ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, June 27, 2010

ADAT PERPATIH MODEN DI RUNGKAI DAN DISINGKAP

Sejauh manakah adat perpatih bertakhta di Negeri Sembilan; siapakah yang memutuskan kesahihatan perlaksanaan adat perpatih; apakah pesalah adat perlu di hadapkan kepada raja atau rakyat jelata; dimanakah letaknya (atau kemanakah perginya) perpatah 'biar mati anak jangan mati adat'?; apakah badan yang menjadi pemutus prinsip adat perpatih dan apakah justifikasi kemuktamatan keputusan badan itu? Undang-undang manakah yang lebih tinggi - undang-undang perlembagaan manusia atau adat turun temurun?

Dalam adat perpatih mengadili sesuatu kesalahan adalah seperti berikut:

Luka congek
Pecah berdarah
Cacat cida
Sawan gila

Maksudnya:
Adapun jika salah laku itu kecil dan seharusnya di anggap kecil, maka hukum dendanya haruslah ringan. Misalnya jika saorang itu bersengketa hingga menyebabkan luka ringan dan tidak teruk, (luka congek), maka dhukumnya bukanlah misalnya pemberian se ekor kambing kerana boleh jadi seekor ayam ataupun kesalahan itu boleh di damaikan dengan bermaaf-maafan sesama yang bersengketa.

Ikutilah blog ini untuk satu kajian kontemporari...

4 comments:

  1. Daulat datang daulat pergi
    dimana singgah kenalah cari


    dabong

    ReplyDelete
  2. Terkadang cari
    di mana tak pasti
    atau udah dicuri
    dan dibawa pergi
    lalu ...
    yang hak tiada diberi
    yang batil berdiam diri

    ReplyDelete
  3. Buku Terombo ada diisi,
    Perlembagaan Negeri terang sekali,
    Banyak perjanjian telah dimeteri,
    Kenapa tidak difahami.

    Pak menteri duduk dikerusi,
    Dewan Keadilan tempat rujuki,
    Mempunyai kuasa besar sekali,
    Kenapa tidur tidak beraksi.

    17 tahun lama sekali,
    Dato' Mubarak menerajui,
    Merosakan adat tidak terperi,
    Tiada mahkamah dapat mencampuri.

    Waris Sungei Ujong alangkah malang,
    Pesaka warisnya dicuri orang,
    Di negara mempunyai undang-undang,
    Tapi satu pun tak dapat menghalang.

    Biar kiamat seisi negeri,
    Perjuangan tetap diterusi,
    Ini sumpah waris negeri,
    Hingga berjaya takkan berhenti.

    ReplyDelete
  4. Baik sungguh bicara tuanhamba. Silakan ke pentas, dengar Baginda bersabda pula. Terpijak bola raga jatuhlah juga, bukankah itu tempias sengketa?

    Rajamenangis.

    ReplyDelete