ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, September 7, 2010

JANGAN PERSOAL KONTRAK SOSIAL

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mempersoalkan perkara-perkara yang sudah disepakati oleh para pengasas negara khususnya Perlembagaan Persekutuan yang berdasarkan kontrak sosial di antara kaum.

Perdana Menteri juga meminta rakyat untuk sentiasa mengelakkan diri daripada bertindak atau mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum-kaum lain.
Beliau menegaskan perkara itu merupakan aspek penting dalam menjiwai gagasan 1Malaysia dan dapat menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional.

Najib yakin jika perkara-perkara itu dijiwai, ia mampu meredakan 'suhu panas' yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.
''Kita semua selalu sebut tonggak negara ini adalah perpaduan nasional dan kestabilan politik dan ini akan terancam kalau kita tidak dapat menguruskan perhubungan kaum dengan begitu baik. ''Sebab itu gagasan 1Malaysia amat perlu difahami, dihayati serta diamalkan dan sehubungan itu saya harap para penjawat awam dapat menjiwai konsep 1Malaysia dalam apa saja perkara yang kita lakukan," katanya.

Beliau berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana di sini hari ini.
Beliau menjelaskan memelihara perhubungan antara kaum merupakan salah satu aspek pengurusan politik yang perlu dititikberatkan oleh anggota pentadbiran dan penjawat awam.

''Ingatlah bahawa menjadi tanggungjawab kita memelihara negara untuk anak-anak dan cucu-cucu kita, jangan yang elok menjadi retak dan jangan yang sudah bersambung menjadi putus. Dalam menyambut Aidilfitri dengan konsep rumah terbuka yang unik di Malaysia, kita bukan sahaja hendak 'membuka' rumah tetapi lebih penting membuka hati dan minda kita," katanya.

Putrajaya | 6 Sept 2010 | pengarang@utusan.com.my

3 comments:

  1. Artikel 153 adalah suatu pengendosan akan hak Melayu sebelum wujudnya Persekutuan Malaysia kerana orang-orang Melayu sudahpun merupakan rakyat Yang diPertuan Negeri (iaitu Sultan) masing-masing. Keistimewaan itu sudah pun wujud dan artikel 153 mempertahankan hak tersebut bagi orang melayu dan natif-natif tanpa mengetepikan hak legitimate kaum yang lain yang bebas berniaga dan sebagainya. Persoalan ekuiti 30% itu adalah minimum benchmark bukannya maximum benchmark. Bahawasanya Penjaga keistimewaan orang melayu dan natif-natif termasuk hak legitimate kaum yang lain adalah YDPA dan bukannya mana-mana parti politik, parlimen dan sebagainya.

    Bagi memahami artikel 153, perbincangan suruhanjaya Reid tidak boleh dijadikan suatu kayu pengukur yang kuat akan skopnya kerana dalam perbincangan apapun boleh dibincang namun penghujungnya tetap sekadar pandangan bukannya ketetapan. Artikel 153 hendaklah dilihat dengan memahami sejarah orang Melayu dan Negeri-negeri Tanah Melayu itu sendiri. Sejarah lebih mengikat berbanding Reid commission.

    Laksamana Hang Tuah ada menyebut "Tidak Melayu Hilang diDunia". Apa yang disebut beliau kini diendoskan didalam artikel 153 perlembagaan Malaysia. Kasyaf Hang Tuah ternyata betul 500 tahun kemudian dan adalah bukti keunggulannya dulu kini dan selamanya. al fatihah pada Hang Tuah.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    lihat
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Taksubsainspuncasejarahdipinggir/Article/index_html

    Taksub sains punca sejarah dipinggir
    Oleh Zanariah Abd Mutalib

    2010/08/25

    Sejarawan, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata Penyata Razak yang dikeluarkan pada 1956 sudah menggariskan bahawa objektif utama sistem pelajaran adalah perpaduan, namun perkara itu tidak dapat dilihat dalam sistem pendidikan hari ini yang menuntut pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

    Disebabkan itu, katanya, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sukar difahami generasi hari ini, malah ada yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia oleh DAP yang menuntut kesaksamaan antara semua kaum, sedangkan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    1Malaysia bukan minta Perlembagaan dipinda secepat mungkin. Dari dulu keistimewaan orang Melayu sudah diperakui iaitu sejak dari zaman British kerana mereka adalah rakyat Raja Melayu.

    Bagaimanapun, pada masa ini, ada orang nak timbulkan kekacauan yang bukan-bukan termasuk mempersoalkan Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang tidak ada kaitan dengan logik dan undang-undang, katanya.

    ReplyDelete
  2. Pertikaikan kontrak sosial itu ibarat buta sejarah.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

    Jangan persoal kontrak sosial
    KUALA LUMPUR 7 Sept. - Rakyat Malaysia yang mempersoal atau mempertikaikan kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan demi perjuangan politik boleh dianggap sebagai buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan Negara.

    Pakar Sejarah Negara, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, kontrak sosial yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan satu ikatan sosial antara kaum dan ia tidak boleh dipersoalkan rakyat negara ini terutama dalam perjuangan politik.
    "Seluruh masyarakat perlu patuh Perlembagaan tersebut dan perlu menghayati segala aspek mengenai kontrak sosial supaya keamanan negara terus terjamin.
    "Jangan jadikan perkara tersebut sebagai modal untuk kepentingan peribadi. Kita perlu fikir kesejahteraan dan sensiviti semua kaum," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan rakyat negara ini agar tidak mempersoalkan -perkara yang sudah disepakati pengasas negara khususnya Perlembagaan Persekutuan.
    Najib juga meminta rakyat untuk sentiasa mengelakkan daripada mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum lain.

    Kay Kim berkata, kontrak sosial tidak boleh dipersoal dan dimanipulasikan untuk tujuan politik.

    ReplyDelete
  3. Dalam kes ini......
    saya tak faham kenapa ahli politik etnik cina mencetuskan pertikaian tentang perlembagaan negara ini sehingga menjadi keselamatan dan ketenteraman negara menjadi terancam, apa maksud dan tujuan sebenar mereka berbuat demikian.

    Adakah tututan fahaman komunis masih hidup segar dalam fikiran mereka walaupun balasan kerakyatan dilunaskan dengan sempurna oleh orang melayu dan Raja-raja.

    Orang politik seharusnya menjaga perlembagaan bukannya menjadi jaguh batu api menghasud rakyat menentang perlembagaan negara.

    api apabila dinyalakan di dalam sekam walaupun hujan bercurah-curah mustahil untuk dipadamkan. percayalah...


    jakun2

    ReplyDelete