.
Dalil pensyariatan zakat fitrah antaranya ialah sabda Rasulullah SAW daripada riwayat Abi Daud yang bermaksud: "Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang-orang yang berpuasa daripada perbuatan yang tidak berguna dan dosa serta sebagai makanan bagi orang-orang miskin."
Di dalam al-Quran pula Allah SWT telah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 103 yang bermaksud: Ambillah sedekah atau zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka, dan berdoalah sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Golongan berhak terima zakat
1Fakir yang tidak ada harta atau hartanya kurang satu perdua daripada keperluan sendiri. Golongan ini juga tidak ada orang yang menanggung penghidupan mereka.
2Miskin yang mempunyai harta sebanyak satu perdua keperluannya atau tidak mencukupi.
3Amil, iaitu orang yang dilantik untuk menguruskan pungutan dan pembahagian zakat.
4Mualaf, iaitu orang yang baru memeluk agama Islam.
5Hamba, iaitu orang yang mahu menebus diri daripada tuannya.
6Orang yang berhutang dan hutang itu bukan untuk tujuan maksiat tetapi untuk kepentingan masyarakat dan keperluan hidupnya.
7Untuk kegunaan pada jalan Allah (Fisabilillah), iaitu bagi tentera yang berjuang kerana Allah atau kegiatan amal seperti membina masjid, hospital, rumah anak yatim dan sebagainya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Thursday, July 25, 2013
Kek Coklat Bersantan
Bahan-bahan:
150 gm gula perang
200 ml Santan M&S
200 ml minyak jagung
50 gm serbuk koko
160 gm susu pekat
3 biji telur
1 sudu teh vanila
Bahan Ayak:
160 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda penaik
Cara membuat:
1. Jerang 5 bahan pertama atas api perlahan sehingga sebati.
2. Angkat dan biar suam sedikit.
3. Pukul telur dan vanila hingga kembang.
4. Tuangkan 1/3 campuran koko berselangseli dengan 1/3 bahan ayak.
5. Masukkan ke dalam tin 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilenser marjerin.
6. Tutup dengan foil (lenser bawah dgn minyak).
7. Kukus atas api sederhana selama 1 jam.
150 gm gula perang
200 ml Santan M&S
200 ml minyak jagung
50 gm serbuk koko
160 gm susu pekat
3 biji telur
1 sudu teh vanila
Bahan Ayak:
160 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda penaik
Cara membuat:
1. Jerang 5 bahan pertama atas api perlahan sehingga sebati.
2. Angkat dan biar suam sedikit.
3. Pukul telur dan vanila hingga kembang.
4. Tuangkan 1/3 campuran koko berselangseli dengan 1/3 bahan ayak.
5. Masukkan ke dalam tin 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilenser marjerin.
6. Tutup dengan foil (lenser bawah dgn minyak).
7. Kukus atas api sederhana selama 1 jam.
Thursday, July 18, 2013
RENDANG DENDENG (RENDANG JAWA)
Bahan-bahan:
1 kg daging – rebus, potong nipis & tumbuk nipis
1 cawan kicap manis
12-15 tangkai cili kering – rendam, kisar
200 ml Santan M&S
¼ cawan air asam jawa
Minyak
Garam, gula
Bahan Tumis:
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Bahan kisar:
2 labu bawang besar } kisar (a)
2 ulas bawang putih }
3 cm halia }
3 cm lengkuas } kisar (b)
4 batang serai }
Cara membuat:
1. Perap daging dengan kicap selama 4 jam.
2. Goreng daging dalam minyak panas hingga separuh garing. Angkat.
3. Panaskan ½ cawan minyak, tumis bahan tumis dan bahan kisar (a).
4. Bila wangi, masukkan bahan kisar (b).
5. Masak hingga terbit bau, campurkan cili kisar.
6. Bila cili masak, masukkan santan, garam, gula, kicap (perap), air asam jawa dan daging.
7. Masak hingga pekat kemudian angkat.
1 kg daging – rebus, potong nipis & tumbuk nipis
1 cawan kicap manis
12-15 tangkai cili kering – rendam, kisar
200 ml Santan M&S
¼ cawan air asam jawa
Minyak
Garam, gula
Bahan Tumis:
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Bahan kisar:
2 labu bawang besar } kisar (a)
2 ulas bawang putih }
3 cm halia }
3 cm lengkuas } kisar (b)
4 batang serai }
Cara membuat:
