Al-ALUSI dalam Ruh al-Ma'ani berkata: "Asalnya dari I'lali ialah ilah seperti dalam al-Sihah atau al-Ilalah seperti dalam al-Kasyaf yang kedua-duanya mempunyai hujah." Al-'Allamah al-Sa'd berkata: "Sesungguhnya Tuhan atau ilah adalah nama yang difahami secara kulli yang disembah dengan sebenarnya sedangkan Allah adalah ism alam bagi zat-Nya."
Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Usul al-Iman wa al-Islam berkata: "Allah bermaksud bahawa Dia Maha Berkuasa atas segala makhluk-Nya dan bahawa dia tidak berlaku kecuali mengikut kehendak-Nya.
Dan bahawa Dia Maha Menguasai dan Maha Perkasa yang tidak boleh dikalahkan dan bahawa Dia Maha Berkuasa yang tidak boleh dilawan dan di atasi dan tidak sah taklif kecuali daripadanya." Ulama tauhid berkata: "Allah adalah ism alam (nama khas) kepada zat yang Maha Sempurna iaitu Allah SWT sedangkan makhluk ialah sifat yang mungkin ada dan dia adalah selain daripada Allah SWT." BACA SELANJUTNYA
0 comments:
Post a Comment