ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, March 19, 2012

Mempersembahkan watikah kepada Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: Tiga belas perwakilan asing mempersembahkan watikah pelantikan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, di sini, hari ini. Mereka meliputi tiga pesuruhjaya tinggi dan 10 duta besar. 

Tiga pesuruhjaya tinggi berkenaan ialah Carlos Agostinho Do Rosario dari Mozambique, Chasala George (Botswana) dan Lemalu Tate Simi (Samoa), sementara duta besar pula ialah Gudmundur Eiriksson dari Iceland, Szilveszter Bush (Hungary), Georgis Veis Constantinos (Greece) dan Ara Hakobyan (Armenia).

Turut menyerahkan watikah ialah Duta Besar Mauritania Yahya Ngam, Jorge Ryder Torres Pereira (Portugal), Dr Ruben Ignacio Zamora Rivas (El Salvador), Vladimir Nicolaevich Lopato-Zagorsky (Belarus), Marc Thill (Luxembourg) serta Salaad Ali Ibrahim (Somalia). Dua belas daripada mereka adalah perwakilan bukan bermastautin manakala Salaad Ali menjadi Duta Besar Somalia pertama yang bermastautin di Malaysia. 

Salaad Ali, 55, pernah memegang jawatan sebagai Presiden Somali Ethnic Comunity Council di Melboune, Australia antara 2007 dan 2011. Hadir sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot dan Ketua Setiausaha Kementerian itu, Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman. - BERNAMA 

0 comments:

Post a Comment