1. Perap daging dengan kicap selama 4 jam.
2. Goreng daging dalam minyak panas hingga separuh garing. Angkat.
3. Panaskan ½ cawan minyak, tumis bahan tumis dan bahan kisar (a).
4. Bila wangi, masukkan bahan kisar (b).
5. Masak hingga terbit bau, campurkan cili kisar.
6. Bila cili masak, masukkan santan, garam, gula, kicap (perap), air asam jawa dan daging.
7. Masak hingga pekat kemudian angkat.
Tuesday, July 9, 2013
Membina Momentum Menjelang Ramadhan
By Kumpulan RajaMenangis10:50 AMagama, bulan Islam, Islam, masakan, mengajar islam, ramadhanNo comments
Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam bakal menjelang tidak lama lagi. Dalam keghairahan kita untuk menyambutnya, harus diingati persiapan yang perlu dilengkapi agar Ramadhan kali ini tidak menyebabkan kita tersungkur sebelum penghujungnya. Bukan setakat persediaan daripada aspek mental dan spiritual malah aspek fizikal juga perlu diambilkira dan disenaraikan keutamaannya. Selain mengejar pahala di bulan barakah, kita juga mensasarkan kesihatan tubuh badan yang unggul agar ia mampu menjadi wahana menggapai ketaqwaan kepada Allah SWT.
Sebelum Ramadhan, momentum kesihatan perlu dibina. Latihan puasa perlu dicetuskan. Ini untuk memastikan agar fisiologi tubuh badan dapat disesuaikan dengan situasi berpuasa. Berpuasa sunat sebelum Ramadhan dapat melatih perut supaya tidak terlalu ‘terkejut' dengan puasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Inilah antara hikmah puasa sunat Rejab dan Sya'ban yang digalakkan dalam Islam sepertimana telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim: "Adalah Rasulullah SAW kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya'ban".
Amalan yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW menunjukkan bahawa keutamaan berpuasa sunat itu digalakkan menjelang Ramadhan terutamanya pada bulan Sya'ban sebagai latihan sebelum memasuki madrasah Ramadhan di mana kita akan berpuasa selama sebulan berturut-turut tanpa boleh diselang seli. Oleh itu, tubuh kita memerlukan suatu kekuatan dan kecergasan agar mampu meneruskannya tanpa kecundang di pertengahannya. Apabila kita sudah bersedia dengan momentum yang cukup, barulah dapat mengharungi Ramadhan dengan cergas dan sihat. Kerap kali kita mendengar keluhan kelesuan, ketidakselesaan perut dan gastrik semasa di pertengahan puasa akibat tidak mempunyai perancangan dalam amalan pemakanan dan menu yang diaturkan.
Berpuasa merupakan salah satu cara untuk merehatkan sistem pencernaan yang bekerja hampir 24 jam sehari tanpa henti sekaligus ia akan meningkatkan kecekapan sistem tersebut dan meningkatkan kadar pembebasan tenaga selepas berakhirnya amalan berpuasa. Ini menjadikan seseorang lebih sihat dan bertenaga. Ia boleh diibaratkan seperti kita menserviskan kenderaan yang dipakai, setelah diservis kereta kembali berupaya dengan lebih efisien.
Otak akan memberikan isyarat bahawa tubuh badan tidak akan menerima makanan ketika berpuasa dalam tempoh yang panjang. Oleh itu, tubuh kita cuba untuk menyesuaikan diri dalam keadaan lapar supaya dapat menyimpan tenaga dan metabolisma badan berlaku secara perlahan seiring dengan jumlah kalori yang diperolehi. Tubuh memerlukan masa untuk menyesuaikan keadaan tersebut, maka dengan berpuasa sunat sebelum Ramadhan memberikan satu peluang untuk melatih badan menghadapi kelaziman tersebut.
