Orang Cina amat membenci Perkasa ini. Pemuda UMNO, melalui ketuanya pun dikatakan membencinya. Hakikatnya, orang Melayu, terutamanya yang tidak meminati UMNO, Pas dan PKR, sekarang sedikit demi sedikit menyertai dan menyokong pertubuhan itu.
Bermula sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas nama memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu, sedikit demi sedikit nafsunya boleh menjadi lebih besar. Ia, akhirnya mungkin mahu terbabit secara langsung dalam aktiviti siasah.
Benarkah orang Melayu berminat dengan Perkasa. Dalam Cuit yang terdahulu saya ada menulis ‘NGO semakin garang, parti Melayu semakin...’ yang memperlihatkan orang Melayu mahukan suara yang lebih lantang dalam menyuarakan hak mereka. Mungkin kerana itulah dalam setahun jagung penubuhannya, Perkasa telah berjaya mengumpulkan seramai itu keahliannya.
Dalam tulisan itu (Cuit 11 Ogos) saya menulis sebab-sebab orang muda mulai berubah angin kepada NGO: ‘‘NGO - Pertubuhan Bukan Kerajaan atau ada yang menyebut No Gaji Organisation mula mengambil alih peranan sayap muda yang lesu.
Pertumbuhan mereka kini merata. Rata-ratanya atas nama orang Melayu, mereka mula mengambil alih peranan parti politik tertentu.
‘‘NGO kini sedang diperhatikan oleh banyak pihak. Orang-orang Melayu pun mula tertarik dengan mereka. Yang tidak suka PKR masuk NGO, yang tidak suka Pas dan DAP pun masuk NGO dan yang keluar dari UMNO dan pemudanya yang berhemah pun khabarnya menyertai NGO.
‘‘Mereka ini bukan tidak suka parti pemerintah, tapi tidak sukakan parti pembangkang. Mereka ini mahukan suara yang lebih lantang, dan gerak- geri yang lebih kelihatan.”
Menurut Rocky pula, kebanyakan ahli-ahli Perkasa terdiri daripada ahli UMNO dan banyak juga terdiri daripada Melayu cerdik-cerdik, berasal dari bandar, yang tidak berhasrat menyertai UMNO (dan sudah tentu tidak percayakah Anwar Ibrahim dan PKR/Pas yang diterajuinya). Tambah lagi, penglibatan Dr. Mahathir Mohamad dengan Perkasa telah menarik penyertaan yang banyak, terutamanya dari kaum muda Melayu.
Seperti juga pendapat Rocky, Perkasa sepatutnya hanya wujud sebagai satu kumpulan pendesak tetapi dalam suasana politik Malaysia yang memuncak sekarang, Perkasa boleh menjadi satu kuasa yang tidak boleh diketepikan peranannya dalam pilihan raya umum kelak.
Persoalannya dengan siapa Perkasa akan bertaut? Dengan UMNOkah, atau dengan Paskah? Inilah persoalannya yang akan wujud sekiranya benar ia akan menjadi parti politik.
Perlu diingat kuasa 200,000 (dan semakin meningkat) tidak boleh dipandang enteng sama sekali oleh gergasi UMNO, Pas, malah pakatan pembangkang lain.
Bijak sungguh Ibrahim Ali. Kini beliau sudah mempunyai bargaining power (kuasa tawar menawar) di dalam tangan beliau. Tidak sia-sia Tok Him menjerit sana, menjerit sini. Kini Perkasa bakal menjadi kuasa ketiga terpenting dalam persaingan politik negara ini.
Apakah Tok Him juga bercita-cita menjadi Perdana Menteri? Hahaha, janganlah gelojoh macam Pak Sheikh kita tu, nanti tersungkur cepat.
