ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, June 29, 2010

Penjara Pudu bukan Warisan Bernilai !: Rais Yatim


Penjara Pudu Tiada Ciri Warisan Yang Bernilai: Rais Yatim

KUALA LUMPUR Jun 2010: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menolak tanggapan bahawa Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun adalah sebuah bangunan warisan.

Beliau berkata sesuatu yang dianggap warisan mestilah mempunyai ciri-ciri kebangsaan yang besar nilainya, ciri-ciri sejarah yang membentuk masyarakat serta nilai estetika dan nilai seni bina.

"Penjara semata-mata bukanlah merupakan satu warisan yang boleh melonjakkan nilai nasional atau nilai estetika. Namun demikian bagi mereka yang mempunyai kerinduan di zaman lampau, kita boleh menggunakan pintu gerbang sebagai satu preservasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 bagi warga kementerian itu di Istana Budaya di sini hari ini.

Rais berkata Uda Holdings Berhad bebas membuat sebarang pembangunan di tapak penjara itu tetapi kementerian telah memaklumkan kepada syarikat itu agar pintu gerbang penjara itu dirizabkan dan diletakkan di tempat yang sesuai.

"Tidak usah gundah-gulana tentang Penjara Pudu sebagai satu bab warisan, saya kira rakan-rakan suarakan perkara ini tanpa tentukan isian kehidupan sebenar. Seseorang yang tahu tentang Pudu saya kira mereka lebih gemar kalau Penjara Pudu itu tidak tampak lagi dalam khalayak pada hari ini," katanya.

Minggu lepas, tembok Penjara Pudu sepanjang kira-kira 300 meter, telah dirobohkan oleh kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi membina laluan bawah tanah di Jalan Pudu. Penjara Pudu dibina pada 1895. - BERNAMA


Bookmark and Share



7 comments:

  1. bila saya baca statement, saya sudah tidak tahu samada mahu ketawa atau menangis..kenyataan dari Menteri Kebudayaan...lu fikirlah sendirik..

    ReplyDelete
  2. JANGAN PINDAHKAN KE TEMPAT LAIN - TENGOK AJE A FAMOSA, JADI DAYA TARIKAN HINGGA SKRG !!

    BIARKAN PENJARA PUDU DI SITU !! IA MUNGKIN AKAN MENGINSAFKAN SESIAPA YG MELIHATNYA... UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARI BERBUAT JENAYAH.

    KEMENTERIAN WAJAR LEBIH PEKA !!!

    ReplyDelete
  3. Rajamenangis fikirkan ia adalah satu warisan kota Kuala Lumpur- daripada sudut man sekalipun. Memang sedih.

    ReplyDelete
  4. Penjara Pudu dirobohkan semata2 kerana utk memenuhi impian dan Tembolok Org Kaya Bendahara ( Tan Sri Vincent Tan ) seorang tokeh judi yang temyashur seluruh nusantara ini dgn segala kekayaan dan kemewahan perniagaan judinya..

    Penjara Pudu dirobohkan alah untuk Orang Kaya Bendahara ( Tan Sri Vinsent Tan ) mendirikan gedung2 mewah utk dipenuhi oleh para peniaga yang terdiri dari kaum cina di tanah air kita ini..

    Itulah nasib bangsa melayu.. setelah ke semua tanah2 bangsa kita ditipu oleh para pembesar melayu maka kita cuma berputih mata saja..

    Itulah sahaja keseronokan para pembesar melayu bila mana bangunan2tinggi lagi mewah dibangunkan dalan nagara kita walaupun bangsanya sendiri merempat..

    Sejarah kembali berulang..
    Jika dahulu Raja2 dan pembesar2 melayu memenuhi segala keseronokan mereka dgn bersabung ayam sehingga sanggup mengadaikan negeri dan daerah masing..

    kini pembesar2 melayu zaman moden lebih gemar mengejar nama dgn bersekongkol dgn org2 kaya berbangsa cina mendirikan bangunan2tinggi lagi mewah semata2 kerana habuan dgn alasan demi kemajuan negara...

    Sudahnya Bangsa Melayu terus merempat di tanah air sendiri.

    ReplyDelete
  5. salam,

    sekurang-kurangnya tinggalkan pintu gerbang, utk kesan sejarah masa hadapan..




    siput sedut

    ReplyDelete
  6. Saya amat khuatir menteri berkenaan akan terpapar di dalam buku sejarah sebagai org yg bertanggungjawab dalam kesilapan besar ini.

    -Seri Johol

    ReplyDelete
  7. Rais Yatim Menteri yg xberbudaya sebenar nya.. Benda dah 100 lebih tahun tu bukan khazanah ke.? lu menteri bhai lu pikir bebaik.. xpon aku rasa poket dia dah penuh ni..

    ReplyDelete