Parlimen Perancis luluskan pengharaman purdah
[Bar Council, sila kutuk Peranchis kerana 'human rights violation']
15 September 2010 PARIS: Parlimen Perancis hari ini meluluskan undang-undang mengharam pemakaian purdah yang menutup kesemua bahagian muka, dan akan dilaksanakan sepenuhnya awal tahun depan sekiranya keputusan itu tidak ditukar hakim kanan negara itu. Senat meluluskan pindaan itu dengan 246 undian menyokong dan hanya satu membantah, sudah diluluskan dewan Julai lalu. Ia kini sedang dikaji semula Majlis Perlembagaan yang diberi tempoh sebulan untuk mengesahkan mengikut undang-undang. Teks pindaan itu tidak menyatakan berhubung agama Islam, tetapi kerajaan Presiden Nicolas Sazkozy memperkenalkan undang-undang yang melindungi wanita daripada memakai purdah menutup muka seperti Burqa dan Niqab. Sekiranya dilaksanakan, undang-undang memperuntukkan tempoh enam bulan bagi proses penerangan kepada wanita yang sudah memakai purdah yang diharamkan di Perancis terhadap kemungkinan dipenjarakan dan didenda sekiranya pemakaian di tempat umum diteruskan. - AFP
0 comments:
Post a Comment