ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, October 22, 2010

Kes Menghina Kesultanan

Dua pegawai polis hari ini melakukan pengecaman di Mahkamah Sesyen di sini ke atas barang-barang bukti yang dirampas dari rumah seorang penulis blog yang berhadapan dengan tuduhan menghina institusi kesultanan Johor. Mereka ialah Pegawai Siasatan Unit Keselamatan Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Inspektor Mohd. Faizal Zainal, 28, dan Ketua Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Asisten Supritendan Mazlan Nordin, 36.

Mereka yang juga saksi pendakwaan ketiga dan keempat secara berasingan melakukan proses pengecaman ke atas barang bukti yang dirampas polis ketika menyerbu lokasi kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh, Khairulizam Abdul Ghani, 29. Semua bahan bukti yang disahkan adalah membabitkan sebuah komputer riba dan beberapa peralatan berkaitan serta peralatan jalur lebar yang digunakan tertuduh.

Khairulizam dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.my.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Berikutan kejadian itu, Khairulizam menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Kelantan pada 26 Januari lalu. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Radzlan Jalaludin. Perbicaraan bersambung 30 November.

Rasah | 21 Okt 2010 | utusan.com.my

0 comments:

Post a Comment