Ketika sihat, tubuh kita lebih mudah untuk menghadam dan menyerap zat sesuatu makanan. Namun, sebaliknya berlaku apabila kita berada dalam lingkungan yang tidak sihat. Zat makanan tidak diserap secara efisien malah toksin juga sukar untuk disingkirkan daripada badan. Oleh sebab itu, selama sebulan dalam bulan Ramadhan, kita perlu memastikan agar tubuh kita berada dalam keadaan yang memuaskan dan mampu menjalani ibadah puasa dengan baik. Maka, pola pemakanan rutin yang kita lalui kini iaitu sebelum Ramadhan perlu diberikan alternatif agar ia menjadi lebih seimbang dan kesihatan berada pada tahap yang optimum. Ini adalah untuk memastikan agar kita dapat mengatasi sebarang masalah atau perubahan badan yang berlaku semasa kita berpuasa kelak.
Di samping itu, perlu untuk kita menilai tahap kesihatan sebelum Ramadhan. Jika menghidapi sebarang penyakit dan bergantung kepada ubat-ubatan, perlulah mendapat nasihat doktor tentang pengubahsuaian waktu pengambilan ubat agar tidak mengganggu puasa dan tahap kesihatan.
Dalam persediaan menghadapi Ramadhan, perlu dibulatkan bahawa corak pemakanan adalah sama sahaja seperti sebelum Ramadhan. Malah perlu dilatih agar perut kita mampu menerima makanan dalam kuantiti yang kecil. Walaupun jumlah hidangan berkurang daripada 3 kali menjadi 2 kali sehari iaitu berbuka puasa dan bersahur, ia tidak mendatangkan permasalahan kepada kesihatan selagi mana kita mengawal corak pemakanan.
Di samping itu, kita perlu mengamalkan diet yang mempunyai karbohidrat kompleks agar dapat memberi ketahanan kepada tubuh badan sepanjang berpuasa. Kita perlu mengurangkan atau mengelakkan makanan dan minuman manis, makanan yang mengandungi pengawet, gula tiruan, makanan ringan dan juga makanan bergoreng. Jika kita boleh kurangkan pengambilan makanan tersebut pada masa kini, barangkali ia juga boleh menjadi latihan untuk pilihan menu yang bijak semasa berpuasa. Apa yang penting, kita menjalani ibadah puasa dengan memiliki risiko kesihatan yang rendah dan bertenaga apabila mengamalkan diet yang seimbang dan sempurna.
Tabiat yang tidak sihat seperti merokok juga perlu dikurangkan sedikit demi sedikit sebagai satu latihan untuk kita menempuh bulan Ramadhan dan akhirnya ia menjadi satu medan berhenti merokok bagi perokok yang tegar. Tidak mustahil berlaku jika golongan tersebut mahu memulakannya dari sekarang.
Amalan pemakanan dan apa yang kita makan akan mencerminkan diri kita yang sebenar. Justeru, mengamalkan kesederhanaan dalam pemakanan dan meniru diet Rasulullah SAW akan memberikan impak yang besar kepada kesihatan. Perubahan yang berdikit-dikit sebelum menghadapi Ramadhan mampu menjadikan kita lebih sihat dan bertenaga. Akhirnya dengan puasa, kita mampu meraih maghfirah dan ketaqwaan. Buatlah persediaan untuk menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya. Semoga Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita Muslim yang lebih baik berbanding dengan tahun sebelum ini.
Ditulis oleh Norkumala binti Awang / ikim.gov.my
Mengapai Taqwa Di Persinggahan Ramadhan
By Kumpulan RajaMenangis10:45 AMbaca quran, bulan Islam, kelebihan ramadhan, Rasulullah SAWNo comments
Sepertimana masa yang begitu pantas berlalu, begitu juga dengan bulan Ramadhan sudah pun sampai ke pertengahan perjalanannya. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaan ini sedikit masa lagi akan meninggalkan kita dengan pelbagai pertanyaan di manakah letaknya kedudukan puasa yang kita lalui, mantap atau lemah iman yang kita miliki, sejauh manakah keprihatinan kita terhadap masyarakat yang kita sayangi dan juga di tahap manakah tingkatan taqwa kita ini.
Sebenarnya puasa yang bersungguh-sungguh sehingga ke tahap khusus-ul-khusus sepertimana yang diungkapkan oleh Imam al Ghazali akan melahirkan benih taqwa dan kasih sayang kepada sesama manusia dan juga berupaya untuk mengendalikan sifat mazmumah seperti sombong, rakus, tamak dan bangga diri serta mampu pula untuk menjauhkan diri dari segala sifat kehaiwanan.
