Semua lokasi berkepentingan Malaysia di Jakarta dikawal polis berikutan terdapat maklumat Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia atau Sweeping Malaysian hari ini.
Antara langkah diambil oleh pihak berkuasa Indonesia ialah menempatkan sebanyak 200 anggota polis mengawal kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di sini, sejak pukul 9.30 pagi. Selain itu, polis juga ditempatkan bagi mengawal keselamatan di Kedutaan Besar Malaysia, Pejabat Petronas dan Bank CIMB Niaga.
Petronas turut mengarahkan kakitangannya supaya pulang awal iaitu pada pukul 1 petang setelah menerima ancaman tersebut. Polis memberitahu demonstrasi itu akan dilakukan oleh Gerakan Pemuda Pemudi Anti Malaysia iaitu salah satu cabang di dalam Bendera.
Seorang pegawai polis yang berkawal di kediaman duta besar turut mengingatkan wartawan supaya berhati-hati kerana ada maklumat menyebut kumpulan itu nekad untuk menahan rakyat Malaysia. Berikutan itu, semua pelajar Malaysia di Jakarta telah dinasihatkan tidak melalui kawasan Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta Pusat untuk mengelakkan daripada tindakan 'sweeping' oleh anggota Bendera.
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar mengingatkan pelajar supaya keluar rumah dalam berkumpulan dan segera menghubungi beliau atau pemimpin pelajar jika diancam oleh mana-mana pihak.
"Saya minta seluruh mahasiswa Malaysia agar menghindari kawasan Menteng, khususnya Jalan Diponegoro. ia dikenal pasti antara kawasan yang akan dilakukan 'sweeping' rakyat Malaysia oleh kumpulan Bendera," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bagaimanapun sehingga pukul 6 petang ini, iaitu had waktu dibenarkan oleh polis untuk mengadakan demonstrasi, hanya satu demonstrasi kecil dilakukan kira-kira 15 minit di hadapan Kedutaan Besar Malaysia. Daripada maklumat polis, dijangka satu demonstrasi besar-besaran membabitkan pelbagai badan bukan kerajaan akan diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia esok yang disertai kira-kira 1,000 orang.
Utusan Malaysia difahamkan demonstrasi itu akan disertai ramai penunjuk perasaan kerana mereka mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan 'duit raya' kerana semakin hampirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri. Petang Isnin lalu, 37 anggota Bendera berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan membawa bersama lima bungkus najis manusia kerana membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada 13 Ogos lalu.
Salah seorang daripada mereka sempat melempar bungkusan najis itu masuk ke dalam pintu pagar kedutaan besar, manakala yang lainnya meletakkan kotoran itu ke atas bendera Malaysia di jalan dan memijaknya.
borhan.samah@utusan.com.my
KERAJAAN MALAYSIA/ DAN RAKYAT PETRIOTIK MALAYSIA (TIDAK TERMASUK NGO2 LIBERAL PONDAN), PERLULAH
ReplyDelete1. memberi notis kepada 2 juta rakyat Indon untuk pulang (2 bulan notis)
2. memberi notis kepada rakyat indonesia di Malaysia bahawa mereka seharusnya mencari dan
mengesan ahli2 kumpulan Aliansi Pemuda PemudiAnti Malaysia dan lakukan apa yg sepatutnya sebelum mereka boleh pulang ke sini. (satu kepala bayar 5k)
3. memberikan mesej yg paling jelas kita bukan penakut dan kita sedia untuk berperang besar besaran jika perlu.
4. kita cemuh pimpinan politik lemah Indonesia yang tidak tahu membayar budi Malaysia yang lebih
kaya dan sofistikated
5. menyiasat samada badan perisikan negara jiran bertanggungjawab mendalangi isu ini di indonesia dgn wang ringgit
6. kita hentikan semua bantuan kemanusiaan dalam paa jua bentuk ke tanah Jawa jika berlaku bencana
7. kita kaji semula semua isu imigresen dgn indonesia
8. kita perlu sedar jiran jiran kita mentertawakan Malaysia tidak sebulu dgn negara 'nusantara' yakni kesayangan pejuang Melayu Malaya (hahaha).
--KMM
bukankah sentimen itu dimainkan oleh partai pembangkang di sana untuk mewujudkan tekanan kepada pemerintah indonesia. asasnya ingin mendapatkan unti sokongan rakyat dalam isu yang mainkan itu.
ReplyDeletepetunjuknya warganegara mereka yang berada di sini mampu menghuru harakan keadaan sehingga memberi tekanan kepada pemerintah di sini.
persamaan dan perbezaan Gunung Lawu dengan Gunung Ledang terjawab dengan pasti.
Dabong
Salam..
ReplyDeleteTuan Dabung,
Gunung Merapi & Gunung Anak krakatau juga sedang menjalankan tugasnya..:)
Solda 9
Salam pembaca,
ReplyDeletePenggugatan kepada keamanan dan kejiranan Malaysia dan Indonesia sememangnya ada yang mendalanginya dan mereka-mereka itu diupah supaya Malaysia dan Indonesia huru hara. "Huru-hara ni akan memberikan political milieage kepada parti-parti politik yang mengidamkan tampuk pemerintahan. Persoalannya, siapa dibelakang mereka?
Cicit Pang5 Perang Limbang
Sudah tentulah pihak yang sudah lama mengimpikan peperangan di antara Malaysia dan Indonesia.
ReplyDeleteIndonesia adalah negara paling ramai umat Islam di dunia dan mempunyai kekuatan ketenteraan dan asas ekonomi yang kuat. Sudah pasti Indonesia akan menjadi satu kuasa dunia yang digeruni jika mampu bangkit menjadi sebuah negara maju.
Satu-satunya cara untuk menghalang kebangkitan Sang Garuda adalah dengan menjebaknya masuk dalam kancah peperangan. Dan Sang Malaysia adalah sasaran terdekat mereka.