ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, July 7, 2010

PERJUANGAN KAMI - MAKNA RAJAMENANGIS


Mohon janganlah disalah tafsir bahawa Rajamenangis itu bermakna raja berduka sahaja. Kenapa tidak "Raja Senyum" atau "Raja Ketawa" atau "Raja Suka" ada yang bertanya. Jawapannya Sdr sendiri boleh perdengarkan kepada telinga sendiri akan mana satu yang 'ada tersirat makna mendalam'...Pastilah RajaMenangis - kerana ada pengisahan pengorbanan disitu...

Rajamenangis adalah ungkapan nama khas dalam satu perkataan dan senafas "RAJAMENANGIS". Ia barangkali juga satu kiasan dan metafora Melayu yang membawa arti seni paling halus, umpamakan Melayu itu sendiri yang berdalih agar menginjak, mengelak agar terpalinglah rasa terkilan atau rasa berang atau naik hantunya. Airmata Raja menitis dikala suka mahupun duka. Memang bukan fitrah Raja untuk menangis kerana Raja lazimnya dikaitkan dengan ceritera sejahtera, ceritera bahagia dan sukacita. Namun sesungguhnya dalam lipatan sejarah kepulauan Melayu terlalu sarat dengan pertempuran, raja-raja juga bermati-matian samada bersama atau berasingan dengan rakyat baginda. Hatta Raja dan institusi silam ini memberi arti sebuah kelompok masyarakat dan identiti Melayu; tanpanya negara ini punah sudahnya.

Kami bawakan penjelasan ini agar ia bukan sahaja jelas, tetapi berasas dan berteraslah perjuangan suci murni ini bersama dengan jiwa-jiwa manusia lain yang nampak dan akur. Tak Melayu hilang didunia itu bersyarat sebenarnya, dan salah satunya adalah Melayu itu perlu ber-ilmu dan bertakhta di hati Raja dan tanah tumpah darahnya. Dan agama suci Allah pasti menjadi tonggak perjuangan ini.

Rajamenangis adalah kombinasi usaha pengelola serta pasukan ahli fikir sejarah, budayawan, ketamadunan dan kesusasteraan Alam Melayu dalam ertikata yang menyeluruh. Mereka ada disekeliling, menjalar rangkaiannya, mendengar, melihat dan berbicara. Bersunguh-sungguh dan tekun benar dalam firasat dan tafsiran ilmu mereka.

Rangkaian hubungan kami termasuklah ahli sejarah, pensyarah dan guru, para intelektual Islam dan ketamadunan Melayu, ahli politik daripada pelbagai lapangan serta aktivis masyarakat profesional dan amatur dalam bidang-bidang di atas. Tidak kurang pula, pencinta
bangsa Malaysia yang tulin, pengkritik dan pemerhati Rajamenangis yang di hormati - kesemuanya membesarkan lagi ilmu dan pengalaman kami dalam misteri dunia Melayu yang besar dan rumit.

Kumpulan Rajamenangis mengkaji aspek-aspek Kesultanan Melayu dulu dan kini, adat istiadat
istana, adat resam Melayu, undang-undang adat dan perlembagaan Negeri, karya besar Melayu, kefahaman dan sistem kepercayaan orang-orang Melayu-Islam dan konsep kedaulatan mereka. Ketamadunan Melayu kami rungkaikan setakat mana yang mampu.




Photo - Professor Shali, salah seorang pengasas/ pengelola Kumpulan Rajamenangis

0 comments:

Post a Comment