Intipati pendidikan Ilahi melalui ibadah puasa ini juga ialah untuk menanam dan mengukuhkan kesedaran yang sedalam-dalamnya akan kehadiran (omnipresence) Allah SWT di dalam setiap saat kehidupan manusia. Kesedaran inilah yang melandasi ketaqwaan atau merupakan hakikat ketaqwaan itu, yang mana ianya turut membimbingseseorang ke arah tingkah laku yang baik dan terpuji. Maka menerusi ibadah puasa selama sebulan ini diharapkan akan terbina dan tampil seorang yang berbudi pekerti luhur dan berakhlaq karimah serta menjadi seorang yang mantap taqwanya sesuai dengan natijah puasa itu sendiri iaitu ‘mudah-mudahan kamu bertaqwa.'
Sehubungan dengan itu juga al-Quran menyatakan bahawa tiada jaminan mereka yang berpuasa pasti akan mencapai ketaqwaan. Ianya adalah sebuah harapan yang menagih kesungguhan agar segala syarat dan peraturannya dipenuhi. Maka dengan itu, perlumbaan adalah terbuka bagi sesiapa sahaja untuk mencapai taqwa.
Jika dilihat dari segi sejarah dan tamadun Islam, kemunculan manusia yang bertaqwa ini datang dari pelbagai latarbelakang. Bagi mereka yang sudah sekian lama terkurung dalam cara hidup jahiliyah yang mengongkong, tiba-tiba diberi peluang terbuka untuk sama-sama mencapai kemuliaan diri dengan kehadiran Islam, maka peluang ini diterima dan digarap dengan sebaik-baiknya. Maka muncullah peribadi-peribadi unggul seperti Bilal ibn Rabah yang cuma seorang hamba, Ammar ibn Yasir dan Zaid ibn Harithah yang telah dimerdekakan oleh Rasulullah SAW untuk menjadi pembantu baginda.
Begitulah juga halnya ketika Islam tiba di alam Melayu sekitar abad ke-13, pandangan hidup (worldview) Islam inilah yang memikat umat Melayu sebagai jalan melepaskan diri dari kongkongan cara hidup yang menindas dan zalim kepada ruang lingkup kehidupan yang bebas dan aman di bawah naungan taqwa.
Taqwa adalah nilai Ilahiyyah yang melebihi pangkat dan darjat. Sehubungan dengan ini, al-Quran turut menyatakan bahawa tidak akan ada kemuliaan buat mereka yang telah dipandang sepi oleh Tuhannya, walaupun mereka begitu disanjung orang dan memiliki sejumlah gelaran duniawi yang tidak punya jaminan di akhirat. Ini adalah kerana mereka telah tertipu dengan nilai-nilai palsu duniawi dan meletakkan nafsu sebagai asas untuk menjalani kehidupan ini.
Maka dalam hal ini, puasa amat berperanan untuk membentuk insan yang mulia dengan melihat dunia ini sebagai bekalan untuk kehidupan yang lebih utama di akhirat, dan bukannnya matlamat yang perlu dilayani segala keperluannnya. Untuk itu, taqwa adalah asasnya dan mereka yang berjaya adalah mereka yang benar dan sah taqwanya sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT bahawa semulia-mulia di kalangan manusia itu ialah mereka yang paling bertaqwa.
Lanjutan daripada itu juga, mereka yang berjaya ialah mereka yang benar-benar menghayati Ramadhan seutuhnya sebagai satu ibadah yang selengkapnya, iaitu yang mampu membawa kesan taqwa yang terpancar menerusi akhlak mulia dan berupaya pula mengawal nafsu yang sering memburu kelazatan jasmaniah.
Bagi mereka yang berusaha keras dan bersungguh-sungguh menjaga dan memelihara puasanya, maka puasanya merupakan pembersihan rohaniah dari daki cintakan dunia (hubbud-dunya). Puasanya juga berupaya untuk mendidiknya daripada menjadi rakus terhadap dunia seperti gila kuasa dan pangkat, bakhil, gelojoh, lupa diri, sombong, tamak, pembazir dan suka bermewah-mewah.
Sepertimana puasa itu dapat mendidik supaya lebih bertanggungjawab dan mengangkat kemuliaan diri, maka puasa itu juga mengubah cita rasa, budaya dan minda; dengan menguatkan kepedulian terhadap masyarakat menerusi iltizam dan pengorbanan untuk manusia lain melalui amalan infaq atau sedeqah. Banyak ayat al Quran yang menyentuh mengenai budaya infaq ini yang mana ianya mempunyai kaitan yang sangat erat dengan taqwa.