Apakah Ibrahim Ali diletakkan situ hanya sementara sahaja? Seorang tokoh lain yang lebih kredibel, berketrampilan akan dibawa masuk? Mungkinkah Tun Dr. Mahathir akan kembali? Ku Li? Atau, Musa Hitam? Mungkinkah perancangan awalnya begitu. Allahualam.
Namun, tidak mustahil itu semua boleh berlaku. Semua orang tahu Ibrahim juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Ku Li, putera raja Kelantan yang dalam hati kecilnya masih menyimpan impian untuk menjadi Perdana Menteri satu masa nanti.
Mungkin juga itu perancangan awalnya, satu `grand design’ yang dibentuk bagi menyelamatkan parti Melayu sekiranya sesuatu berlaku kepada UMNO kelak? Ini semua ialah satu andaian yang dalam suasana masa kini - tidak boleh ditolak ke tepi sama sekali.
Saintis politik dan penganalisis politik pun membuat kajian dan ramalan seumpama ini. Orang Melayu harus mempunyai plan B bagi menyelamatkan bangsa itu daripada terus hanyut sekiranya sesuatu terjadi kepada UMNO kelak.
Menurut Rocky, walaupun rancangan itu akan memecahkan lagi kuasa Melayu tetapi sekurang-kurangnya mereka akan sedar mengenai keperluan untuk bersatu kembali demi survival bangsa itu.
Kini kuasa penentu di tangan penerajunya. Seorang bekas exco Pemuda UMNO - seorang doktor perubatan -- yang meninggalkan sayap itu pernah memberitahu saya dengan bangganya: ‘‘Saya kini bergerak aktif dalam Perkasa.”
Benar kata Rocky, apa yang kita katakan ini hanyalah satu mimpi. Tetapi kata beliau lagi: ‘‘Saya memikirkannya hari ini, jika Perkasa menjadi parti politik dan tidak semena-mena bergabung dengan PKR, DAP dan Pas dalam Pakatan Rakyat, maka kemungkinan - berakhirnya BN - akan menjadi, begitu real.
‘‘Najib Razak UMNO/BN harus mempunyai rancangan strategi semula yang serius untuk difikirkan, sebelum Perkasa membuat keputusan BESAR itu.”
UTUSAN MALAYSIA
TAJUK RENCANA
Perkasa, Ibrahim Ali, PRU 13: Satu mitos
Oleh Zaini Hassan
Tak minat politik.
ReplyDeleteTapi kalau diambil kira semua aspek, kalau betullah Perkasa menjadi pertubuhan politik dari mereka yang tidak sukakan UMNO dan PAS, maka, tiada kemungkinan bagi mereka untuk berseteru dengan Pakatan Rakyat.
Lagipun, bagi saya, saya cuma mahu parti politik yang membentuk kerajaan supaya mengusahakan merendahkan indeks rasuah negara, memajukan ekonomi dan merapatkan jurang perbezaan antara kaum.. maka itulah parti yang saya akan sokong.
Indeks rasuah 9.0 dan keatas, Malaysia sebagai sebuah negara maju, RM setanding dengan Dolar Singapura dan Brunei. Itu yg saya mahu lihat.
Kebanyakan isu sebenarnya kecil, tapi kadang-kala sengaja diperbesarkan.
Teruskan saja Ibrahinm Ali! Kita pastikan semua pengundi melayu untuk tidak mengundi calun selain Melayu. Bukankah itu resolusi MPM?
ReplyDeletePerkasam
Kejatuhan sistem politik di Malaysia dan kebangkitan semula sistem beraja di Tanah Melayu akan berlaku. Sistem politik ciptaan musuh2 tuhan ini sejak sekian lama memperbodohkan dan memecah belahkan manusia serta tidak membawa apa2 kebaikan kpd rakyat. Mana2 parti yg menang tidak akan membawa kebaikan kpd rakyat, perhatikan seluruh dunia yg mengamalkan sistem ini. Adakah mana2 negara yg rakyatnya menikmati kesejahteraan?
ReplyDelete