ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, March 27, 2012

Ke Arah Mana Melayu?

Ngilai setan menyeram semula di Tanah Melayu.

Lebih kurang 40 tahun setelah Tun Abdul Razak Hussein mengambil kuasa pada tahun 1970 dan menerokai jalan terang untuk membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat supaya membolehkan Melayu dan Bumiputera beroleh peluang untuk menempah nasib badannya di bumi sendiri, agihan pendapatan antara Bumiputera dan Bukan-Bumiputera sudah kembali cemas.

Pendapatan purata rumahtangga Cina di Malaysia, sebagai contoh, kini berada sekali ganda pendapatan purata rumahtangga Melayu, satu keadaan yang lebih berat berbanding keadaannya pada tahun 1969 manakala lebih 63 peratus Melayu berada di luarbandar sedangkan kebanyakan Cina menduduki bandar-bandar.

Di Kuala Lumpur jumlah Melayu tak sampai pun tujuh peratus pada tahun 1969, termasuk PJ. Itulah tahun yang membawa tumpah darah akibat konflik perkauman.

Sekarang lebih kurang 63 peratus orang Melayu menghuni bandar-bandar di Malaysia. Namun, prestasi mereka dalam perkarangan ekonomi bandaran yang korporatis/komersyel/konsumeris ini jauh sekali daripada memuaskan, bermakna dengan ringkasnya, Melayu (dan Bumiputera) masih tidak punyai daya saingan dengan kaum Cina dan lain-lain.

Maka kerajaan menyandarkan dasar kemajuan Melayu dan Bumiputera pada golongan elita, khusus elita yang celik komerse sebagai kontrakter, biznezmen atau tokoh korporat.

Darinya lahirlah segelintir Taikong-Taikong Melayu yang dengan kerjasama saudagar-saudagar Cina dan India dapatlah sebilangan menjadi bilioner dan multimilioner.

Dengan kejayaan seperti itu lahirlah susunan masyarakat Melayu yang kelihatan bagai pucuk rebong, sayup menajam.

Dengan itu maka terjadilah adegan yang sungguh menarik bila Amanah Saham Nasional telah dilancarkan.

Hanya empat peratus orang-orang yang terkaya telah kebas 80 peratus daripada saham-saham Amanah Saham Nasional dan baki 20 peratus saham bagai hampas itulah yang dimiliki orang-orang Melayu dan Bumiputera seperti ibubapamu.

Di samping itu Dasar Ekonomi Baru Tun Razak habis diselewengkan dan projek-projek untuk kemajuan Melayu dan Bumiputera disonglap. Sebanyak 85 peratus daripada jumlah besar projek-projek itu telah meniris.

Angka yang disebut itu adalah dedahan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sewaktu beliau menjadi PM. Kita tidak punyai sebarang sebab untuk menyangsikannya.

Siapa yang hendak kita salahkan? Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Kepimpinan Dr Mahathir maju akan tetapi celar kerana korupsi terbuka yang terlalu menjadi-jadi seolah-olah kemajuan mustahil dicapaikan tanpa rasuah.

Walau demikian, Dr Mahathir telah berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara industri dan meningkatkan pendapatan serta pendidikan sebilangan yang cukup untuk orang ramai menghormatinya.

Kadar dan tahap kemajuan yang tercapai oleh kerajaan BN pada zaman Mahathir belum pernah dirasakan di Malaysia sebelumnya. Oleh yang demikian orang ramai menyokong Mahathir meskipun semua tahu rasuah menjadi-jadi pada 17 tahun daripada 22 tahun yang beliau memimpin.

Dalam lain perkataan, kejayaan materialis yang tercapai adalah cukup untuk meluntur dan melampuskan tekad moral dan akhlak masyarakat Melayu dan lain-lain masyarakat Malaysia, bermaksud orang ramai membiarkan rasuah dan kesongglapan itu terus berlaku.

Tak mungkin Dr Mahathir seorang saja yang betanggungjawab. Mahathir kerja keras dan berjaya memperkenalkan Malaysia pada seluruh dunia sebagai salah sebuah negara yang melawan arus dan dinanti-nanti untuk menjadi negara Asean dan negara Islam pertama yang mendakap status negara maju.

Mahathir turut berjaya memberikan harapan kepada rakyat.

