MENDAPAT FOTO TERBARU WARIS SULTAN HUSSEIN JOHOR DAN WARIS TEMENGGONG JOHOR DI SINGAPURA
YM Engku Khairul Azuan (kiri)
bersama YM Tengku Muhammad Shawal Tengku Abdul Aziz.
Pada tahun 1818, Raffles telah berjaya menyakinkan Syarikat Hindia Timur British (EIC) untuk mencari pelabuhan baru di rantau ini. Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia menjumpai sebuah perkampungan Melayu kecil di muara Sungai Singapura yang diketuai oleh Temenggung Johor iaitu Temenggung Abdul Rahman. Pulau itu ditadbir oleh Kesultanan Johor. Sultan Johor, Tengku Abdul Rahman dikuasai oleh Belanda dan Bugis. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana abang sulungnya, Tengku Hussein tidak ada semasa ayahnya meninggal dunia. Mengikut adat Melayu, bakal sultan perlu berada disisi sultan sekiranya ingin dilantik menjadi sultan. tetapi keadaan politiknya tidak stabil.
Sedar bahawa dia boleh memanipulasikan keadaan ini, Raffles telah menyokong Tengku Hussein untuk menjadi Sultan sekiranya Tengku Hussein sanggup membenarkan British membuka pelabuhan di Singapura dan sebagai balasan British akan membayar wang tahunan kepada Tengku Hussein. Perjanjian ini menjadi sah pada 6 Februari 1819 (SUMBER - WIKI).
penulisan yg baik utk dibaca..
ReplyDeleteanak muda spt sy kdg terleka membaca mjlh gosip dr sejarah spt ini..
tq.
Cz Aina,
ReplyDeleteSama2 kita menelusuri kisah2 seumpama ini supaya lebih "sedar" ...
TAHNIAH kerana berminat.
Kita menghargai kunjungan.
~ Zai ~
Siapa yg memerdekakan S`pura?
ReplyDeleteKalau kita imbas kembali ucapan tunku ( sila buka Youtube )
Tunku Abdul Rahmanlah yg memerdekaan serta mengeluarkan S`pura dari tanah melayu.
Tunku juga yg mengistihar serta melantik Lee Kwan Yew sbg presiden pertama Singapura sedangkan waktu itu ramai lagi pemimpin2 melayu di singapura.
Malah lebih ajaib & aib lagi, ketika itu terdapat sultan dan kerabat diraja di singapura?
Mengapa Tunku tidak mengistiharkan sultan S`pura peneraju negara S`pura yg merdeka lagi berdaulat.
Usahlah mengunakan alasan S`pura sudah tidak beraja pd waktu itu kerana kuasa baginda telah dihapuskan oleh british!
Jika kita benar2 merdeka tentu british tiada hak mencampuri urusan negara kita.
Dgn mengunakan propaganda yg telah dirancang oleh British maka Tunku mengatakan S`pura terpaksa dikeluarkan dr malaysia kerana Lee Kwan Yew adalah seorang komunis ( fakta - sampai skrg S`pura sebuah negara demokrasi )
Di mana logiknya Lee Kwan Yew memperjuangkan ideologi komunis..
Seluruh dunia tahu bhw British dan Amerika adalah dua buah kuasa besar yg mperjuangkan serta mempromosi Demokrasi serta memusuhi negara2 komunis seperti Russia, China dan Cuba.
Justeru itu mengapakah british / amerika boleh dgn rela hati mbiarkan Lee Kwan Yew menubuhkan sebuah negara komunis di rantau asia tenggara.
Alasan S`pura dikeluarkan oleh Tunku kerana Lee kwan Yew komunis sudah tersanggah, so apakah alasan UMNO lagi bagi menghalalkan presiden pertamanya mengeluarkan singapura dari peta wilayah hak milik melayu?
Byk desas desus yg kita dgr dan diharap raja menangis bisa membongkar misteri pengadaian wilayah milik melayu tu kpd bangsa cina ( Lee Kwan Yew ). dan mengapakah tunku sanggup mbelakangkan sultan S`pura serta pemimpin2 melayu pd ketika itu..
