ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, July 20, 2010

WARISTAKHTA MELAKA - WARIS ALMARHUM SULTAN ALI DAN RAJA NOORJAN




SIAPA PUNYA? WARIS ALMARHUM SULTAN ALI DAN RAJA NOORJAN

Saya terkejut tidak dapat sumber bahan tuntutan waris Almarhum Sultan Ali keatas negeri Melaka, sedangkan saya pernah sibuk satu ketika dulu menyiasat hal tuntutan YM Raja Noorjan. Pada hemat saya, setiap kes ada kekuatan dan kelemahan masing-masing, tetapi oleh kerana Melaka tidak beraja, maka dalam hal2 berkaitan agama Islam dan adat, tugas di pikul oleh DYMM YDP Agung. Tetapi ini tidak sekali kali bermakna takhta kesultanan Melaka tidak boleh dipulangkan kepada Melaka kerana baru 120 tahun yang lepas kesultanan melaka hampir di sambung semula dibawah British, INIKAN PULA KERAJAAN KITA SENDIRI DALAM 2010

ULASAN DARIPADA WARIS SULTAN ALI

Memang benar apa yang dikatakan oleh RajaMenangis, Almarhum Sultan Hussin dan juga anakandanya Almarhum Sultan Ali Iskandar Shah jelas pernah mendapat pelawaan oleh kerajaan British di Tanah Melayu/Singapura utk ditabal menjadi sultan di Melaka, tetapi pade ketika itu Sultan Hussin dan juga sultan ali lebih berminat untuk menjadi sultan di Johor. Tetapi akhirnya sultan Hussin mengakhiri hidup baginda dengan bersemayam di Tengkera Melaka - dan makamnya ada disana, rakyat Melaka ketika itu menganggapnya sebagai Al sultan Melaka. Seterusnya anakandanya Sultan Ali Iskandar Shah juga bersemayam di Umbai melaka, dan membina sebuah istana di Umbai Melaka... Untuk makluman tuan juga Makam Sultan Hussin Shah memang ada di Tengkera Melaka untuk dilawati, manakala anakandanya di makamkan di makam diRaja Masjid Umbai Melaka, ini satu pertanda bahawa warisan dari Sultan Hussin insyallah adalah sultan yang berhak ditabalkan Sultan bagi negeri Melaka yg berdaulat.

Engku Wan Abas,
Cicit panglima kepada Tengku Alam Shah ibni Sultan Ali Iskandar Shah.










3 comments:

  1. salam.tentang isu tuntutan takhta kesultanan melaka samada dari pihak raja nor jan atau waris sultan ali, bg saya waris sultan ali yg paling layak utk memerintah melaka kembali kerana:

    1.sultan hussin shah dan sultan ali iskandar shah pernah dipelawa british utk menjadi sultan di melaka.

    2.sultan hussin shah pernah bersemayam di tengkera melaka, dan penduduk melaka ketika itu menganggapnya sebagai sultan melaka, dan baginda juga mangkat di tengkera melaka.makam baginda masih wujud sehingga hari ini di masjid tengkera melaka.

    3.anakanda sultan hussin iaitu sultan ali iskandar shah, setelah menyerahkan takhta johor kpd temenggong ibrahim, baginda telah bersemayam di umbai melaka.pada ketika itu baginda telah bertitah kpd pihak british mengenai mengapa baginda memilih daerah kesang yg terletak bersempadan diantara johor-melaka dan membina sebuah istana di umbai melaka,sebagai tempat bersemayam baginda kerana di kawasan itu byk dimakamkan kaum kerabatnya.akhirnya baginda juga dimakamkan di makam diraja umbai melaka.

    4.sultan hussin shah dan sultan ali iskandar shah adalah zuriat keturunan dari sultan abdul jalil riayat shah ibni bendahara tun habib abdul majid yg menjadi sultan empayar johor pertama dari dinasti bendahara mengantikan sultan mahmud mangkat dijulang dari dinasti melaka parameswara yg tidak meninggalkan zuriat.ini bermakna bahawa sultan melaka yg akan wujud nanti adalah dari dinasti baru.empayar johor diakui sebagai pewaris kpd empayar melaka setelah pusat pentadbiran kesultanan melaka di bandar melaka jatuh ketangan portugis.

    5.sultan melaka akan ditabalkan oleh kerajaan negeri melaka, dan majlis pertabalan mesti dalam negeri melaka dan di dalam istana.raja nor jan telah membuat kesilapan kerana menabalkan diri sendiri, majlis dibuat di luar melaka, dan dibuat didewan org ramai ini mencemarkan kedaulatn raja2 melayu.

    6.sultan melaka perlu mendapt perkenan yang dipertuan agong dan juga majlis raja2 melayu sebelum ditabalkan.

    7.alat kebesaran yg ditunjukkan oleh raja nor jan shah semuanya tidak tulen, dan keris2 yg ditunjukan adalah keris baru dan bukan keris model melaka.isu nor jan mendakwa memiliki keris taming sari adalah satu penipuan besar yg dibuatnya.seorang sultan tidak sepatutnya bermegah-megah dgn keris taming sari kerana keris taming sari adalah pakaian seorang laksamana bukan taraf raja utk bermegah dgn keris seorang laksmana.

    8.salasilah raja nor jan tunjukkan tidak sahih dan utk makluman nama sebenar raja nor jan ialah nor jan bin tuah sahaja.