Zamannya menghadapi kemelesetan ekonomi yang perit berulangkali dan ditojah pula oleh ghaza matawang (currency raid) yang akibatnya sungguh dahsyat. Beliau berkeras dan beliau bertahan. Jika tidak rakyat jelatalah yang akan menanggung derita menahun.

Sekiranya kita menuruti kemahuan Anwar Ibrahim yang hendak menyorongkan negara ke bawah IMF pada tahun 1998, semua lembaga dan tabung amanah Melayu dan Bumiputera dah tetap dipaksa tutup. Ke mana destini Malaysia dan khususnya destini Melayu, justeru tentu sekali masih menggelap sampai sekarang bagai orang minyak.

sumber : naningku.blogspot.com

Mahathir mengikat matawang Malaysia kepada dolar Amerika dan langkah itu menahan kejatuhan matawang kita sehingga meranap . Langkah itu sekaligus menyelamatkan wang simpanan rakyat dalam bank dan tabung-tabung simpanan lain, tidak seperti di negara-negara Asean lain dan di Asia Timur yang terpaksa menutup banyak bank, bermakna semua simpanan rakyat lesap dengan sekelipmata.

Urusan ekonomi, kewangan, dagangan, matawang, pelaburan dan tabungan di dunia banyak sekali karenahnya. Karenah-karenah ini bukannya jenis yang mampu diatasi melalui pelaksanaan Undang-Undang Hudud maupun dengan kita menuruti teks Dharuriyat al-Khamsa (lima keutamaan masyarakat) yang dikumandangkan oleh Imam al-Ghazali pada kurun ke 12/13 Masehi.

Dunia sudah tak serupa sejak masa itu. Demikian lagi prioritas pada pentadbiran ekonomi, sosial dan geopolitik dunia. Semua sudah jauh berubah.

Meskipun nilai-nilai kemanusiaan pada Dharuriyat al-Khamsa yang diutarakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin memenuhi maslahah (kepentingan awam/public interest) yang kita cita-citakan, alam sekitaran atau environ manusia tidak mengizin kita mendirikan keutamaan-keutamaan yang sama.

Wanita zaman sekarang mahu hak yang sama dengan lelaki dan turut mahu mendirikan kerjaya. Apakah kita masih hendak menidakkan hak wanita dan mahu supaya mereka kembali ke dapur, menjaga anak-anak dan melayan suami saja?

Penduduk bumi, yang mencapai jumlah satu bilion pada tahun 1900, kini sudah melebehi tujuh bilion, yakni tujuh kali lipatganda dalam tempuh 112 tahun.

Keutamaan masyarakat tak mungkin sama di antara masyarakat kurun ke 12/13 dan sekarang.

Islam sudah jauh ketinggalan. Kesan dan akibat Inner City (Pusat Dalaman Bandaraya) pada pertumbuhan kanak-kanak dan remaja pun belum ada sebarang jawapan daripada tokoh-tokoh ulama dan ustaz-ustaz seluruh umat Islam. Inikan pula masalahnya merupakan masalah global.

Islam tidak terlibat secara langsung dalam urusan mencapai solusi untuk cabaran-cabaran zaman sekarang. Hudud yang ditagih. Apakah semua cabaran zaman akan terhapus secara automatis bilamana Hudud dilaksanakan?

Akan tetapi ini adalah keperihalan aqidah dan syariat yang agama mengutamakan. Apakah masalah-masalah duniawi lebih baik dihadapi secara sekuler dan agama bukan medannya untuk mecari solusi-solusi yang diperlukan, justeru, merupakan soalan yang tidak mungkin mahu diterima oleh mereka yang percaya agama Islam sebagai agama yang telah Tuhan sempurnakan untuk selama-lamanya.

Sementara waktu, bagi negara-negara yang memerlukan pelaburan asing, sama-sama kita tahu untuk setiap dolar yang dilabur lebih kurang lapan dolar akan dibawa pulang ke negara asal modal pelaburan itu.

Pada yang lazim semakin banyak laburan asing dimasukkan ke dalam negaramu semakinlah kau akan menjadi kurus kering, kecuali golongan yang berkuasa dan yang menelan rasuah.

Kalaulah negara mendapat laburan hedge funds pula, seperti Greece, alangkah cantiknya bunga-bunga yang kemekaran nanti – sampai bankrup dikebas olehnya!

