ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, March 12, 2012

Titah Yang diPertuan Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah menyeru seluruh rakyat supaya sentiasa mengukuhkan perpaduan serta memberi sokongan kepada agenda pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan. 

Baginda bertitah, rakyat perlu mengelak daripada melakukan apa jua tindakan yang boleh menjejas atau menggugat kedaulatan negara ataupun cuba menidakkan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan.


"Beta berharap semua pihak terutama generasi muda berusaha memahami dan menghayati sejarah kemerdekaan negara yang merupakan hasil pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dan seterusnya menghargai kebebasan yang dinikmati sekarang," titah baginda sempena istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Turut berangkat hadir Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tuanku Abdul Halim juga bertitah menyeru rakyat terus memberi sokongan dan sumbangan untuk memastikan segala perancangan agenda pembangunan dapat direalisasikan. - BERNAMA 

0 comments:

Post a Comment