Pada hari Isnin tanggal 19 April 2010 yang lalu genaplah ulangtahun keputeraan Sultan Perak yang ke-82. Alhamdulillah, baginda masih diberi Allah SWT kesihatan dan kekuatan untuk terus memerintah negeri agar aman dan sejahtera.
Selama hampir 25 tahun lebih saya menjadi Mufti Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan baginda, saya cukup bangga bila sejarah akan mencatatkan bahawa saya menjadi gandingan Umara-Ulama dengan Sultan. Saya sedar banyak lagi usaha yang perlu saya lakukan untuk memartabatkan Islam di negeri Perak, namun setiap titip kata saya di hadapan Baginda bila bercakap tentang hukum, Baginda tetap setia mendengar.
Melihat kelangsungan institusi raja dengan Islam, menyelak buku-buku sejarah telah mencatatkan bahawa institusi kesultanan merupakan tunggak pada keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan agama, bangsa dan negara. Ia diakui ramai manusia hingga disebut-sebut dalam sejarah Melayu bahawa raja adalah payung bangsanya.
Raja disebut sebagai tunggak penyebar ajaran Islam pada bangsa, pahlawan pada negara, penggerak pada ilmu yang berjasa, penegak keadilan siasah pada setiap jiwa malah dialah pembela setiap bangsa yang menjadi rakyat jelata.
Masih segar tercatat dalam sejarah apabila raja-raja di Melaka, Acheh, Brunei, Kedah, Kelantan, Pattani mahupun Perak telah menerima Islam dengan hati yang terbuka, menyebabkan empayar kesultanan Melayu menjadi lebih maju, makmur dan aman sejahtera. Sedangkan ketika segala raja bulat hati menerima Islam, mereka juga sebenarnya telah mengorbankan kedudukan istimewa mereka di kayangan hingga segala titah umpama wahyu turun menjadi hamba kepada Yang Maha Kuasa di mana yang adil itu ‘disembah’, yang zalim itu pula ‘disanggah’.
Bak ‘lembing awang pulang ke dayang’, bak ’sirih pulang ke gagang’ manhaj Islam yang begitu molek lagi cocok dengan jati diri Melayu telah memacu budaya dan kehidupan rakyat. Ini berlaku apabila raja yang selaku pemimpin negara telah membuat satu keputusan tepat menerima Islam sebagai agama diri, bangsa dan negara.
Masih segar juga dalam sejarah, apabila al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin yang memerintah bersama regu ulamanya Sayyid Hussain al-Faradz mengisytiharkan Undang-Undang 99 sebagai undang-undang keadilan bagi jajahan Perak. Yang zalim dihukum, yang mangsa dimulia, yang lemah jauh dari dihina, yang kaya diwajib menderma. Maka hiduplah rakyat jelata dalam aman sejahtera, makmur dan bahagia.
Maka benar juga firman Yang Maha Kuasa dalam surah al-Maidah : 50,
maksudnya: “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa Yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.”
Sehinggalah adat Melayu berpaksi pada hukum seperti kata pantun Melayu :
Menanam kelapa di Pulau Bukum,
Tinggi sedepa sudah berbuah,
Adat bermula dengan hukum,
Hukum bersandar di kitab Allah.
Begitulah antara mutiara-mutiara sejarah yang tidak akan lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Ia adalah bukti kukuh yang akan dikenang sepanjang masa dan zaman, tentang peranan institusi kesultanan dalam penyebaran agama Islam. Namun sejarah bukan saja untuk dikenang, malah setiap yang gemilang perlu diulang agar lebih cemerlang. Itulah cabaran institusi kesultanan hari ini dalam dakwah Islam di negara ini. Ketika keluhuran Islam dicabar oleh pelbagai pihak, institusi kesultanan yang berperanan sebagai ketua agama perlu dimantapkan sebagai benteng agama Islam. Bangunan istana yang dulunya sebagai medan muktamar muzakarah para ilmuwan, hari ini perlu juga dimainkan.