Apa jawapan mufti-mufti dan para syaikh ul-Islam sehubungan kesonglapan kewangan dan dana laburan seperti yang berlaku itu, dulu di Brazil, sekarang pada Greece dan beberapa buah negara Eropah lain.

Apa Islam punyai jawapan? Di mana hendak kita mencarinya?

Maka berhadapan dengan hakikat Malaysia sebagai sisa penjajah dan Melayu dan Bumiputera terbiar kelantaran di bawah rejim penjajah, maka Tun Abdul Razak Hussein, sejurus selepas beliau berkuasa pada tahun 1970, oleh beliau diperkenalkan Barisan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru.

Kita tahu Dasar Ekonomi Baru (DEB) mendokong matlamat membasmikan kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat. Itu kita dah tahu.

Akan tetapi, disebalik semua itu adalah langkah Tun Razak mengambilalih kuasa ke atas syarikat-syarikat multinasional British yang telah mereka dirikan pada zaman penjajahan dan yang memilki sebahagian besar hartanah dan hasil mahsul Malaysia.

Tun Razaklah yang berbuat demikian dengan satu kumpulan kecil tokoh-tokoh muda Melayu dan Bumiputera sehingga ibu-pejabat-ibu pejabat syarikat besar-besaran seperti Sime Darby, Guthries, London Tin dan lain-lainnya dapat dikuasai oleh dana tempatan dan sekaligus lembaga pengarah mereka diambilalih.

Itulah objektif utama nasionalisma Melayu. Itulah dia lorong yang membolehkan anak Melayu dan Bumiputera menjelajah angkasa koporat. Sampai pada masa itu sebilangan ahli-ahli Pas bersetuju dengan sayap kiri Melayu untuk menerokai dasar sekuler sebagai pendekatan untuk menangani masalah Melayu dan Bumputra yang menjadi sisa penjajahan.

Kalau tidak dilakukan sedemikian itu, haram anak-anak Melayu dan Bumiputera hendak menjejaki pengurusan tinggi dan lembaga pengarah syarikat-syarikat multinasional yang tersebut itu supaya membolehkan mereka menjadi global players.

Begitulah keutamaan sosialis, bukan keutamaan Islam dan tak semestinya keutamaan nasionalis.

Tun Razak adalah ahli Parti Buruh. Beliau bukan Komunis. Beliau sosialis yang menuruti evolusi dan bukan revolusi. Beliau tidak merampas dan memiliknegarakan sebarang harta atau syarikat-syarikat yang berkenaan. Beliau beroleh saham-saham secara pembelian pada pasaran.

Langkah Tun Razak itulah yang telah memberikan nyawa dan harapan kepada Melayu dan Bumiputera untuk menjadi pemain pada pentas global.

Maka kita perlu tanya kenapa sekarang ini sebilangan yang ramai di antara ahli-ahli Umno sudah menyombong dan dengan angkuh mereka memberitahu kita Umno tidak mahu sosialisme.

Aduh! Apakah mereka ini tahu selok-belok sosialisme atau yang disuarakan itu semata-mata bodoh-sombong orang-orang yang tidak bermoral, tidak berakhlak, dan hanya menyertai Umno untuk menjadi kaya melalui rasuah dan kesonglapan?

Inilah yang kelihatan telah terjadi pada Umno. Parti besar itu tidak lagi mempunyai sebarang landasan ideologi. Islam pun tidak, nasionalis pun tidak dan sosialis samasekali tidak,tidak, tidak. Maka oportunislah yang lekat pada dahi mereka itu. Oportunisme dalam alam serba mewah berkorupsi!

Kalau sudah tidak mahu lagi lorong ideologi Tun Razak, apakah pula jawapan yang ada pada Umno untuk membolehkan Melayu dan Bumiputera menangani cabaran-cabaran dan gejala-gejala zaman? Mana dia pemikiran-pemikiran yang bernas dan bergemilang bagai geliga itu? Siapa tokoh-tokoh pemikirnya? Siapa? [Bersambung di baah] –a. ghani ismail, 24 Mac, 2012



BAHAGIAN 2

Setan mengilai-ngilai gembira kerana Melayu di Malayia, pada awal melenia baru sudah ketiadaan kudrat untuk mencapai perpaduan. Walau sekadar perpaduan fikiran pun sudah tak mungkin kerana ketiadaan asas ideologi yang dapat diterima ramai sedangkan agamanya tak habis-habis berjadual pada yang remeh-temeh dan kelihatan bagai gila kuasa.