Antara desas desus yg kuat bertiup pada waktu itu adalah.
1 ) Tunku telah kalah judi lalu terpaksa menjual singapura kepaga Lee Kwan Yew.
2 ) Tunku terlalu baik dan bermurah hati dgn bangsa Cina.
3 ) Tunku Risau dgn Kuasa politik UMNO yang semakin tercabar kerana kerusi parliment yg dikuasai bangsa cina di S`pura boleh menenggelamkan suara2 peminpin UMNO maka demi kuasa politik tunku terpaksa melepaskan singapura kpd Lee Lwan Yew.
4 ) Orang2 cina S`pura memerangkap Tunku dgn Perempuan cina yg jelita bagi mempergaruhi tunku melepaskan Singapura kepada Lee Kwan Yew tuduhan tersebut dikemukakan berasaskan bahwa tunku sendiri pernah bersengketa dgn P.ramlee gara2 saloma..
Itu semua adalah andaian2 masyarakat ketika itu..
Bagi Saya sebenarnya pemisahan S`pura telah dirancang rapi oleh British/ yahudi semenjak sebelum merdeka lagi. pihak penjajah sememangnya berhasrat menjadikan Spura sebagai Pengkalan tentera Yahudi bagi mengawal kebangkitan islam di nusantara.
Antara syarat yg paling utana diletakkan oleh British / Yahudi utk Malaya merdeka adalah melepaskan S`pura bagi dijadikan pengkalan tentera Yahudi.
Justeru itu Sukarno yg bijak telah dpt menghidu permainan jahat penjajah maka sukarno melancarkan " Ganyang Malaysia " bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya bila mana melihat Tunku terlalu mengikut telunjuk penjajah
Kerana bagi President Sukarno ( indonesia ) dan Perisident Macapagal ( Philipina ) Tunku sememangnya lemah dan telah terperangkap dgn jerat kolonial Penjajah.
Sukarno juga menyelar Tunku kerana mencapai kemerdekaan yg tidak matang.
Akibatnya semua anak cucu bangsa melayu yg bernaung di seluruh nusantara ini masih menangisi kehilangan wailayah singapura kepada bangsa asing.
Sebenarnya menurut Islam adalah haram bagi kita mengadaikan mana2 wilayah islam kepada bukan islam.
Hanya pemimpin yg tidak beriman sahaja dan menolak agama Allah sahaja yg sanggup mengadai serta menjual wilayah islam kepada orang kaffir.
Buka minda serta berlapang dadalah menerima hakikat terhadap segala kebebalan kita...
perkara yg berlalu,adalah qada dan qadar.. ada hikmah yg tersempunyi.. sungguh,setiap apa yg tuhan ciptakan itu adalah tiada sia-sianya.. tidak kiamat terjadi tanpa sebab... sungguhpun ini..syukurlah,skurangnya..kita masih ada kuasa sultan,walaupun sikit.. -dokpikiaq-
ReplyDeleteSaudara Hafszach,
ReplyDeleteKalau nak mgaji sejarah, biarlah sampai habis.
1) Usaha memerdekakan Singapura, Brunei, Sabah & Sarawak melalui pembentukan Malaysia adalah usaha bersama semua pemimpin2 berhaluan kanan ketika itu.
2) Presiden (Yang Dipertuan Negara) Singapura ketika dikeluarkan dari Malaysia ialah Encik Yusuf bin Ishak, bukan Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew adalah Perdana Menteri yang pertama. Even sebelum Singapura merdeka dalam Malaysia pun, LKY dah gunakan title Perdana Menteri. Boleh saudara nyatakan siapa pemimpin Melayu di Singapura yang saydara katakan ramai tu? Ketika itu, 75% penduduk Singapura berbangsa Cina. Ambil contoh hari ini, adakah DAP & rakyat Penang berketurunan Tionghua bersedia menerima Ketua Menteri dari Bangsa Melayu?