    9.waris keturunan perak hilang kelayakan utk tuntut melaka kerana warisannya telah meningalkan negeri melaka dan menjadi sultan di negeri perak, dan dinasti melaka-parameswara sebelah lelaki diperak telah terputus dan digantikan dari dinasti baru dari anak raja siak.dan pewaris bagi empayar melaka adalah empayar kesultanan johor lama,bukan zuriat keturunan melaka yg menjadi raja diperak.

    sekian waslam.
    habib abdullah al-idrus.

    ReplyDelete
  2. Tuan habib abdullah al-idrus,

    Aslm.

    Saya amat tertarik dengan perenggan 6,7,8 dan 9 yang tuan sebutkan.

    Para 6 - sultan melaka kelak perlu perkenan majlis raja2 dan Agung - saya tidak pasti, kerana tiada peruntukan sedemikian dlm undang-undang. Ia perlu di gerak kan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan rakyat jelata Melaka yg secara rata-rata 'tidaklah seperti Melaka lama' hari ini. Ini adalah satu isu besar, walalupun raja adalah payung kepada semua lapisan masyarakat Melaka kelak.

    Para 7 - alat kebesaran yang di pandang dgn mata saya sendiri adalah lebih drp 40. Satupun belum di buat ujian carbon dating dan oleh itu susah saya atau sesiapa nak pastikan SEMUAnya tidak tulen. Tamingsari, seperti kita tahu, adalah nama pendekar jawa. Semasa keris itu diberikan kepada sultan melaka, maka ada yg menyatakan mustahil pendekar jawa no.1 ada SATU keris sahaja. Tidak syak dia memiliki lebih daripada satu keris. Wallahualam.

    Para 8 - salasilah tersebut sudah lama di hantar kepada pihak berwajib, tetapi tiada maklumbalas. Dan keluarga Noorjan adalah daripada keturunan sultan Perak 1851 atau 1856, saya tak ingat sangat - tak perlu pergi ke benih parameswara.

    Para 9 - Saya setuju sangat dgn pandangan ini, dan sanadnya kuat dan falsafahnya utuh - bahawa waris Sultan Ali amat kuat tuntutannya keatas melaka dan satu proses perlembaggaan dan acara puncak raja Melayu perlu di adakan.

    Bukankah saya sendiri anak Muar-Johor...

    Sila lah hubungi saya di email Rajamenangis. Hidup Melayu.

    Prof Shali
    Rajamenangis

    ReplyDelete
  3. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

    Segala puji kepada Allah SWT Tuhan Semesta Alam

    Selawat serta salam kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat baginda.

    Assalamualaikum wbth

    Mohon kiranya saya selitkan syair buat tatapan sekalian

    Negeri Melaka masyur sedunia
    Aman sentosa semua rakyatnya
    Terbilang riwayat raja2nya
    Payung Melayu indah kurnia.

    Saya di kesempatan ini ingin melahirkan rasa gembira, terharu serta bahagia apabila mendapat perkhabaran ada pihak2 tertentu yang ingin menuntut takhta negeri Melaka yang bersejarah....(berdaulat Insyallah... bila tertabalnya DYMM Paduka Seri Tuanku Sultan Melaka yang ke 9 kelak)

    Saya secara positif serta yakin, 'Barang yang Hak akan mengalahkan barang yang Bathil' suatu hari nanti. Ini tidak terkecuali bagi perkara yang sedang diperbincangkan ini. Insyallah.. suatu hari nanti dengan izinNya, rakyat Melaka akan dapat kembali Sultan yang telah lama mereka dambakan.

    Istana Melaka bakal ada penghuninya yang berhak lagi sahih akan wujud wasilah serta salasilah keluarga dirajanya.

    Namun tiada jalan mudah ke arah itu tanpa ada jalan dan ruang disalurkan oleh rakyat negeri Melaka itu sendiri serta kerajaan negeri Melaka.

    Pensejarahan Sultan Melaka serta keturunan, rantaian susur galur yang tidak akan putus dek zaman walaupun waris telah terpisah jauh dan tidak mengekalkan 'prediket' keturunan mereka. Saya optimis bahawa ramai waris Sultan Melaka yang tersebar luas serata Malaysia amnya...dan negeri Melaka itu sendiri khasnya.

    Pencarian waris tahkta yang sah dan layak bukan perkara mainan. Oleh itu mohon saya syorkan satu jawatan kuasa khas dari pihak waris yg menuntut takhta,pihak kerajaan negeri serta persekutuan ditubuhkan. Cara bagaimana ianya akan berfungsi perlukan maklumat dari yang arif.

    Tahniah dan syahbas saya ucapkan kepada pihak waris yang berani muncul menuntut hak mereka. Jika niat bersih, akan bersihlah harga diri kita begitu jua jika sebaliknya. Saya mendoakan agar segala usaha murni mereka Insyallah...dipermudahkan oleh Allah SWT. Ameen.

    Akhir kalam semoga negeri Melaka kelak akan cahaya Daulah Islamiyah melalui kedaulatan Sultan, Pemerintah negeri yang adil serta laksana.

    Mohon saya mengundur diri

    Wasalam

    Mejar Wan Norzaini bin Wan Mustaffa Al-Aidarus
    [Dato Panglima Harimau Al-Darus]

    ReplyDelete