Infaq memerlukan persediaan minda yang bukan sedikit dan amalan infaq juga tidak dapat dibudayakan tanpa pemerkasaan nilai-nilai taqwa di dalam diri seseorang Muslim. Oleh yang demikian, amalan infaq itu sekaligus merupakan persediaan budaya, minda dan rohaniah. Iaitu keinsafan kepada hakikat-hakikat abadi yang lebih agung dan suci, yang pastinya melebihi kesibukan dan hal-hal remeh keduniaan.
Sepertimana halnya solat yang difardhukan kepada setiap orang Islam adalah merupakan perhubungan tetap antara hamba dengan Tuhannya, dan juga mi`raj orang-orang yang beriman. Sekiranya longgar perhubungan dengan Tuhan, maka longgarlah hubungan dan ikatannya dengan alam Ketuhanan dan alam kemanusiaan ini. Maka solat sekaligus merupakan tarbiyyah dan ibadah peribadi dan kemasyarakatan yang memberi bentuk dan watak rabbani kepada pandangan hidup seorang Muslim beserta dengan perasaan dan tingkahlakunya sama ada terhadap diri sendiri ataupun kepada masyarakat.
Begitulah juga halnya dengan puasa. Dengan sempurnanya amalan puasa, maka amalan infaq akan membudaya tanpa dipaksa-paksa dan dibuat-buat. Seseorang Muslim itu akan mengakuri kurniaan rezeki dari Ilahi, bahawa Tuhan adalah Pemilik Mutlak dan bahawa manusia hanyalah pemegang amanah yang mentadbirnya. Memang tidak dinafikan bahawa rasa cintakan dunia merupakan suatu perasaan yang sangat tajam dan mendalam dan sering mendesak dalam kehidupan ini. Memang manusia disuntik dengan rasa pelbagai macam keinginan terhadap dunia. Maka untuk mengawalnya, manusia perlu dididik tentang wujudnya sesuatu yang lebih baik dari kesemua rasa kecintaan dunia, iaitu apa yang disediakan di akhirat itu adalah lebih sempurna dan abadi.
Pengalaman hidup telah membuktikan bahawa gara-gara berebut hartalah, maka manusia sanggup berbunuhan dan berpecah belah. Oleh yang demikian, lantaran pelbagai cabaran inilah maka tidak mudah untuk manusia melakukan infaq secara rela dan insaf. Kejayaan melawan sifat kikir dan bakhil ini merupakan kejayaan yang amat bererti pada menjalani ibadah puasa ini. Malah, pahlawan Muslim yang sejati adalah mereka yang berjaya mengawal runtunan nafsu dan berinfaq secara ikhlas ketika senang ataupun susah. Inilah yang diterangkan oleh al Quran akan segolongan manusia yang dipuji oleh Allah SWT. kerana subur budaya infaqnya iaitu mereka yang membelanjakan harta mereka pada siang dan malam harinya secara sembunyi atau secara terbuka.
Inilah antara pengajaran yang dibawa oleh ibadah puasa, iaitu manusia dihargai dalam pandangan Allah SWT. menurut amal perbuatan berdasarkan taqwanya, iaitu suatu penegasan tentang pencapaian amalan yang ikhlas dan mulia. Iaitu dalam pengertian bahwa penghargaan kepada seseorang didasarkan kepada apa yang dapat dibuat dan dicapai oleh seseorang.
Malah Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa perbuatan makruf dapat menghakiskan kejahatan, sedekah atau infaq yang disumbangkan secara sembunyi boleh memadam murka Tuhan dan menghubungkan silatur rahimboleh memanjangkan umur.
Atas dasar keinsafan itu, hendaknya kita tidak menjalani hidup ini dengan santai dan anganan mudah, melainkan dengan penuh kesungguhan dan keprihatinan. Sebab apapun yang kita perbuat akan kita dipertanggungjawabkan di hadapan Khaliq suatu masa nanti.
Ditulis oleh Abu Bakar Bin Yang, http://www.ikim.gov.my























