ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, July 6, 2010

CINCIN SUASA UNTUK LELAKI - BOLEH ATAU TIDAK?

Imam Bukhori meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik bahwa Rasulullah saw mengenakan cincin yang terbuat dari perak dan diukir ditasnya (tulisan) Muhammad Rasulullah. Dan beliau saw mengatakan,’Aku telah mengukir diatasnya Muhammad Rasulullah, maka janganlah salah seorang mengukirnya (seperti ukiran Muhammad Rasulullah).”

Imam Nawawi menyebutkan bahwa kaum muslimin telah bersepakat dibolehkan mengenakan cincin dari perak bagi kaum laki-laki, namun sebagian Ulama Syam dahulu pernah memakruhkan pengenaannya selain oleh orang yang memiliki kekuasaan, mereka menyebutkan suatu atsar dimana atsar ini agak aneh dan tertolak.

Al Khottobi mengatakan bahwa cincin perak makruh dikenakan oleh kaum wanita karena ia merupakan simbol kaum laki-laki. Dia mengatakan,”Apabila seorang wanita tidak mendapatkan cincin dari emas maka celuplah dengan warna kuning dari kunyit atau yang menyerupainya.” Dan pendapatnya ini pun lemah atau batil tidak tidak memiliki landasan. Yang benar adalah tidaklah makruh bagi seorang wanita mengenakan cincin dari perak. (Shahih Muslim bi Syarhin Nawawi juz XIV hal 94)


Pengharaman Cincin Suasa dan Cincin Tanpa Permata - HARAM buat lelaki
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud; "Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas". Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak.

Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki. Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram.


===================================================

Bagaimana dengan Platinum?


Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,”Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.”Jelas dari penjelasan ini, bahawa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.


Hukum Memakai Cincin Suasa

Apa yang saya ketahui hukum mekai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.


Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:”Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”


Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :”Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”


Untuk mengelakkan jatuh dalam perkara syubhah melalui pendapat ulamak yang mengatakan makruh dan ada yang mengatakan haram. Eloklah dijauhi memakai suasa.


Kesimpulannya, halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak (Silver) bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Wallahua’lam..



[Ed, jadi siput babi pun babi dan anjing laut pun anjing :) ]





Sumber (c) http://nurfaisza.wordpress.com







3 comments:

  1. Raja2 Melayu memakai lambang kebesaran diperbuat dari emas sebagai melambangkan bhw raja2 adalah wakil tuhan dan bersifat maha kaya. Ini bertepatan dgn firman tuhan bhw agama mereka menjanjikan kemiskinan manakala tuhan mengajak kearah kekayaan dan kesejahteraan.

    ReplyDelete
  2. Tak jelas tu, cuba panjangkan lagi... wasalam.

    Meroi

    ReplyDelete
  3. raja yang memakai perhiasan emas tu zaman hindu, sekarang zaman islam macam tu lagi ke?

    halus sungguh permainan kata-kata supaya orang menghina raja

    siput

    ReplyDelete