Pesanan
Akhirnya, besar hati juga saya yang faqir kepada Allah ini menitipkan satu pesanan dari ulama dengan katanya : “Bahawasanya binasa negeri itu dengan sebab binasa segala rakyat, dan binasa segala rakyat dengan sebab binasa segala raja-raja, dan binasa raja-raja dengan sebab binasa segala ulama.” Katanya lagi: “Bermula adil sultan itu sebab bijaksana menterinya”.
Maka tetap kukuhlah di sini, bahawa bagi rakyat jelata, dari yang di kebun sampai ke tengah bandar, dari yang berjalan di daratan sampai ke udara bersama dengan menteri-menteri dan ulama-ulama bersatu hati, dengan raja yang dihormati, kerana inilah tonggak kekuatan negeri, jiwa peribadi, untuk turunnya anugerah Illahi Yang Maha Tinggi, Rabbul Alamin.
Akhirnya, moga-moga tulisan ini menjadi buah fikir dan tilik, bersama ilmu dan pengetahuan yang terang yang sukakan iman dan makrifat, jangan dengan tilik jahil lagi kelam yang memusakakan sesat. Sesungguhnya Allah SWT akan mewariskan dunia ini kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Maka jika iman dan amal soleh sudah tiada maka hilanglah kekuasaan dan kekuatan ummah. Kekuasaan bukan semata hilang dengan hilangnya kekuasaan ekonomi, undi, pengaruh namun hilangnya iman dan amal soleh akan menjadikan umat ini hina-dina.
Firman Allah SWT dalam surah al-Nur : 55 maksudnya: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganku. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka.” (Surah al-Nur :55 )
agak2 mufti perak sekarang tahu tak saper mufti perak yg pertama..???
ReplyDeleteasal usul dan keturunanya..???
MUFTI PERAK NI TAK TAHU KOT..
ReplyDeleteSIAPA MUFTI PERAK YG PERTAMA SBB HUKUM HARAMNYA JUDI DALAM ISLAM PUN DIA TAK TAHU.. SBB TU DIA DIAM JERR BILA NAJIB MONGGOLIA HALALKAN JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010, JUDI BOLA SEPAK LIGA INGGERIS, LIGA ITALY DAN LIGA SEPANYOL...
BEGITULAH HEBATNYA MUFTI PERAK ZAMAN NI..
TANGGUNG MUFTI PERAK ZAMAN SEKARANG NI ADALAH MENJAGA SERTA MEPERTAHANKAN KESULTANAN PERAK DAN TIDAK BOLEH MENCAMPURI URUSAN AGAMA LAGI..
Sdr Hafzach... padan lah, rupanya blog sdr pun namanya jelas "Daku Bukan Pejuang Bangsa" - senanglah sikit kita tahu nafsu politik sdr. T kasih.
ReplyDeleteMoron
Memang aku bukan pejuang bangsa kerana aku takut dilaknat oleh Allah azza wa jalla..
ReplyDeleteRasulullah sendiri tidak mengaku umat kepada sesiapa yang berjuang atas dasar bangsa...
Salah ker kalau aku takut dgn Allah dan Rasulullah..
Hidup dalam dunia ni hanya satu sahaja matlamatnya iaitu mencari keredhaan Allah.. bukannya kemurkaan Allah..
Tak tahulah pulak aku apa yg kamu cari dalam hidup ini..
Nak tunjuk alim pulak dah.....
ReplyDeletebudak kecil pun boleh cakap dia alim malah sekarang ini yahudi pun cakap dia alim dan sempurna. siapa-siapa pun boleh cakap dia warak.
Kalau dah alim sangat sila buktikan untuk menjadi contoh tauladan budipekerti yang sempurna seperti yang disarankan oleh al Quran bukan cara memfitnah orang lain pulak.
semborowo