ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, July 27, 2011

Hak Raja Berperlembagaan

Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sewaktu bertitah di Majlis Wacana Ilmu di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

Beta bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan inayat dari-Nya juga, Beta dapat berangkat ke Universiti Teknologi Mara untuk mengatur kata - merangkai ayat, mengungkap pandangan - menzahirkan pendapat atas mauduk 'Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga'. Terkandung tiga kata kunci dalam mauduk yang akan dihuraikan; pertama: Institusi Raja Melayu, kedua: warga, dan ketiga: memupuk perpaduan. Tema ini berpotensi mengundang pelbagai pandangan.

Semoga di sebalik segala kepelbagaian pandangan itu, pada akhirnya nanti, kita akan bersua dalam satu laluan intelek yang membolehkan berlakunya pertemuan pemikiran secara objektif lagi rasional; menerima hakikat bahawa perbezaan pandangan itu sebenarnya adalah satu kekuatan yang dapat membantu berlakunya perseimbangan dan konsensus dalam hasrat membina satu persefahaman - satu semangat, untuk membangunkan sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi merdeka, gagah lagi perkasa, adil lagi saksama, makmur lagi sejahtera. BACA SELANJUTNYA.

1 comment:

  1. i was there. proud to have a charming, intelligent, visionary future king

    ReplyDelete