ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, October 18, 2010

MASJID NEGARA PERLU SIASAT WANITA DI SISIH

Kebanyakan kaum wanita yang datang untuk bersolat Jumaat di Masjid Negara terdiri daripada pelancong atau penuntut Arab, Indonesia dan Afrika Selatan. Pada hari Jumaat 15 Oktober lepas, tidak kurang 40 jemaah wanita telah bersolat di tingkat atas masjid tersebut - dengan permulaan yang menyiksakan.


Tinjauan Kumpulan Rajamenangis mendapati, mereka mempunyai tiga masalah iaitu:
(1) Untuk berwuduk terpaksa melakukannya di dalam tandas kerana kawasan khas wuduk untuk wanita juga dibuka kepada lelaki dan pengawal di Masjid Negara mengambil sikap 'relek' sahaja. Malah ada ramai lelaki yang menggunakan tandas sama (tidak pergi ke tandas khas untuk mereka). Bukankah ini memalukan Islam?

(2) Laluan ke kawasan solat di tingkat atas (lihat foto) ditutup, seolah olah tidak langsung menghormati golongan hawa di hari Jumaat. Ini amat menyukarkan terutama bagi mereka yang pertama kali singgah di situ (mungkin kerana suami juga turut bersolat Jumaat). Kebanyakan kaum wanita terpaksa ke hulu-hilir mencari arah. Mungkin lebih sesuai papan tanda 'Tutup' digantikan dengan 'Hanya untuk Muslimat'.

(3) Garisan di atas permaidani yang menandakan sempadan untuk solat bagi jemaah wanita haruslah lebih jelas. Jika melangkau sempadan bermakna kiblat sudah tidak sempurna. Ini adalah kerana ruang solat tingkat atas berbentuk melengkung. Disarankan juga supaya diberikan maklumat dwibahasa tentang garisan tersebut.

Rajamenangis meminta Pentadbiran tertinggi Masjid Negara menyiasat hal ini dan memastikan isu ini tidak akan berulang lagi.

1 comment:

  1. Sampai ader foto sekali!! Macam mana Masjid Negara nak tepis ni?? Siasat!

    Solehah

    ReplyDelete