
Ia berlangsung di Dataran Jauhari. Kehadiran Shali pada pagi itu disambut oleh Pengetua, Pn Haznah bt Hamzah, Pn Norusaadah bt Sahroni dan beberapa guru AJK Pelaksana majlis tersebut. Setelah bacaan doa dan ucapan Pn Pengetua, Shali memberikan

Seterusnya beliau merasmikan Bulan Membaca dengan gimik menyusun huruf menjadi perkataan IQRA. Di samping itu, KUMPULAN RAJAMENANGIS dengan kerjasama Grup Buku Karangkraf (GBK) telah sudi menyumbangkan buku-buku dalam 12 tajuk berbeza (setiap tajuk sebanyak 3 buah) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM400. Penghargaan yang tinggi buat usaha murni pihak BGP itu. Mereka juga telah mengadakan jualan buku-buku untuk guru-guru dan pelajar sekolah tersebut.
Antara objektif Bulan Bahasa adalah menanam minat membaca dalam kalangan warga sekolah, menggalakkan pelajar dan guru membaca bahan bacaan berkualiti dan bermaklumat, menyerlahkan kebolehan dan bakat warga sekolah melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan, menanamkan sikap kerjasama antara pengawas Pusat Sumber Sekolah semasa melaksanakan aktiviti dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam kalangan warga sekolah.
Pihak sekolah turut menjemput Pn Norzailina Md Nordin (Zai) untuk mengendalikan Bengkel Penulisan Novel dan Cerpen. Ia dihadiri oleh kira-kira 40 orang pelajar yang berminat dalam bidang penulisan.

Terima kasih diucapkan kepada SMK Seksyen 24 (2) Shah Alam diatas kesudian menjemput KUMPULAN RAJAMENANGIS bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Semoga kunjungan Shali dan Zai ke situ memberi manfaat buat guru-guru dan khasnya pelajar-pelajar.
0 comments:
Post a Comment