Gapena berjaya menghimpun lebih 200 buah pertubuhan-pertubuhan Melayu yang telah bersidang di Johor Baru beberapa tahun lalu. Inisiatif itu mati tak berkubur.

Beberapa percubaan yang mengekori langkah itu, termasuk Gerakan Melayu Bangun, tertiarap dan berdiam seperti mayat, satu petanda bahawa pilihanraya umum ke 13 yang dinanti-nantikan tetap menipis antara Barisan Nasional dan Pakatan. Cina bersatupadu, Melayu berkecai.

Kesudahannya Datuk Ibrahim Ali, dengan bersandar kepada alumni UITM, berjaya mendirikan sebuah NGO (Perkasa) untuk cuba memikat Melayu dengan sokongan Tun Dr Mahathir Mohammad. Belum sempat hidangan perpaduan Melayunya panas, Ibrahim Ali tiba-tiba kedengaran mahu undang-undang murtad diluluskan oleh Parlimen.

Apa kena-mengena undang-undang murtad dengan perpaduan Melayu? Ramai orang dah bosan dengan Islam di Malaysia dan apakah mereka mahu dipaksa tunduk pada Islam yang penuh karenah dan yang tak tentu arah semata-mata kerana Ibrahim Ali percaya beliau boleh satupadukan Melayu tanpa sebarang ideologi asas?

Apa mungkin perpaduan fikiran tercapai melalui agama Islam? Kenapa Islam bercakaran sama sendiri di Pakistan, Iraq, Lubnan dan termasuk di Indonesia?

Bolehkah Islam membawa perpaduan kaum Melayu? Pada bila masa dalam sejarah Melayu Islam telah menjadi tali perpaduan bangsanya? Bila?

Apakah sudah kita lupakan Perang Padri 1810 – 1830 di Sumatera? Benarkah kita tidak ambil pusing dengan kegagalan gerakan Darul Islam Kartosuwiryo-Daud Bereueh-Kahar Murzaka berikutan proklamasi Kemerdekaan Indonesia oleh Bung Karno dan Bung Hatta?

Sudah berapakah ajaran sesat yang telah dikenalpasti oleh Pusat Islam Jabatan Perdana Menteri?

Sebilangan tokoh-tokoh Melayu kelihatan terang-terang bertindak kerana menagih populariti dan bukan kerana posisi mereka yang berhasil daripada kajian yang rapi.

Melayu mestilah beragama Islam menurut perlembagaan Malaysia. Itu bukan bayangan sebenar bangsa Melayu. Sebilangan besar anggota bangsa Melayu sebelum Merdeka mengaku menjadi “Orang Jawi”.

Seseorang yang memeluk agama Islam disebut “masuk Melayu” pada masa itu. Bila berkhatan orangnya dikatakan “masuk Jawi” manakala sekolah-sekolah agama dipandang sebagai “sekolah Arab”.

Orang-orang Jawi mempunyai pegangan agamanya yang tersendiri, yakni agama universal yang berasaskan Beringin Songsang, disebut di Indonesia sebagai Agami Jawi.

Generasi baru samasekali tidak mengetahui warisan bangsa ini. Mereka tidak tahu mengenai “masuk Jawi”. Mereka tidak faham agama Islam hanyalah “pakaian” pada bangsa Melayu masa itu, bukan agama wahyu Tuhan yang memestikan Hudud, Qisas dan Takzir dilaksanakan sebagai prasyarat untuk bangsa dan negara beroleh kemajuan dan keselamatan.

Maka satu perubahan besar telah berlaku pada bangsa Melayu sejak kemerdekaan dan sampai masa ini belum ada sesiapa yang telah membuat kajian yang mendalam untuk memastikan apakah perubahan itu menguntung atau merugikan bangsanya.

Dengan alas Agami Jawi yang universal itulah bangsa Melayu bersikap terbuka dan membolehkan sebilangan di antara tokoh-tokohnya sama ada mendakap sosialisme atau apa-apa lain ideologi sekuler . Bahkan Dr Burhanuddin al-Helmi cuba menerapkan sosialisme dalam Islam melalui Parti Pas.

