ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Saturday, October 30, 2010

Kedudukan Malaysia Berdasar Data Lengkap

DALAM on-line Berita Harian, seorang pembaca mengulas mengenai kedudukan Malaysia pada tangga ke-43 berasaskan kajian Indeks Kemakmuran Negara-Negara di dunia 2010 oleh Institut Legatum yang berpusat di United Kingdom. Menurutnya, daripada 110 negara yang dikaji, kedudukan negara tidak begitu memberangsangkan.

Sebenarnya, 110 buah negara yang dikaji oleh Institut Legatum itu adalah negara yang mempunyai data lengkap untuk tujuan kajian. Banyak lagi negara di dunia, khasnya di negara dunia ketiga dan keempat, tidak mempunyai data lengkap atau langsung tidak mempunyai data untuk tujuan kajian. Sudah tentu negara ini berada pada keadaan yang amat buruk dan tidak terurus. Jika mengambil kira semua negara di dunia, kedudukan Malaysia adalah baik. Kajian ke atas Malaysia pula dibuat sebelum program transformasi dalam pelbagai bidang yang diusahakan kerajaan sekarang.

Institut Legatum adalah badan bebas yang memberi fokus kepada kajian bebas dan sokongan dasar bagi mempromosikan kebebasan individu, politik dan ekonomi di negara seluruh dunia.

Kajian Indeks Kemakmuran dilakukan dengan mengkaji kedudukan sesebuah negara dari segi kedudukan Ekonomi yang mana Malaysia berada pada tangga ke-21, Keusahawanan dan Peluang (34), Tadbir Urus (34), Pelajaran (45), Kesihatan (44) dan Keselamatan (52). Kedudukan Indeks Malaysia ini dijangka lebih baik pada kajian tahun depan dengan pelbagai inisiatif dan perubahan yang dilakukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Dari segi Kebebasan Peribadi dan Modal Sosial yang Malaysia berada, masing-masing pada tangga ke-90, pada kedudukan yang rendah, menjadikan kedudukan purata negara berada pada kedudukan 43. Kategori ini dimasukkan dalam metodologi kajian mungkin kerana ia dianggap mempunyai korelasi kukuh mempengaruhi kemakmuran sesebuah negara. BACA SELANJUTNYA


0 comments:

Post a Comment