3) Raja Singapura-Johor terakhir yang diiktiraf adalah Sultan Ali Iskandar Syah. Anakandanya walaupun memakai gelaran Sultan Alauddin Mansur Syah, tak diiktiraf sebagai Sultan Singapura, sebaliknya hanyalah sebagai Ketua Kerabat Di Raja Singapura. Warisnya tidak langsung memakai gelaran Sultan. Tapi apa yang lebih tepat, Kesultanan Singapura telah lebur sebaik sahaja Sultan Hussein Syah menandatangani perjanjian dengan British.
4) Boleh saudara nyatakan dari sumber mana yg saudara petik Tunku Abdul Rahman menuduh LKY seorang Komunis? Sebenarnya sejak dari awal, Tunku keberatan menggabungkan Singapura dalam Malaya kerana komposisi penduduk bukan bumiputeranya terlalu besar, serta perbezaan pandangan penduduk Cinanya tentang konsep ketuanan dan Raja2 Melayu. Disebabkan itu juga Tunku enggan menggabungkan semula Pulau Pinang ke dalam Kedah.
5) Andaian tetap khabar angin saudara. Biarpun banyak perkara saya tak setuju dgn Tunku, tapi saya tak nak ulas andaian yg saudara tulis. Silap2 dapat dosa free, tambahan orang tu dah meninggal dunia.
6) British sebenarnya tak bersetuju langsung dengan keputusan Tunku untuk mnegeluarkan Singapura. Kalau dia bersetuju, lebih baik dari awal British asingkan Singapura dari cadangan pembentukan Malaysia. Israel hanya mengambil kesempatan daripada peluang yang wujud.
7) Inilah kelemahan nyata yg saya lihat pada bangsa Melayu Malaysia, cukup mudah diprovokasi bkenaan dgn sejarah. Kaji balik saudara siapa Soekarno. Apakah kemerdekaan Indonesia itu juga bukan melalui rundingan dan persepakatan dengan Belanda? Yang diwarwarkan pengisytiharan kemerdekaan Indonesia oleh Soekarno pada 17 Augustus 1945. Indonesia sebenarnya hanya betul2 merdeka dan terbentuk pada 2 November 1949 melalui Konferensi Meja Bundar dengan persetujuan Belanda juga! Bagaimana pula saudara boleh kata negara kita mencapai kemerdekaan dengan cara tidak matang?
Buka mata dan minda. Perluaskan bacaan, lapangkan pemikiran!
Kalau dilihat dari segi sejarah.. memang kebanyakan orang Malaysia sekarang ini mengambil bahan-bahan sejarah dari mulut ke mulut dan bukan melalui bahan penulisan.
ReplyDeleteApatah lagi diambil fakta yang kebanyakan pelajar ketika sekolah amat tidak menyukai mata pelajaran sejarah.
Setakat yang saya lihat, kebanyakan pihak menyatakan sejarah yang kita belajar pada hari ini telah diputar belitkan.
Cuba la fikir, kalau sejarah yang 'putar belit' ini pun ramai yang gagal, macam mana kita nak cari sejarah kita yang benar-benar tulen?
Salam.Syukur Alhamdulillah akhirnya waris kerabat diraja sultan Hussin Shah bersatu kembali.Semoga Y.M Engku Khairul Azuan Bin Engku Hj Saedin(KETUA WARIS KERABAT DIRAJA SULTAN ALI ISKANDAR SHAH MALAYSIA), dan juga Y.M Tengku Muhd Syawal Bin Tengku Aziz(Ketua Waris Kerabat Diraja Singapura), bersatu serta berkerjasama dalam memelihara adat dan warisan kesultanan Johor Lama.
ReplyDeleteY.M Wan Alam.
Cicit Panglima Perang Sultan Ali.
BAHAGIAN 1
ReplyDeleteDi bawah ini satu lagi ikbar yg boleh kita perolehi sesuatu keterkanjuran itu ditutup dgn pelbagai2 alasan..
Rentetan penipuan2 semenjak zaman Tunku Abd Rahman sehingga sekarang terus berlaku..
