Ungkapan yang benar dan serasi adalah "Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu" kerana kesemua sembilan Raja-Raja Melayu adalah daripada negeri Melayu yang sembilan, (dari manakah kita dapat sembilan ini? Jawapan - daripada campuran FMS iaitu
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan UFMS iaitu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu). Pada awalnya Negeri-negeri Melayu TIDAK termasuk Pulau Pinang dan Melaka (kerana kedua-duanya adalah Negeri-negeri Selat) yang masuk menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Melayu - perlembagaan tetap menggunakan istilah Inggeris 'States of Malaya' - selepas 1957.
Dan kesemua Negeri-negri Melayu (yang sembilan) dan dua Negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) termasuk juga dua lagi iaitu Sabah dan Sarawak menyambut Ramadhan dan Aidilfitri lazimnya serentak kerana perkenan sembilan Raja-raja Melayu yang telah menyerahkan hak mengumumkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agung (sebagai Ketua Persekutuan) kepada seluruh Malaysia. Ini juga adalah kerana DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agung mengambil tugas Ketua Agama di Melaka dan Pulau Pinang, serta Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, walau pun di Negeri Sabah wujud '20-Points Agreement' manakala di Sarawak pula, '18-Points Agreement' mungkin ada tafsiran yang lain.
Tetapi mencari jalan mudah dengan mentafsirkan Sultan-sultan Melayu sebagai 'Raja-Raja Malaysia' adalah sesuatu yang drastik, dibuat-buat, tidak betul dan tidak tepat dari aspek mana sekali pun. Dan sesungguhnya, ini memalukan sistem kita.
RAJAMENANGIS MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA DAN MAJLIS RAJA RAJA MEMPERBETULKAN KESILAPAN YANG TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU SEMENJAK BERTAHUN-TAHUN KEBELAKANGAN INI.
mereka yang memegang amanah, ramai yang sudah lupa sejarah yang asal. apabila diminta memberi ulasan tenteng kesilapan mereka ada alasan mereka yang berbagai-bagai mengikut kegiatan ilmu mereka...
ReplyDeletebukti dunia sudah sampai penghujung
siput
Tak sabar nak dengar penjelasan penyimpan mohor besar!
ReplyDeleteEngKu Chik
Bagaimana caranya Kumpulan Raja Menangis "mendesak" Kerajaan Malaysia? Hanya menerusi blog ini atau ada pendekatan lain spt menghantar memorandum dsb?
ReplyDeleteKami tidak hanya terjerit jerit di blog ini. Alhamdulillah, ada pendekatan lain yg mana kami berpengalaman. Terima kasih.
ReplyDeleteRajamenangis.