Ada yang berpendapat Islam juga ideologi.

Islam adalah agama, bukan ideologi. Sesuatu ideologi mesti punyai doktrin (ajaran), matlamat-matlamat sikap, sosial dan ekonomi serta mempunyai methode atau kaedah untuk mencapai matlamat-matlamat yang dimaksudkan.

Methode atau kaedahnya perlu bersesuaian dengan sesuatu teori sosial dan satu pandangan sejarah, bermaksud ianya bukan bersandar pada kepercayaan dan emosi.

Islam tak begitu. Contohnya, meskipun terdapat pada al-Qur’an larangan mengenai harta kekayaan berkumpul pada segelintir orang-orang kaya dan ayat itu menjurus ke arah keadilan sosial, metode untuk melaksanakan agihan semula pendapatan dan harta (redistribution of income and wealth) yang diperlukan tidak ada.

Ini bidang muamalat, khusus mengenai adil immarah. Tidak terdapat undang-undang muamalat yang menentukan cara atau kaedah agihan semula pendapatan dan harta yang efektif dan berkesan. Jika ada, ianya hanyalah sekadar menggunakan zakat, fitrah, sadaqah dan lain-lain acara sepertinya.

Maka balik-balik kita diberitahu adil immarah akan tercapai melalui zakat, sadaqah dan sebagainya, yang bukan methode mujarab untuk agihan semula pendapatan dan harta. Itu omongan saja.

Kerana itu, bila kita berhadapan dengan gejala sosial dan ekonomi seperti yang telah pun berulang di Malaysia antara yang kaya dan yang kurang berada, Islam hanya banyak bercerita akan tetapi tidak ada methode yang disetujui untuk menangani masalah-masalahnya dengan cara yang aman dan yang mudah difahamkan masyarakat.

Methode yang mujarab tidak kelihatan di mana-mana pada negara-negara Islam sepanjang sejarah.

Di sini, sepanjang 20 tahun Mursyidul Am parti Pas, Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat menjadi MB Kelantan, apakah yang pernah beliau lakukan untuk memajukan pembangunan dan mengurangkan jurang pendapatan di antara yang kaya dan yang kurang berada di negeri Cik Siti Wan Kembang itu?

Apakah yang pernah beliau lakukan? Ada cerita atau sama sekali sunyi macam orang betapa dalam gua?

Kenapa tak ada apa-apa yang beliau telah mengerjakan? Adakah kerana Najib telah menyekat royalti minyak petrol negeri Kelantan dan sebab itu Nik Aziz ketiadaan ongkos? Atau apakah yang lebih menasabah adalah kerana Nik Aziz, seperti lain-lain ulama pada yang lazim, tidak mengutamakan pembangunan.

Ideologi sekuler adalah satu kemestian. Ianya akan menentukan prioritas pembangunan, menentukan nilai-nilai kemasyarakatan atau social values, memberikan kita satu garis perpaduan fikiran dan menentukan matlamat-matlamat perjuangan secara akliah, bukan secara kepercayaan dan emosi.

Dalam konteks negara sekarang ini kita boleh dengan mudah sekali menyusun Transformasi yang diutarakan oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya berdiri pada landasan dan model Buruh (Labor) seperti yang didakap oleh ayah beliau, Tun Abdul Razak Hussein. Ini mudah saja dikerjakan oleh sebuah pasukan kecil dan barang dapat diselenggarakan dalam tempuh selewat-lewatnya setahun.

Dengan ada landasan pemikiran dan ideologi sedemikian itu barulah dapat kita yakin dan percaya kita akan beroleh perpaduan fikiran dan mendukung halatuju yang terang, nyata dan yang akan menentukan sikap moral dan akhlak kita. Ini sudah diamalkan Erdogan di Turki dan mungkin menjadi kenyataan di Tunisia juga.

Tak payah hudud, tak payah Dharuriyat al-Khamsa dan tak payah nak merujuk kepada buku-buku teks zaman Baghdad dan Usmaniyah atau buku-buku teks Zionis dan Israel.

Islam di Malaysia semakin menjadi karut. Pada sebuah buku terbitan sebuah institut Islam kita diberitahu para jurnalis hendaklah menjadi seperti perawi Hadis, yakni hanya melaporkan apa yang disebut atau yang ditutur oleh ulama (sarjana-sarjana).

