SERDANG - Polis merampas sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce bernilai RM2.85 juta yang tertera nama 'D.Y.M.M Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M Raja Tuah Shah' yang dipercayai digunakan untuk menarik rakyat asing melabur dalam satu perniagaan hartanah global yang dilancarkan di Bandar Puteri, Puchong dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, kereta itu dirampas pukul 1.30 petang ketika ia diletakkan di tempat letak kereta di sebuah bangunan rumah kedai empat tingkat tempat berlangsungnya majlis perasmian bangunan syarikat tersebut.
"Semasa diperiksa kereta itu tiada cukai jalan, menggunakan nombor pendaftaran palsu. Siasatan mendapati kenderaan itu disewa dari sebuah kedai kereta terpakai," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. Difahamkan, kereta itu disewa dengan harga lebih RM600 sehari termasuk bayaran perkhidmatan seorang pemandu.
Menurut beliau, kereta itu dipercayai digunakan oleh syarikat tersebut sebagai gimik bahawa syarikat itu benar-benar berjaya dalam bisnes dan disokong oleh kerabat diraja Kesultanan Melaka. Nama Raja Noor Jan mula menjadi sebutan pada tahun 2006 apabila dia muncul menuntut takhta Kesultanan Melaka. Raja Noor Jan mendakwa dia adalah pewaris sah Raja Alang Abdul Rahman yang merupakan anakanda Sultan Abdullah Mohammad 1, Sultan Perak ke-22.
Mengulas lanjut, Abd. Razak berkata, selain kereta itu polis turut menahan tiga lelaki termasuk pemandu kereta itu. "Pemandu kereta itu merupakan pekerja kedai kereta terpakai tempat kereta itu disewa dan dia yang berusia 35 tahun didapati positif mengambil dadah syabu," kata beliau. Dua lagi lelaki yang ditahan dipercayai menjadi penganjur majlis perasmian bangunan itu.
Oleh NOR SHAFAWATI YUP
www.kosmo.com.my
Beberapa persoalan timbul:
ReplyDelete1, gimik pelancaran menggunakan kereta lazimnya tidak perlu road tac etc - mcm juga berlakon dalam drama pakai kereta ferrari impot daripada bulan - mana ada road tax!
2. jika driver kereta itu hisap ganja ker, hisap cocaine ker, itu tak ada kena mengena dgn kereta rolls royce itu
3. menggunakan nama 'sultan 'melaka' sebagai gimik pelancaran sesuatu komersil adalah 'lakonan', pementasan dan untuk suka-suka yg tidak ada tempat dalam undang2 jenayah.
-Zaid
salam,
ReplyDeletePihak pemerintah gagal uk mengesahkan kebenaran pewaris sultan melaka ini..
pembuktian secara spiritual dan nyata ..berdasar Al-quran..
Selaku pewaris raja harus tahu rahsia Al-quran, selaku raja ketua ugama islam..
Kalau padi katakan padi ...
lembah kelang..