ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, October 15, 2010

BILAKAH MAJLIS RAJA RAJA AKAN SEHEBAT SILAM


Majlis Raja-Raja perlu nyatakan pendirian

IPOH 7 Okt. – Majlis Raja-Raja yang dijangka mengadakan persidangan dalam tempoh terdekat, perlu menyatakan pendirian berhubung kedudukan dan keistimewaan orang Melayu.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, Majlis Raja-Raja wajar mengambil pendekatan tersebut dalam usaha memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya.

Kata beliau, apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ketika ini adalah hasil perjanjian Raja-Raja Melayu dengan penjajah British sebelum tercetus persetujuan menerima kehadiran kaum lain di negara ini.

“Kita sentiasa menantikan pendirian Majlis Raja-Raja tentang isu kedudukan dan hak orang Melayu ini kerana raja-raja adalah pihak yang bertanggungjawab memberi laluan kepada kemerdekaan Tanah Melayu.

“Kerana kesanggupan baginda semua menyerahkan sedikit kuasa yang ada, barulah usaha Tunku Abdul Rahman untuk mendapatkan kemerdekaan negara daripada British menjadi kenyataan,” katanya di sini hari ini. Mohd. Hilmi berkata, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah tepat dan berasas ketika baginda membidas sikap segelintir pihak yang ghairah memperjuangkan kaum sendiri dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Malah, katanya, teguran dan kebimbangan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah serta Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah berhubung masa depan orang Melayu sebelum ini harus dinyatakan selaras dengan pendirian Majlis Raja-Raja.


Sumber (C) Utusan Malaysia 2010

1 comment:

  1. Tiada guna raja2 melayu bersidang saban tahun tapi masih terus-terusan meminggirkan hukum Allah..

    Raja2 melayu akan kembali bermaruah dan berdaulat jika menjunjung segala Hukum Allah dan mengamalkan sunah Rasulullah.. itu sahaja kunci bagi mengembalikan kedaulatan raja2 melayu..

    Kajilah sejarah empayar2 islam yg agung pada zaman dahulu semuanya berdaulat dan hebat kerana menjunjung segala hukum Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah...

    Bila Raja2 dan khalifah2 islam islam menginggalkan hukum Allah serta seronok dgn dunia maka Allah musnahkan empayar mereka semua... seperti apa yang kita lihat dewasa ni betapa umat islam menderita di seluruh dunia kerana kesilapan serta kedurjanaan pemerintah2 empayar islam di akhir2 kuasa pemerintahan mereka..

    Justeru itu apakah raja2 melayu juga ingin mengikuti jejak langkah raja2 dan khalifah islam di saat2 akhir keagungan empayar islam dahulu dgn meninggalkan segala hukum Allah serta leka dgn duniawi dan menjadi manusia2 munafik.. berpura2 memperjuangkan islam tapi dalam masa yg sama nersekongkol dgn pemerintah yang menjadi proxy Yahuddi..??

    ReplyDelete