Pada mereka ini ulama adalah waris anbiya’.

Siapa mahu tamadun dan budaya seperti itu? Berapa ramaikah di antara orang Melayu dan rakyat Muslim yang mahu sikap seperti itu menguasai budaya dan kuasa?

Islam semakin hari semakin menjadi karut Beb. Bayangkanlah apa yang telah terjadi pada parti Pas dan pada Jakim, Beb.

Mereka tuduh menuduh dan serang-menyerang berterusan berbulan-bulan, sehingga Pas hampir lumpuh dan pada adegan Jakim pula bekas Mufti Perlis, Dr. Asri, dan Mufti Perlis, Dr Juanda, dituduh Wahabi dan ada kaitan dengan terroris!

Islam di Malaysia sudah pun mengemis, menjadi budaya pariah, Beb . Siapa mahu agama sepertinya?

Baru-baru ini jadi lagi hal yang seumpamanya. Mufti Perak, Harussani, isytiharkan pada pelancaran pertubuhan Jati 21 Feb 2012 bahawa Allah mahu sekelian umat Islam supaya mentaati Raja-Raja kerana mereka (Raja-Raja) adalah Bayangan Tuhan di Bumi (Zillu’l-Lahi fi’l-Ardhi).

Kamu percaya dogeng Abbassid itu? Pada zamannya berlaku romansa Mansur al-Hallaj yang mengaku Ana’l-Haqq (Aku Kebenaran) supaya tinas masalah Bayangan Tuhan itu tadi.

Menurut romansa itu beliau dijatuhkan hukuman mati oleh Junaid al-Baghdadi. Sejurus kemudian Junaid dilaporkan berkata, ‘Ma fi jubhi ghairu’l-Lah!’, yakni ‘Tiada di dalam jubah aku selain Allah.’

Ini cerita lama dalam budaya Islam. Apa perlu kita dihidangkan dengan cerita lapok sepertinya? Mana mungkin Melayu beroleh perpaduan fikiran, tambahan ada golongan yang hendak paksa manusia menuruti telunjuk mereka?

Kebanyakan orang menolak fahaman Harussani sebagai songlap.

Islam tak lengkap. Ini kita perlu akui dan tidak sandar kepada kepercayaan dan emosi
semata-mata dengan berkata Islam adalah sempurna.

Sampai sekarang undang-undang syariat tidak mampu menggantikan Common Law. Itu sebabnya Syariat tidak dapat dijadikan sistem undang-undang dan kehakiman yang tunggal di Malaysia.

Ada yang bertanya di mana hendak kita letakkan wira-wira Melayu seperti Kiayai Salleh, Syaikh Osman dan lain-lain pejuang yang telah selamatkan bangsa setelah Cina mengganas Melayu pada tahun 1942-46?

Mereka itu terdiri pada kategori lain, yakni tajali. Mereka lazimnya bukan ulama maupun ustaz. Mereka orang biasa yang menerima tajali dan hampir semua adalah orang-orang Jawi.

Melayu sekarang dah tidak mempunyai tapak untuk beroleh perpaduan fikiran lagi. Umno dah belayar jauh dan dikuasai rasuah. Pas dasarnya tak kena. PKR, kata sebilangan orang, menagih ihsan Israel. Ulama, di antaranya celupar. Hanyutlah Melayu! Hanyut! [Bersambung] –a.ghani ismail, 26 Mac 2012

1 comment:

  1. Salam,

    KALIMAH ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ BERERTI BAHAWA :

    1. Kerajaan Allah sahaja yang tertinggi dan paling berkuasa yang mengatasi dan menundukkan seluruh kerajaan dan undang-undang manusia (9:33);

    2. Allah yang berkuasa dan berhak untuk menguat kuasakan undang-undang Allah ke atas manusia (5:48, 49);

    3. Allah yang berkuasa dan berhak untuk membuat undang-undang (12:40);

    4. Allah berhak untuk menghukum manusia dengan undang-undang Allah (5:50);



    PERLEMBAGAAN MALAYSIA ADALAH KAFIR KERANA :

    1. Artikel 4 - Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang yang tertinggi yang mengatasi al-Quran dan Hadis;

    2. Artikel 43 - pemerintah menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas umat manusia;

    3. Artikel 44 - pemerintah membuat undang-undang manusia;

    4. Artikel 161 – pemerintah menghukum manusia dengan undang-undang manusia.



    MALAYSIA ADALAH KAFIR KERANA :