Tun Mahathir tepati teori "Melayu mudah lupa"
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menepati teori sendiri iaitu "Melayu mudah lupa" apabila menyatakan Melayu hilang kuasa di bawah Pakatan Rakyat.
Sambil menyelar tindakan Mahathir yang cuba meniupkan api perkauman itu, Setiausaha DPPP Khairul Faizi Ahmad Kamil turut mempersoal akan kebenaran kenyataan tersebut.
"Jika diteliti kembali akan kenyataan beliau seolah-olah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang ‘tidak cerdik’ dan bukannya datang daripada seorang yang dianggap tokoh negarawan.
"Fakta-fakta yang diberikan menunjukkan beliau sememangnya mengesahkan teori beliau sendiri iaitu Melayu Mudah Lupa," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Utusan hari ini menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat yang digelarnya parti pembangkang mendapat kuasa.
Mahathir juga mengambil contoh negeri Perak ketika dibawah Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa, walaupun menteri besarnya iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Melayu dari PAS, tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP.
Pemuda PAS bagaimanapun mengajak Mahathir melaihat secara waras negeri Kelantan yang diperintah PAS yang kini sudah lebih 20 tahun.
"Berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati? Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh Umno BN.
"Terbaru, sebanyak 118 projek di Kelantan telah dibekukan sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991...
"Bukankah Kelantan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat orang Melayu? Mengapa dihalang pembangunan negeri yang majoritinya orang Melayu jika Umno benar-benar memperjuangkan Melayu?" soal Khairul Faizi lagi.
Beliau juga memberi contoh sewaktu Terengganu diperintah PAS pada tahun 1999.
BAHAGIAN 2 :
ReplyDeletePresiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar negeri itu jelasnya telah memberi tanah kepada orang Melayu namun dirampas kembali setelah Umno berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004.
"Apakah ini tidak khianat namanya?" beliau melemparkan soalan seterusnya.
Di Perak pula ketika 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah, 3,000 ekar tanah diberikan kepada orang cina manakala orang melayu mendapat 7,000 ekar.
"Jika Umno menuduh PAS boneka DAP, mengapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Hj.Abd.Latif (Pondok Pak Teh Kroh, Grik Perak) yang dipohon sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada tahun 2008 (setelah 12 tahun) sebanyak 45 ekar.
"Jika Datuk Seri Nizar adalah merupakan boneka DAP, pastinya permohonan beliau ditolak," jelasnya lagi.
Beliau turut mengemukakan beberapa kes yang didakwa pengkhianatan Umno kepada Melayu berhubung isu tanah antaranya:
- 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
- 5,000 ekar di Bruas yang mana 1,500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)
- 200 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) digadai kepada Perak Hanjoong (sekarang YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar (dekat sebelah Lebuhraya PLUS)
- Pada tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang, Langkawi yang tinggal di atas TRM dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort
- Sebanyak 930 hektar TRM di Kampung Mambau, N. Sembilan telah diambil untuk Projek Seremban 2 pada 1990.
- Juga pada tahun yang sama, 600 orang yang tinggal di situ, 26,000 hektar TRM di Tanjung Langsat – Tanjung Piai, Johor diambil oleh Kuok Brother Collabratioan UEM
"Hakikatnya Umno menjadi punca tanah rezab melayu banyak tergadai terutamanya dizaman Tun Mahathir sewaktu menjadi PM dahulu. Ini baru isu tanah. Belum lagi bab saham bumiputera yang tinggal 2 bilion daripada 52 bilion, isu rasuah dan salah laku pemimpin," katanya.
Sehubungan itu, pemuda PAS turut mencabar Mahathir untuk berdebat secara terbuka siapa sebenarnya pengkhianat Melayu.
•Sebagai manusia yg waras maka fikir2kanlah adalah kita meletakkan kemualian akal fikiran yg di kurniakan Allah di kepala atau di kepala lutut..
pengkaji ilmu, dan mereka yang cerdik pandai seharusnya memfokuskan tujuan sebenar iaitu mencari penyelesaian pulau singgapura samada bagaimana hendak diserahkan kepada orang2 melayu kembali atau dibiarkan terus dijajah oleh orang2 tiongkok seperti yang berlangsung sekarang.
