ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, March 25, 2012

Buku Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262.

Sinopsis : Kerajaan dan Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara atau Iskandar Syah. Namun begitu, tarikh perubahan kerajaan ini sebelum ini tidak dapat dinyatakan dengan pasti. Sumber sebelum ini hanya berasaskan pendapat para penulis Portugis kurun ke-16 dan andaian serangan Majapahit ke atas Palembang yang dikatakan berlaku pada 1397 serta butiran kehadiran raja-raja Melaka ke Cina dalam catatan rasmi kerajaan Ming pada awal kurun ke-15. 


Justeru, Kerajaan Negeri Melaka melalui agensinya Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) telah mengambil inisiatif untuk melakukan kajian dan penyelidikan serta seminar bagi membincangkan tarikh sebenar Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka. Maka, pakar sejarah Malaysia telah membuat penyelidikan dan kajian berdasarkan sumber Sulalat-us-Salatin (Raffles 18) iaitu naskah Raja Bungsu dan Sumber Belanda adalah pada tahun 1262. Penemuan baru ini telah menolak tahun 1400.


Pengarang : Abdul Rahman bin Ismail, Abdullah Zakarian bin Ghazali, Zulkanain bin Abdul Rahman
Penerbit : IKSEP
Genre : Sejarah
Mukasurat : 71 halaman
Cetakan Pertama : 2012
ISBN : 978-983-2600-37-4

1 comment:

  1. Salam.

    Bagaimana untuk mendapatkan buku ini?Mohon respon segera.

    ReplyDelete