    1. Pemerintah dilantik sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang mempersekutukan Allah;

    2. Manusia memerintah dan berkuasa ke atas manusia;

    3. Manusia membuat undang-undang;

    4. Menguat kuasakan undang-undang manusia;

    5. Menghukum & mengadili dengan undang-undang manusia;

    6. Manusia menyembah manusia;

    7. Rakyat adalah para hamba kepada manusia;

    8. Tidak menolak undang-undang manusia ;



    UMNO & PAS ADALAH KAFIR KERANA MEREKA MELAKUKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT :

    1. Melantik manusia sbg Tuhan-tuhan Manusia;

    2. Justeru mereka sekutukan Allah;

    3. Membuat undang-undang manusia;

    4. Menguat kuasakan undang-undang manusia;

    5. Menghukum dengan undang-undang manusia;

    6. Mewujudkan sistem manusia menyembah manusia;

    7. Mewujudkan sistem manusia menjadi hamba kpd manusia;

    8. Setuju, redha dan membolehkan amalan agama yang kafir.



    PEMIMPIN KITA (UMNO & PAS) ADALAH TUHAN-TUHAN MANUSIA YANG KAFIR KERANA :

    1. Mereka mempersekutukan Allah kerana mereka adalah Tuhan-tuhan Manusia;

    2. Mereka berkuasa, berdaulat & memerintah ke atas manusia;

    3. Mereka membuat undang-undang;

    4. Mereka menguat kuasakan undang-undang manusia;

    5. Mereka menghamba abdikan manusia kpd kuasa mereka;

    6. Mereka menghukum dgn undang-undang manusia;

    7. Mereka disembah oleh manusia.


    DEMOKRASI ADALAH SISTEM MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA :

    1. Umat Islam yang taat dan patuh kpd undang-undang demokrasi bererti mereka menyembah para pemimpin mereka yang membuat undang-undang itu sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah (Taubah 31);

    2. Para pemimpin adalah disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia (Taubah 31);

    3. Para penyembah dan orang-orang yang disembah adalah kesemuanya kafir.


    AL- QURAN TIDAK MEMBENARKAN AMALAN DEMOKRASI :

    1. Kufur ingkarkan demokrasi (Nisa 60);

    2. Tidak amalkan demokrasi, kufur ingkarkannya, memusuhi & membencinya ( 60:4);

    3. Tidak membenarkan kuasa politik diperolehi melalui jalan demokrasi (faatir 10);

    4. Rasulullah menolak tawaran menjadi Raja (kafirun1-6);

    5. Hukum Fiqh – DHARURAH, IJTIHAD & MASLAHAH tidak membolehkan amalan demokrasi kerana :

    a) Demokrasi adalah agama yang kafir;
    b) Sudah ada ayat-ayat al-Quran yang melarang kita dpd mengamalkan agama demokrasi.

    6. PAS kafir kerana membolehkan amalan demokrasi melalui Ijtihad.



    MEMELIHARA KESEMPURNAAN AQIDAH KITA :

    1. Isytiharkan kekufuran kerajaan demokrasi;

    2. Akui tidak ada ijtihad bagi membolehkan amalan demokrasi;

    3. Tidak mengamalkan demokrasi;

    4. Menolak dan mengingkari demokrasi;

    5. Memusuhi dan membenci kerajaan demokrasi;

    6. Menghapuskan kerajaan demokrasi melalui Jihad, Perang dan Revolusi.



    METOD PERJUANGAN ISLAM ADALAH al-QURAN,SUNNAH DAN SIRAH :

    1. Deklarasi kekufuran kerajaan demokrasi (Hjr 94, Maidah 67));

    2. Penolakan total terhadap kerajaan demokrasi (Nisa 60,Mumtahanah 4);

    3. Tanpa kompromi terhadap kerajaan demokrasi (Kafirun 1-6, Qalam 8 & 9);

    4. Konfrantasi Terbuka terhadap kerajaan demokrasi (A’raf 110,127, Hud 55);

    5. Jihad, Perang dan Revolusi (Baqarah 193, Hajj 40);


    Sekian, Terima Kasih.

    ReplyDelete