ReplyDeletecara mencerca dan memfitnah pemimpin melayu yang telah meninggal dunia adalah suatu perkara yang amat menyedihkan tetapi mengapa menjadi kelak ketawa oleh golongan yang cetek pikiran.
jakun
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana keluarga Sultan Husin dan Sultan Ali bertemu kembali. Adalah didoakan agar keluarga ini dapat bersatu dan mengembalikan apa yang hak. Moga apa yang dicari selama ini akan kembali kepada pewarisnya yang sah.
ReplyDeleteSaya sangat gembira dan terharu dapat berjumpa dengan waris kerabat jauh... yang terpisah dek masa dan tempat... Alhamdulillah... Usaha sebegini patut diteruskan. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada dinda YM Engku Azuan bin Engku Hj Saedin.
ReplyDeleteWasalam.
Dato P5 Harimau Al Darus
dengan sokongan Inggeris, Sultan Ali cuma dapat bertakhta di Muar dan wilayah Kesang (sekitar Sungai Kesang). Ketika itu Muar masih meliputi daerah Segamat sedangkan wilayah Kesang turut mengandungi bahagian selatan Melaka. Raja Temenggung Muar masih berkuasa memerintah Muar tapi berada di bawah Sultan Ali sebagai waris empayar Johor-Riau (nama sahaja Johor-Riau, hakikatnya Riau sudah terlepas ke bawah Sultan lain yang dinaungi Belanda, Sultan yang jawatannya bakal dilucutkan terus nanti).
ReplyDeleteNamun Muar kemudian berjaya ditakluki dan dimasukkan ke dalam Johor. Kalau tak salah ingatan ketika itulah Raja Temenggung Muar mula hilang kedudukan. Sultan Ali pula sekadar dapat bermukim di Kesang sebelum mangkat di Umbai yang kemudian dikira berada di dalam Melaka. Al-Fatihah untuk baginda... walaupun cuma sempat berkuasa ke atas jajahan yang sangat kecil berbanding empayar Johor-Riau yang asal, baginda tetap diakui ramai sebagai Sultan terakhir empayar Melayu warisan keSultanan Melaka ini!
Sayangkan raja2 melayu
Salam Raja Menangis,
ReplyDeletePerjanjian 1819 itu menunjukkan bahawa Singapura mempunyai Tuanku dan bahawa warisnya masih berhak keatas wang tahunan tersebut dan menggunakan gelaran Sultan kerana Perjanjian itu sekadar membenarkan Raffles membuka pelabuhan saja.Maka tidak hairan kenapa wujudnya Istana kampung Glam di Beach Road dan berdekatannya Masjid Sultan - tentunya ada Sultannya. Kenapa warisnya tidak menghuni diIstana tersebut? Sultan tidak sepatutunya meninggalkan Istananya kerana itu tampok kekuasaannya.
Dr Abdul Rani
semoga warisan keturunan sultan hussin shah, terus terpelihara agar legasi kesultanan johor lama tidak dilupakan oleh rakyat johor.
ReplyDeletePatik cucu-cicit panglima kepada sultan ali iskandar shah.
Salam Rajamenangis
ReplyDeleteadakah ada jalan bumi singgapura mampu diserahkan kembali kepada Raja yang hak melalui proses perundangan dan undang-undang.
atas kuasa perjanjian licik, penjajah telah menjajah kemudian menyerahkan kepada orang-orang cina memerintah singgapura bukanlah bererti bumi singgapura telah kalah perang.
jika kalah perang mungkin amat sukar untuk dituntut kembali melalui proses undang2, dalam kes ini kejadian adalah berlaku sebaliknya.
