Penulis blog perlu mempunyai kod etika
KUALA LUMPUR 28 Julai - Setiap penulis melalui media alternatif iaitu blog di negara ini perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kod etika itu juga merupakan peraturan asas untuk mendisiplin diri setiap penulis blog.
"Kalau tidak ada kod etika, penulis blog akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan sama ada ia berasaskan fakta atau tidak.
"Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkuliti.
"Oleh itu, kod etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri (penulis blog) supaya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesesuka hati," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Media Sosial dan Blogger 2010 di Hotel Berjaya Times Square di sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment