ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, October 18, 2009

Kesultanan Melaka wujudkan keharmonian kaum?

KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU: KESULTANAN MELAKA

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka diperintahkan oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh (visionary). Empayar Melaka merupakan tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga digelar The Venice of The East.

Pelabuhannya begitu sibuk dengan ribuan kapal berulang-alik melalui Selat Melaka. Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka. Para pegawai istana bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang Melayu tempatan. Terdapat orang India yang dilantik menjawat jawatan dalam istana Sultan Melaka. Perkahwinan campur telah berlaku antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan pemerintah negara China. Ringkasnya, pemerintah pada ketika itu telah mengambil kira keharmonian antara kaum.

Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar hasil sistem pemerintahan terbuka (menerima sesiapa saja yang ingin berdagang) di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap. Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh laksamana Melaka yang proaktif. Suasana selamat dan aman untuk pedagang. Keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam.

Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada pemaksaan daripada mana-mana pihak. Zaman ini bukanlah zaman negara bangsa sebagaimana yang diperkenalkan oleh British dan seterusnya mewujudkan masyarakat pluralistik yang nyata.

Para pedagang tidak perlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri. Keadaan ini membolehkan pedagang Arab, India, China berdagang secara sukarela. Mereka bergaul dengan penduduk tempatan dan menerima sistemnya dengan baik. Malah perkahwinan orang Cina dengan masyarakat tempatan mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya seperti Baba. Mereka terus menetap di Melaka sehingga ke hari ini.

10 comments:

  1. Melaka memang terkenal dengan sejarah kesultanannya. Namun saya jadi musykil kerana di Melaka di mana letaknya tempat bersemayam sultan-sultannya atau istana, kerana selama saya melawat ke negeri Melaka, tidak pernah saya melihat atau mendengar adanya istana di negeri itu.



    Rahima
    Jitra, Kedah

    ReplyDelete
  2. Rahima :

    Menurut beberapa buku sejarah, tapak istana Melaka adalah di atas bukit yg kini dikenali dengan nama Bukit St Paul, di mana terletaknya Gereja St Paul. Ia dibina oleh Portugis pada tahun 1571.

    Muzium Kesultanan Melaka yg terletak di kaki bukit St Paul adalah rupa bentuk istana Sultan Mansur Shah, berdasarkan deskripsi di dalam buku2 sejarah seperti SEJARAH MELAYU olahan Tun Seri Lanang.

    Manakala makam Sultan2 terdahulu dipercayai telah dirobohkan oleh Portugis untuk membina tembok di sekeliling Melaka (termasuk yg kita lihat hari ini, iaitu A Famosa).

    Tembok itu telah dimusnahkan (dengan bom) semasa pendudukan Inggeris tetapi William Farquhar sempat memerintahkan agar usaha tersebut dihentikan serta merta. Jadi, itulah sebabnya A Famosa masih berdiri sehingga ke hari ini.

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan pandangan Rajamenangis. Tetapi saya faham sangat dgn kehairanan Rahima drp Kedah, kerana tiada pula cerita berkaitan istana Melaka dalam rekod Portugis?

    Abu

    ReplyDelete
  4. Abu :

    Sebenarnya, ada cerita berkaitan Istana Melaka dalam rekod Portugis, sila rujuk 'Portugis Documents on Malacca' terbitan Arkib Negara Malaysia. Ia mengandungi surat2 antara Raja Portugal kepada Kapten Almeida, Albuquerque, juga jurnal yg ditulis dengan terperinci tentang serangan Portugis ke atas India dan Melaka (khususnya) iaitu peristiwa antara 1506-1513.

    ReplyDelete
  5. kesultanan di melaka hanya rekaan penjajah engris& thaisaja! ini kesahnya....Negara Siam asalnya bukanlah hak kerajaan Raja Rama Buddha. Mereka berasal dari puak Sukuthai yang menyerang dan menawan negeri Siam Islam dalam tahun 1767. Kewujudan bangsa mereka jauh terkemudian. Mereka adalah penjajah Benua Siam Islam yang berasal dari keturunan Raja Merong Mahawangsa dari Kedah. Negara Siam adalah hak mutlak Sultan Rijaluddin Muhammad Shah III Kedah 1424–1491 bergelar Paramewara di Melaka dan bergelar Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia Ke 10. maklumat lebih lanjut Rujuk senarai Dinasti di dalam buku DGE Hall,'A History Of South East Asia',1955 atau sejarahnegarakedah.blogspot.anakjati siam nagara kedah.

    ReplyDelete
  6. Kalau Portugis menyerang Melaka dan menjajah Melaka dalam tahun 1511, bagaimana pula Sultan Mahmud Syah masih lagi bersemayam di Melaka dalam tahun 1641, sepertimana tercatat dalam undang-undang Kedah? Melaka manakah yang dimaksudkan ketika itu.Beli lah buku Undang-Undang Kedah ambik baca.sory dr kmi anak2 jati siam nagara kedah

    ReplyDelete
  7. Mustahil Sultan Mahmud shah masih bersemayam di Melaka tahun 1641 dan kiranya ada tercatat dalam undang2 negara Kedah, maka itu adalah catatan silap yang mungkin tidak di sengajakan.

    Dalam erti kata lain, oleh kerana undang2 kedah berkata begitu, maka tidaklah bermakna sumber ITU SAJA benar dan laku sedangkan kebuktian lain di tolak sewenangnya.
    Wallahualam.

    Rajamenangis.

    ReplyDelete
  8. salam hormat,

    andai Hikayat Merong Mahawangsa bercerita reka,
    maka cerita rekaan yang kita dapat,

    andai hikayat Pattani berhujah cerita, maka perselisihan fakta yang kita fikirkan,

    andai Duerto Barbosa berkata dusta,
    maka dustalah akan keseluruhan ceritanya,

    andai Pigafetta pula memungkiri fakta, maka fakirlah dia dengan faktanya,

    andai Tun Sri Lanang mereka-rekakan cerita, maka kita mendapat keseluruhan cerita yang hanya direka,

    apa mahu terus kita bersengketa?
    apa mahu terus kita bertikam muka?
    apa mahu terus kita bermuram durja?

    kita ada di sini,
    kita hidup di zaman ini sekarang,
    TANYA:
    adakah mahu kita teruskan cerita rekaan ini?
    atau kita mahu terus mencari fakta?
    akau mahu terus kita membuang masa bertelagah menghujahkan fakta,

    TAK MUNGKIN,
    tak mungkin kita mahu membuang masa selama itu,
    TAK MUNGKIN,
    tak mungkin kita sanggup bertikam sesama kita,

    JADI?
    kita CIPTA sejarah sebenar,
    kita LAKARKAN sejarah yang pasti,
    kita BINA sejarah yang nampak bukti,

    BAGAIMANA?
    jawapannya KLIA, PETRONAS TWIN TOWER, SEPANG F1C, JAMBATAN PULAU PINANG, PUTRAJAYA, CYBERJAYA, JAMBATAN KEDUA, LRT, DOUBLE TRACK TRAIN SYSTEM lead By MAL: so it will be THAI-MAL-SIN,
    JAMBATAN KE 2 P.P, JAMBATAN LENGKOK, KL TOWER,
    dan kita majukan KEDAH, PERLIS PBCT, PERLIS Pusat BELI BELAH FREE PORT MAL-THAI international DUTY FREE Shoplex,
    TAMAN TAMADUN TRG, dan lagi dan lagi dan lagi dan disusuli dengan FAKTA dimana RAKYAT di Tanah Bumi Malaysia ini hidup aman, makmur dan sangat bahagia,

    KERANA APA?
    kerana jika sekiranya semua-semua 'LANDMARK' ini berjaya, maka kita telah membuktikan bahwa:
    DUERTO BARBOSA berkata benar,
    PIGAFETTA mendiamkan beberapa fakta,
    Tun Sri Lanang berkata benar,
    Hikayat Pattani bercerita sejarah yang ada persamaan,
    Hikayat Merong Mahawanga ada kesinambungan cerita,

    DIMANA kesemua cerita-cerita MEREKA
    menceritakan:

    manusia yang hidup di bumi yang sekarang ini dikenali dengan nama MALAYSIA sememangnya PANDAI, BIJAK dan GAGAH seperti waktu dahulu!

    SETUJU?

    1.
    jadi apa sebenarnya yang SANGAT-SANGAT ditakutkan oleh mereka yng tidak mahu lihat kita berjaya?

    2.
    dan apa pula yang dirancangkan oleh mereka supaya kita BANYAK membuang masa?

    jikalau anda mendapat jawapan kepada 2 soalan yang terakhir ini,
    maka akan akan bertemu dengan ISTANA MELAKA yang lokasinya terletak di dalam tembok kukuh, ada meriam yang bertuliskan JAWI,
    ada menara 'Look Up TOWER', ada 2 jambatan yang menghubungkan,
    dan ada Limbongan kapal di sebelah selatan kota,

    2 soalan mudah,


    mudah....


    salam hormat,
    salam penuh kasih dan sayang,

    ReplyDelete
  9. 2 soalan yang sangat mudah...
    BINA NEGARA,
    BINA SEJARAH,
    sekiranya itu yang anda inginkan,

    jadi suatu hri nanti cucu dan cicit anda tidak berkata yang anda BOHONG dengan menyatakan bahwa DULU, Negara kita sangat kuat & handal!

    dan diwaktu itu anda telah tiada,
    yang ada hanyalah tiggalan banggunan yg anda BINA,
    jadi jangan bina sahaja, binalah dengan bijaksana, sama seperti soalan:
    Kenapa ada MERIAM yang bertuliskan tulisan jawi,
    dan meriam-meriam itu sudah wujud sebelum Vasco Da Gama tiba di?

    ReplyDelete
  10. kepunyaan siapa banggunan yang berada diperantaraan negara Burma dan Siam?

    mengapa banggunan itu dibina mengikut arah kiblat?

    Apa pula ceritanya dengan bangguna yang sama rupa bentuknya di Lembah Bujang?

    Binaan apa itu?

    Pa pula halnya dengan banggunan yang sama dengan bangguna di Ayuthia?

    Apa ini semua? Tinggalan siapa itu?
    apa bodohkah mereka meninggalkan begitu sahaja kepada kita?
    apakah mereka banggang sehingga tidak tahu menulis jikalau banggunan yang segagah itu mereka bina?

    TIDAK! Sudah tentu ada angkara mereka yang mahu mendustakan fakta?

    Siapa mereka?

    apakah masih lagi kita mahu membuka sejarah lalu berbahas hujah dan fakta?

    apakah kita mahu membuang masa memikirkan siapa mereka?

    TAK PERLU,

    tak perli fikirkan mereka,

    Kita, kita ini, siapa kita?
    siapa kita semua,
    lihat kiri, lihat kanan,
    dia, aku, aku, mereka,
    siapa kita?


    AGAK PERLU
    yang agak perlu, kita MESTI memikirkan kenapa ia jadi begitu?
    dan

    kita jangan lagi biarkan ia jadi begitu,

    SANGAT PERLU
    kita kenali siapa diri kita dan

    SANGAT-SANGAT PERLU (bagi yang mahu)
    Bina sejarah baru,

    YANG WAJIB
    kenali dirimu.....

    ReplyDelete