ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, May 12, 2010

Daulat Tuanku! Zaid terpinggir di tangga Istana

Zaid perlu beradab kepada Sultan Selangor

Isu masjid dan surau di Selangor dilarang menjadi medan politik bukanlah perkara baru kerana semua rakyat negeri itu tahu dan sedar arahan tersebut adalah titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri.

Baginda memang bertegas dalam soal tersebut kerana mahu menjaga kesucian dan martabat agama Islam di Selangor daripada dicemari dengan kegiatan politik yang juga dicetuskan oleh umat Islam negeri.

Sikap tidak bertolak ansur itu diterjemahkan dalam titah baginda baru-baru ini yang dengan tegas mengingatkan mereka yang tidak mahu mematuhi arahan itu, supaya jangan datang ke Selangor.

Kenyataan keras itu mencerminkan jika ingkar padahnya hukuman setimpal seperti yang berlaku ke atas seorang imam di Subang Jaya ditamatkan perkhidmatannya serta-merta kerana membenarkan khatib luar menyampaikan khutbah berunsur politik pada hujung tahun lalu.

Setelah Sultan Selangor mengeluarkan arahan keras itu, isu tersebut mula reda tetapi menjadi panas kembali apabila Datuk Zaid Ibrahim berkata, larangan yang dikeluarkan oleh baginda merupakan pandangan peribadi.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan ulasan dalam blognya sama sekali tidak melanggar adat Melayu yang menganggap semua titah sultan perlu dipatuhi ia hanya aspek perundangan yang perlu ditafsirkan dengan tepat supaya tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. Namun Zaid perlu sedar, baginda bertitah demikian selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor dengan kuasa-kuasa yang diberikan kepada baginda untuk mengeluarkan kenyataan bagi menjalankan fungsi selaku amanah dan tanggungjawab tersebut.

Bayangkan jika semua masjid dan surau bebas dijadikan tempat berpolitik. Apakah akan terjadi jika setiap selepas solat Maghrib atau Isyak yang selama ini dipenuhi dengan program agama seperti taksir al-Quran digantikan dengan ceramah politik.

Seperti yang diketahui, orang politik apabila bercakap semua pihak tidak betul kecuali mereka sahaja. Jika itu yang diperdengarkan di masjid-masjid, kebimbangan tuanku atau orang ramai menjadi kenyataan, rumah Allah itu dicemari dengan sikap umat Islam sendiri.

Jika ia dibiarkan berleluasa, umat Islam yang lemah dan rugi kerana berpolitik siang dan malam hingga mengabaikan tugas lebih besar untuk memajukan umat Islam dalam bidang ekonomi dan menguasai teknologi tinggi.

Lebih ditakutkan, niat jemaah yang hadir mungkin lebih berminat untuk mendengar ceramah yang menyindir pihak-pihak lain daripada mengambil kesempatan berada di rumah Allah untuk meningkatkan ibadah dan ketakwaan kepada Allah.

Perkembangan yang berlaku sekarang dilihat memang menggusarkan pihak istana seperti titah baginda berhubung adat sopan dalam satu majlis di Shah Alam, baru-baru ini.

Baginda berkata, dewasa ini terdapat perkara kurang beradab yang berleluasa dalam kalangan masyarakat yang mendakwa kononnya mereka sebagai masyarakat moden.

Lebih malang lagi kurang adab itu dilakukan oleh mereka yang berjawatan besar dan penting, berkelulusan tinggi dan profesional selain ia bukan sahaja dilakukan di tepi-tepi jalan tetapi juga di tempat mulai.

Mungkin sekarang baru rakyat Selangor terutama pengundi di Hulu Selangor tahu hikmahnya pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April lalu. Jika diberi kuasa bersuara di Parlimen tak tahulah apa lagi akan dilakukan oleh Zaid.


Oleh Nor sedek ismail
pengarang@utusan.com.my


3 comments:

  1. Dalam menerima arahan sultan selangor agar masjid dibersihkan dgn segala unsur2 politik kepartian.. maka kita selaku insan yg bernaung di dalam alam ciptaan Allah Rabbul jalil ni ( tidak terkecuali sultan selangor ) hendaklah berlaku adil serta janganlah bersifat serta bersikap zalim bagi mengelakkan kemurkaan Allah..

    Bagi manusia yg sempurna akal dan fikiran seharusnya matang dalam menyelesaikan masalah tersebut..

    Pada pandangan hamba seharusnya dan selayaknya Parti pembangkang diberikan ruang yang sama banyak dgn parti pemerintah bagi mengunakan media massa yang ada dalam negara kita ( ahkbar, radio dan television ) dgn cara yg demikian barulah adil dan parti pembangkang tidak akan mengunakan masjid lagi utk tujuan politik mereka.

    Barulah adil serta saksama.. jangan pihak kerajaan bersikap hipokrit dan kita selaku rakyat juga terikut2 dgn sikap serta sifat yg sedemikian..

    UMNO / BN harus belajar dari segala kesilapan masa lampau kerana Rakyat semakin cerdik menilai apa itu demokrasi dan apa itu keadilan.. jika UMNO/ BN masih lagi menganggap rakyat semuanya bodoh dan mudah digula2kan dgn pembangunan maka masa depan UMNO / BN semakin malap serta jangka hayatnya semakin luput..

    Fahamilah dalam mana2 sejarah ketemadunan manusia.. Rakyat yg tertindas akan bangkit menentang serta mengulingkan pemerintah yg zalim, menindas dan menipu rakyat bawahan..

    UMNO / BN seharusnya ingat :
    Jika kita selalu menganggap org lain bodoh sebenarnya kitalah manusia yg paling bodoh..

    Org yang senantisa menganggap dirinya betul sebenarnya org itulah yg paling banyak melakukan kesilapan demi kesilapan.

    Berlaku adillah sesama kita insyaalah ada keberkatannya..

    Belajarlah menerima sistem demokrasi yg sebenar2nya kerena kita bukannya negara komunis..

    ReplyDelete
  2. salam.


    tidak akan berlaku adil selagi manusia yang bersifat manusia. tak kira siapa-siapa pun.

    keadilan mengikut pengertian al quran kenapa manusia lupa dan mempermain-mainkan.

    Di dalam al Quran ada mengatakan "apabila berlaku kiamat manusia ketika itu berkata sesama mereka apa yang telah berlaku kepada bumi ini........"

    ReplyDelete
  3. selangor adalah negeri yang dijajah oleh pakatan BA tak kan lah tak ada tempat nak ceramah, kalau dinegeri singapura tu lain lah...

    siput

    ReplyDelete