ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, August 19, 2010

PENTINGNYA MEMAHAMI SEJARAH

Kementerian Pelajaran digesa memperkasakan semula mata pelajaran Sejarah di kalangan pelajar termasuk memperkenalkannya di peringkat sekolah rendah dan menjadikannya subjek wajib lulus dalam peperiksaan utama.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, langkah itu perlu bagi memastikan generasi muda mempunyai kefahaman mendalam tentang sejarah.

"Ini penting dalam usaha mempertingkatkan semangat patriotisme di kalangan pelajar selain memberikan kefahaman kepada mereka terhadap sejarah tanah air.

"Mereka juga perlu diberi lebih banyak pendedahan khasnya mengenai tokoh-tokoh penting negara sebelum merdeka yang telah meletakkan perpaduan dan bertolak-ansur sebagai formula teras dalam memerdekakan Tanah Melayu seperti Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lok dan V.T. Sambantan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sudah sampai masanya perkara itu diberikan pertimbangan sewajarnya memandangkan sejak akhir-akhir ini semakin banyak kes mengenai pembabitan golongan pelajar dalam kegiatan negatif termasuk demonstrasi jalanan. Malah katanya, kini ada juga ahli-ahli politik Malaysia yang “sudah lupa" atau “buat-buat lupa sejarah”.

19 Ogos, Kuala Lumpur | Bernama

9 comments:

  1. Susah nak ajar orang yang buat2 tak faham pasal sejarah Tanah Melayu...

    Dato P5 Harimau Al Darus

    ReplyDelete
  2. 1. Pastikan sesiapa gagal F9 - subjek sejarah, maka dia terus dapat 2nd grade. Atau tak dapat sijil SPM, seperti BM. Rasakan muka mereka, khasnya kumpulan yang cakap banyak.

    2. Pastikan guru yang mengelirukan, guru yang sejarahnya pun senget, di hentikan kerja dalam 30 hari.

    3. Pastikan kerja 'assignment' berkaitan sejarah tidak di permain mainkan oleh pelajar/dan ibubapa.

    Tun Timun
    PayaJaras

    ReplyDelete
  3. Salam...

    kandungan didalam Al Quran banyak menceritakan perihal-perihal sejarah. Sejarah Manusia-manusia Agong untuk dijadikan pelajaran dan pembelajaran peradaban manusia menuju kesejahteraan zahir dan batin.

    menjadi kemestian pemerintah mendidik warganegaranya tentang sejarah tanah air bahkan sejarah yang tertulis dalam Al Quran juga perlu dibongkarkan dan dibuat pembelajaran.

    Bukankah Sejarah yang tertulis dalam Al Quran itu merangkumi cerita-cerita sejarah semua agama yang ada dibumi ini semenjak cerita Nabi Allah Adam sehinggalah penghuni bumi ini dikiamatkan...


    Dabong

    ReplyDelete
  4. Persekutuan Malaysia adalah sebuah Badan Negara dibawah Federation Agreement terdiri dari gabungan Yang diPertuan Negeri-Negeri Tanah Melayu samada Bersekutu atau tidak Bersekutu (Federated and Unfederated Malay States.

    Negeri-Negeri ini adalah wilayah yang berdaulat dan tidak dijajah kerana British sekadar mentadbir namun kedaulatan tetap kekal pada YangdiPertuan Negeri-Negeri. Pendekata, orang-orang Melayu sememangnya adalah rakyat Yang diPertuan Negeri-Negeri Tanah Melayu berbanding bangsa -bangsa lain yang walaupun berada di Persekutuan Negeri-Negeri Tanah Melayu, mereka-mereka bukanlah rakyat diPersekutuan Tanah Melayu. Ketika itu, isu orang-orang Melayu sememangnya mempunyai keistimewaan tidak timbul sama sekali dan bangsa-bangsa asing ketika itu sememangnya sedar siapa mereka dan dari mana dan sebab apa mereka datang ke wilayah-wialayh Negeri-Negeri Tanah melayu.

    Perlembagaan Persekutuan Malaysia sekadar mengendoskan sahaja kontrak sosial itu supaya dulu kini dan selama-lamanya seperti kata Laksmana Hang Tuah, "tidak Melayu hilang didunia" dan Persekutuan Malaysia asalnya ialah Negeri-Negeri Tanah Melayu dibawah yang diPertuan negeri masing-masing dan tempat tingal orang-orang Melayu dibawah Yang diPertuan Negeri-Negeri Tanah Melayu. Apakah sudah lupa apa "keretapi tanah melayu", Federated Malay States, Unfederated malay states.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    ReplyDelete
  5. apakah perlu direlevenkan perkongsian kuasa itu....
    kalau mereka sudah tidak berminat lagi menjaga keamanan dan kemakmuran negara ini.....

    Selepas puak-puak mereka beroleh pemerintahan di singapura adakah mereka berkongsi kuasa dengan orang2 melayu


    saksikanlah .....


    jakun

    ReplyDelete
  6. sudah teran lagi bersuluh. saya telah turun ke temasik ternyata anggapan saya benar dan terbukti tidak meleset. tulah gunanya sejarah... walau sejauh mana 'canggihnya' negara kita dikatakan... namun sejarah lama dilupa jangan...agar jadi pengajaran diri. Anak Melayu yang tak lupa sejarah nenek moyangnya adalah sebenarnya anak bangsa yang 'bijak' melangkah demi masa depan negaranya. Tindakan yang waras dan hak mesti dijalankan oleh bangsaku Melayu...
    Sebelum mereka2 yg tidak kenal apa itu adat dan adab tu bermaharajarela dibumi tanah Melayu ini....

    ReplyDelete
  7. ....samb

    Sebelum terlambat... Walallahua'lam

    Dato P5 Harimau Al Darus

    ReplyDelete
  8. jangan terantuk baru terngadah,

    Keturunan Panglima Perang Limbang

    ReplyDelete
  9. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Taksubsainspuncasejarahdipinggir/Article/index_html

    Taksub sains punca sejarah dipinggir
    Oleh Zanariah Abd Mutalib

    2010/08/25

    Sejarawan, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata Penyata Razak yang dikeluarkan pada 1956 sudah menggariskan bahawa objektif utama sistem pelajaran adalah perpaduan, namun perkara itu tidak dapat dilihat dalam sistem pendidikan hari ini yang menuntut pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

    Disebabkan itu, katanya, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sukar difahami generasi hari ini, malah ada yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia oleh DAP yang menuntut kesaksamaan antara semua kaum, sedangkan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    1Malaysia bukan minta Perlembagaan dipinda secepat mungkin. Dari dulu keistimewaan orang Melayu sudah diperakui iaitu sejak dari zaman British kerana mereka adalah rakyat Raja Melayu.

    Bagaimanapun, pada masa ini, ada orang nak timbulkan kekacauan yang bukan-bukan termasuk mempersoalkan Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang tidak ada kaitan dengan logik dan undang-undang, katanya.

    petikan dari Beria Harian
    DrAbdul Rani Bin Kamarudin

    ReplyDelete