ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, June 1, 2010

RAJAMENANGIS SIMPATI DENGAN ANAK JATI KAMPUNG BARU

Rajamenangis bersimpati...


Penduduk bantah bagi kepada bukan Melayu


CADANGAN pembangunan Kampung Baru dibuka kepada bukan Melayu dan pelabur asing dibantah oleh penduduk kampung itu.


KUALA LUMPUR - "Jangankan 40 peratus, seinci tanah Kampung Baru pun akan kami pertahankan daripada statusnya diberi kepada bukan Melayu."

Demikian tegas sebilangan besar anak jati kampung tradisional Melayu itu yang terletak di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur ketika ditanya mengenai cadangan supaya 40 peratus pemilikan hartanah kampung tersebut dijual kepada golongan bukan Melayu.

Mereka berpendapat, biar pun cadangan itu bertujuan untuk pembangunan dan pemodenan namun, bagi mereka, Kampung Baru merupakan satu-satunya rizab Melayu yang tidak wajar dikorbankan.

Ahmad Sabir Mukisan, 34, yang terkejut dengan cadangan itu berkata, ia satu-satunya tanah rizab Melayu di ibu negara yang tidak wajar diganggu.

"Kalau tanah ini mahu diusik, mana lagi orang Melayu hendak pergi," katanya yang lebih 30 tahun menetap di situ.

Rakannya, Mohd. Fazli Talib, 42, yang memiliki sebuah bengkel motosikal pula menegaskan, cadangan itu seolah-olah isyarat untuk mengusir penduduk keluar dari kawasan itu secara perlahan-lahan.

"Mula-mula hanya 40 peratus tetapi perlahan-lahan pemilikannya akan berkembang tanpa sesiapa menyedarinya dan akhirnya mereka akan menjadi majoriti," katanya.

Abdul Ghani Mohd. Noor, 46, berkata, cadangan itu bagai dijangka kerana banyak pihak tidak sabar untuk menukar wajah Kampung Baru menjadi kawasan pembangunan moden.


(c) Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my

1 comment:

  1. Artikel yang bagus lagi berani dari dari Raja Menangis..
    Syabas..!!

    Raja menangis nampaknya lebih berani menyatakan yang hak serta mampu mencernakan serta mencambah pemikiran2 yang lebih kritis...

    Diharapkan Raja menagis terus menerus mencungkil segala kebejatan yang merugikan bangsa melayu dan islam..

    Bagi pihak saya senantiasa berdoa agar Raja menangis diberikan kekuatan serta keberanian bagi meneruskan perjuangan memartabatkan Ummah..

    Martabatkan bangsa melalui Agama dan ilmu bukannya melalui harta dan nama..

    Terharu rasanya saya kerana sejak akhir2 ini Raja menangis telah mulai memikirkan perjuangan Ummah bukannya perjuangan yang bersendikan bangsa semata2...

    Perbanyakkanlah artikel yang boleh menjana daya pemikiran ummah bukannya artikel yang cuba membetulkan apa yang salah.. jangan jadi agent propaganda pihak2tertentu...

    Biar org nak kata apa..
    Biarlah mereka kata kita ini anti establis, anti melayu, anti pemerintah.. lantaklah mereka nak kata apa..

    Berpeganglah dgn satu prinsip dan dgn niat yang jitu..

    Iaitu berani kena benar.. hidup kerana islam..

    Bukannya takut menyatakan kebenaran dan hidup kerana bangsa..

    Buangkanlah sifat2 dan prasangka yang buruk terhadap generasi muda melayu yang tak sehaluan dgn pemimpin2 malayu ( pemimpin2 negara )..

    Sebenarnya lama sudah saya menyelami jiwa generasi2 muda melayu yang menentang pemerintah..sebelum PRU 12 lagi.
    sebenarnya mereka semuanya ikhlas menyatakan pendapat demi memperkasakan Ummah..
    bukannya sengaja mahu menghina para pemimpin kerajaan ( berbangsa melayu ).

    Mereka semuanya tiada sebarang kepentingan di dalam mana-mana pertubuhan politik..

    Generasi muda melayu ini sebenarnya harus didekati dan difahami kehendak jiwa dan dihormati pandangan serta pendapat mereka..

    Jiwa mereka kosong...
    jiwa yang kosong seharusnya diisi dgn agama bukannya dgn hiburan2 yang ditaja oleh para pemimpin melayu..

    Selama mana mereka akan berhibur.. bila sampai satu tahap mereka akan meninggalkannya dan akan kembali kepada agamanya..

    jika dari muda jiwa mereka diisi dgn agama maka kekallah selamanya mereka di dalam agama.. insyaallah..

    Justeru tu seharusnya Jika UMNO ingin memenangi generasi muda melayu maka UMNO wajib melakukan pendekatan lebih berhemah, telus, berani menyatakan yang hak, meninggalkan segala macam maksiat, mengamalkan islam sepenuhnya..

    Jika UMNO menyerang generasi muda maka mereka tiada pilihan lain melainkan menyokong parti pembangkang sama ada PAS atau PKR..

    Kandang kala parti DAP dilihat lebih telus, lebih mendengar pendapat serta rintihan mereka malah lebih efisien dari UMNO sendiri..dan pada mereka DAP tidak menghalang mana ceramah agama yang di adakan di surau dan di masjid2 sedangkan UMNO bagi mereka menghalang setiap ceramah agama di surau dan masjid dgn alasan ceramah politik.. mereka semua tahu dan faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan umpama irama dan dan lagu..

    Kini di mata mereka para pemimpin UMNO menghalang banyak ceramah2 agama tetapi meraikan perayaan Thaipusam dan perayaan agama lainnya..

    Bagi mereka apa yg UMNO katakan tentang islam cuma retorik semata2.. dimulut islam tapi di hati menolak islam dan perbuatan manghalang perkembangan islam serta merayakan perayaan agama selain dari islam secara berlebih-lebihan..

    Bila agaknya PM akan membaca khutbah jumaat di masjid negara atau di masjid putrajaya..??
    bila agaknya PM akan bersembahyang jumaat di masjid jamik setiap daerah dalam malaysia..

    Harus diingat bangsa melayu ini suatu bangsa yang menyintai agamanya sepenuh jiwa dan raga.. sejarah mebuktikan islam berjaya dikembangkan di alam melayu ini dgn bergitu mudah sekali tanpa sebarang perperangan dan pertumpahan darah.. itulah melayu.. dekatilah melayu dgn islam jika UMNO ingin memiliki kuasa politiknya kembali..insyaalah..!!

    ReplyDelete