ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, May 18, 2010

Kedah Dalam Pemerintahan Beraja Melayu

Sejak bertapaknya agama Islam di negeri ini pada tahun 531 Hijrah / 1136 Masihi (Muhammad Hassan, 1927 : hal 29 Edisi Jawi) maka bermulalah pentadbiran Islam di Kedah melalui pusat pemerintahannya yang pertama di Selatan Kedah, di Kota Bukit Meriam (1136-1236) dengan Sultannya yang pertama bergelar Sultan Mudzaffar Shah. Zaman ini dikatakan terkarangnya Hikayat Merong Mahawangsa atas permintaan Sultan Muadzam Shah (1179-1201), Sultan yang kedua. Tetapi kebenaran fakta ini masih diragukan oleh para penyelidik kerana bahagian mukadimah hikayat ini ada persamaannya dengan peristiwa Tun Seri Lanang menerima perintah mengarang buku Sulalatus-Salatin pada tahun 1021 Hijrah (W.G. Shellabear 1975 : hal. 2-4).

Setakat ini tidak terdapat kesan-kesan yang ditinggalkan pada zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah atau di sekitar pusat pemerintahan yang pertama itu, selain dari pusara lama di Kampung Langgar, Pengkalan Bujang, Merbok dalam daerah Kuala Muda. Ada pihak yang mendakwanya sebagai makam Sultan Mudzaffar Shah tetapi masih dipertikaikan kerana antara alasan yang diberikan tidak mungkin baginda mangkat atau dimakamkan di Merbok sedangkan Istananya di Bukit Meriam begitu jauh jaraknya. Bagaimanapun dengan penemuan duit atau matawang lama yang mencatatkan nama Sultan Muhammad Shah dan perkataan "Adil Shah" di sebelahnya bolehlah dijadikan bukti wujudnya pusat pemerintahan terawal di situ. Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang ketiga (1201-1236). Sebuah tempat lagi di Selatan Kedah yang pernah menjadi pusat pemerintahan ialah di Kota Sungai Emas (1236-1323).

Untuk meramaikan lagi isi negeri dan meluaskan lagi penempatan-penempatan yang belum diterokai, maka pusat pemerintahan ketiga berpindah ke utara, di Kota Siputih (1323-1626). Buku Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah mencatatkan seramai lapan orang Sultan yang pernah bersemayam di sini iaitu jumlah yang paling ramai jika dibandingkan dengan pusat-pusat pemerintahan yang lain selain dari Kota Star. Berdasar Prasasti Minye Tujuh Aceh di Sumatera bertarikh 781 Hijrah atau 1380 Masihi yang mencatatkan nama Kedah di dalamnya menunjukkan bahawa sudah terdapat hubungan erat di antara Pasai/Aceh dengan Kedah waktu itu iaitu di zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Shah 1 (1373-1422).

Zaman pemerintah Sultan Mahmud Shah II (1506-1546) dapat dianggap zaman terpenting kerana baginda telah memperkenalkan matawang baru yang diberi nama tera, pitis, kupang (kepeng), jempal dan rial. Bagindalah sultan yang pertama berangkat keluar negeri melakukan kunjungan hormat ke Istana Melaka yang ketika itu diperintah oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Penyusun sejarah Melayu membuat laporan di akhir kunjungan Sultan Kedah itu demikian :


" Maka oleh Sultan Mahmud Shah Raja Kedah dianugerahi persalinan dan dinobatkan sekali. Maka raja Kedah pun kembalilah ke Kedah. Telah sampai, maka baginda pun nobatlah di Kedah ".
(W.G. Shellabear, 1975 : hal 238)

Dato' Hj. Wan Shamsudin bin Mohd Yusof / http://www.mykedah2.com

4 comments:

  1. salam.

    pandangan

    nak kaji sejarah raja kena berpandukan salsilah raja itu sendiri, nanti semua orang pening entah apa-apa...

    pusaka-pusaka lama atau makam juga boleh juga menyokong sebuah kajian kebenaran.

    demak

    ReplyDelete
  2. Kebenaran semakin terserlah. Raja2 Melayu di zaman dahulu adalah pewaris dari Sultan Iskandar Zulkarnain dan tahun hijrah bermula dari zaman baginda. Al Quran tidak bertarikh, jadi bukankah satu penipuan bangsa arab mencipta peristiwa hijrah itu sendiri?

    ReplyDelete
  3. boleh tak sapa2 repot dekat JAKIM ke, SKMM ke, pasal mahadaya-ntah-apa-apa nih? aku da bosan arr ngan retorik dia ni.. da macam khurafat pon ada. ko nih ejen sape sebenarnya yg nak sesatkan orang ramai nih? kalau berani sangat, tunjuk la kat public. kalau da rasa diri tu betul sangat...

    ReplyDelete
  4. Jangan dilayan orang gila yang tak bertamadun nie...masih ramai lagi orang yg berfikiran giler

    ReplyDelete