DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH telah diputerakan pada 28hb. November 1927. Pada mulanya Baginda menuntut di Sekolah Melayu Titi Gajah kemudiannya di Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar hingga 1948.
DYMM Tuanku Sultan pernah bersemayam di asrama Maktab Sultan Abdul Hamid di Alor Setar bersama-sama dengan murid-murid lain. Semasa Duli Tuanku bersekolah di sini, baginda telah bercampur dengan murid-murid dari semua lapisan.
Guru-guru dan rakan-rakan sekolah baginda masih ingat dengan bangganya atas sifat baginda yang bertolak-ansur dengan rakan-rakan, dan tidak pernah membesarkan diri walaupun baginda ketika itu adalah seorang bakal Raja Negeri Kedah Darulaman. Pada tahun 1949 Baginda telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran.
Setelah mengikuti satu kursus persiapan yang singkat, baginda telah diterima masuk ke Maktab Wadham pada awal tahun 1952. Di maktab inilah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah mempelajari Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Setelah tarnat kursus ini, DYMM Tuanku telah berangkat ke tanahair dan terus berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan kemudiannya di Pejabat Perbendaharaan.
Ketika di England pad a 6hb. Ogos tahun 1949, baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Kedah. Pada 9hb. Mac 1957 pula DYMM Tuanku telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah. Ini ialah kerana pada 12hb. Mac hingga 3hb. Julai 1957, Almarhum DYMM Sultan Badlishah berangkat keluar negeri.Setelah mengikuti satu kursus persiapan yang singkat, baginda telah diterima masuk ke Maktab Wadham pada awal tahun 1952. Di maktab inilah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah mempelajari Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.
Setelah tamat kursus di Maktab Wadham, DYMM Tuanku telah berangkat ke tanahair dan terus berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan kemudiannya di Pejabat Perbendaharaan. Ketika di England pada 6hb. Ogos tahun 1949, baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Kedah. Pada 9hb. Mac 1957 pula DYMM Tuanku telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah. Ini ialah kerana pada 12hb. Mac hingga 3hb. Julai 1957, Almarhum DYMM Sultan Badlishah berangkat keluar negeri. Antara kegemaran baginda, selain dari bermain golf, tennis, billiard dan fotografi adalah melancong.
Dan baginda telah berangkat ke Eropah pada tahun 1950 dan 1954, dan telah juga mengelilingi dunia pada tahun 1963. Dalam masa pemerintahan, DYMM Tuanku banyak membuat lawatan ke tempat-tempat di luar bandar demi untuk mendapat 'First Hand Information' berkenaan keadaan rakyat jelata baginda. Baginda sentiasa berkenan bertitahmesra dengan rakyat ketika berangkat ke tenipat- tempat ini. Dengan ertikata yang lain baginda Tuanku bolehlah disifatkan sebagai "Sultan Berjiwa Rakyat". Seorang Sultan yang dikasihi dan disegani rakyat.
Sumber : www.kedah.gov.my
0 comments:
Post a Comment