Puteri Onang Kio adalah puteri Raja Chulan Pemerintah Siam kerajaan Kota Gelanggi yang juga di panggil Klang Kio atau Ganggayu ertinya perbendaharaan permata. Kota Gelanggi terletak di Jerantut. Semasa Kota Gelanggi dilanggar oleh Raja Suran (Raja Rajendra Chola 1 dari selatan India) pada tahun 1025, Raja Chola terpegun dengan kecantikan Puteri Onang Kio lalu diperisterikannya.
Semasa Pahang di bawah pemerintahan Siam yang berpusat di Tembeling (Ligor), Gabenor Siam bernama Maharaja Dewa Sura pada tahun 1454 telah diserang oleh Sultan Mansur Shah iaitu Sultan Melaka dan Puteri Wanang Seri anakanda Maharaja Dewa Sura telah dibawa ke Melaka dan diperisterikan oleh Sultan Mansur Shah.
Tun Teja Ratna Benggala puteri Bendahara Seri Amar Bangsa Diraja Pahang yang kecantikannya diperkatakan oleh pedagang-pedagang yang berdagang di Pahang telah diculik dan diguna-guna oleh Hang tuah pada tahun 1490 untuk dijadikan isteri Sultan Mahmud iaitu Sultan terakhir Melaka walau pun ketika itu Tun Teja Ratna Benggala adalah tunangan Sultan Abdul Ghaffur Shah iaitu Sultan Pahang. BACA SELANJUTNYA
Foto lukisan Putroe (Puteri) dan Taman Putroe Phang dan Gunongan.
penulisan sejarah mestilah disertakan dengan bukti2, bukan sekadar menulis sesedap rasa.
ReplyDeletesila berikan bukti
1. Pemerintah Siam adalah pemerintah kerajaan Kota Gelanggi
2. Raja Chola ada meyerang kota galanggi.
salam
ada jumpahan archeologi di kota gelanggi runtuhan kuil yang dikatakan di bina oleh rajendra chola selepas beliau menakluk kota gelanggi...
ReplyDeleteSalam, perlukn fakta pengesahn drp JABATAN WARISAN NEGARA, utk org ramai lebih mudah ambil peduli, terutama org ' Melayu'
ReplyDelete