jakun
salam..kata2 saya buat renungan ...saya berkongsi cerita dr cerita lisan ...arwah datuk saya ketika itu sama 2 berjuang dgn dato jaafar...beliau merupakn anatara wartawan pertama berbahsa inggeris di tanah johor...(klu di imbau..semangat perjuangan di semarakkan dr golongan agama dan anak muda menerusi akhbar salah satu alat..dan arwah datuk adalah seorang pendakwah..di johor..)atas semangat cintakan agama,bangsa,dan negara..sama2 dato jaafar menubuhkan umno dan berangkat ke lOndon utk mendapatkan..(foto2 nya ada dlm jagaan pakcik ) kmerdekaan...setelah malaya merdeka...byk kemelut berlku...kebanyakkan org cina yg dtg ketanah melayu sblm merdeka adalah cina2 yg nk berdagang@kutip hasil bumi dan yg melarikan diri kerana di buru di tanah air sendiri(sbb gangster/ pertelingkahan puak2 di sana)...bercampur dgn cina komunis dan cina taiwan yg membantu jepun jajah asia...org melayu masa 2 memang handal..sblm 13 mei prnah ada pegaduhan cina-melayu....pemuda melayu dtg dgan parag ramai2 sesah org cina...ramai cina x puas hati...merka lepak kt singapura...melayu jaga di jb...(masa 2 depan istana besar adalh tmpt org main motor rally...)pd 13 mei...ramai yg saksikan rally di sana..pas2 terjadi pegaduhan...ramai pemuda2 esp org muar n bp(ilmu persilatan dan agama mereka tinggi..sampaikan sultan johor,pramle...ape nama menteri2 ni saya lupalak... pernah berguru dgn ustaz2 sek pondok kaw ini....termasuklah ayh saya...heheh sama2 turun sesah cina dgn hanya guna parang jer...)dlm pertelingkahan 2...ada seorg ibu muda yg sarat mengandung jd mangsa..perutnye di belah..org kita mengamuk sakan ..ini menyebabkan org cina berundur ke singapura....lee kuan yum yg berasal dr bp dtg jumpa tunku...berkali2..minta sinagpura di bebesakan dr malaya....tunku betting dgn lee kuan yu..dlm permainan golf...tunku kalah dan bg singapore pd lee kaun yu...atas beberapa syarat..antarnya..singapura menjadi jajahan johor..(kerana itu singapura takada hari kemerdekaan cuma ada hari kebangsaan saje..presidennye mesti dr rakyat johor....
ReplyDeletedr shamsul qamariah
utk dr abdul rani dan hafszach
ReplyDeletesalam..
berkenaan raja dan istana raja melayu di singapore...
saya berkongsi cerita ini kpd semua...
selepas sultan hussein mangkat..(raja yg perintah johor ketika itu)...pegolkkan kuasa berlaku antara pembesar(temenggong dan juaga Tengku ali) tengku ali adalah waris dr sultan Husein..beliau cuba dptk kuasa pemerintahan nya balik..tp beliau tak dpt sokongan pembesar...ketika itu...hanya si bonkok yg menyokong beliau dan ingin beliau menjadi raja..yg lain menyokong temengong ibrahim jd raja..setelah temengong ibrahim jd raja..semua raja melayu kerabat tengku ali dan tengku ali pun x berkuasa..
raja melayu duli memang banyak isatan a singgah dan istana kerabat...ada yg di kota,danga..sinagpore..begitulah
Assalamualaikum,
ReplyDeletesaya hanya nak comfirmkan bahawa kerabat diraja singapura mempunyai seorang 'kerabat' perempuan... Maaf, nama beliau tidak dpt didedahkan... Dia pernah berkahwin dengan adik Sultan Brunei, Pengiran Sufri dan dikurniakan seorang cahaya mata... Tetapi tak lama selepas itu, mereka bercerai. Kerabat diraja Singapura yg perempuan berkahwin dgn orang Johor...
Baru ku tahu JMF tu tajaan british utk protect temengung supaya sultan ali tak dapat balik kuasa. baru ku tahu JMF tu rakyat yg bayar tapi di war2 kan sebagai askar oeribadi yg di sara guna wang peribadi. Tertipu aku rupa2nya dek lakonan british dan pegawai2 nya.
ReplyDelete