Amat bertuah dan beruntung manusia yang mendapat rezeki melimpah ruah daripada Allah. Manusia yang beriman akan mengingati dan memahami bahawa dalam harta mereka terdapat hak orang-orang tertentu samada hak orang miskin yang meminta-minta atau pun yang tidak meminta-minta.
Justeru, orang mukmin yang kaya akan menggunakan nikmat kekayaan tersebut untuk semakin dekat dengan Allah dengan cara menginfakkan harta mereka pada jalan Allah. Lihat sahaja sahabat-sahabat nabi seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Omar al- Khattab dan Saidina Abd Rahman bin Auf yang telah membelanjakan harta mereka untuk menolong fakir miskin dan perjuangan Islam yang mulia ini.
Sempena bulan ramadhan ini, terdapat sebuah hadith yang boleh menjadi motivasi kepada semua umat Islam untuk berbuat amal kebajikan. Rasulullah bersabda yang bermaksud :" Barang siapa yang memberi seseorang berbuka puasa maka dia akan mendapat pahala seperti mana pahala orang yang dia beri makan tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang berpuasa tadi". Namun bukan semua manusia yang mampu memberi makan untuk orang berbuka puasa. Kalau tidak mampu maka lakukanlah mengikut kemampuan masing-masing.
Hadith :
Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”. (al-Bukhari dan Muslim)
Huraian
1. Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka setelah diyakini masuknya waktu Margrib, sebaliknya makruh hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang sebab yang munasabah.
2. Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula selepasnya.
1hidayah | afnanfaiz.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment