ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, May 21, 2010

Jangan buat sampai naik angin

PGSM Gesa Victoria Batalkan Hasrat Jadi Peguam Syarie

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini mendesak Victoria Jayaseele Martin supaya menarik balik hasratnya mahu dilantik sebagai peguam syarie demi keharmonian Islam serta agama-agama lain di negara ini.

Pengerusi PGSM, Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, desakan itu dibuat kerana peguam syarie di Mahkamah Syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam.

Menurutnya, dalam mengadili kes berkaitan Islam dan penganutnya, kepercayaan terhadap Allah SWT dan aqidah yang tinggi perlu untuk menegakkan keadilan di mahkamah.

"Jika tiada kepercayaan terhadap Allah SWT dan agama Islam itu sendiri bagaimana seseorang hendak mewakili dan menegakkan keadilan terhadap anak guamnya?

"Mahkamah Syariah juga adalah hak eksklusif orang Islam kerana undang-undang yang digunakan di Mahkamah Syariah hanya melibatkan pertikaian orang Islam," katanya pada satu sidang media sini hari ini.

Tambahnya, menyerahkan tugas peguam syarie kepada bukan Islam boleh mencemarkan kesucian Islam dan akan mengakibatkan salah tafsiran terhadap hukum syarak serta mengelirukan masyarakat.

"Biarlah pertikaian yang melibatkan orang Islam diwakili oleh peguam syarie beragama Islam bagi memudahkan segala urusan," katanya.

Tidak menolak tindakan wanita berusia 48 tahun itu sebagai menghina agama Islam, Mohamad Isa berkata, pihaknya tegas dalam isu ini kerana syarat tersebut telah termaktub dalam peraturan dan enakmen Mahkamah Syariah.

Malah katanya, di bawah kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan 1993 sendiri jelas memperuntukkan bahawa hanya pemohon yang beragama Islam sahaja yang layak untuk memohon dan diterima sebagai peguam syariah di Wilayah Persekutuan.



Sumber: TheStar: MStar.com.my


0 comments:

Post a Comment