Pada asasnya dan masa terlahirnya Kumpulan Rajamenangis, salah satu tujuan Rajamenangis adalah untuk menjejaki para bangsawan Melayu hari ini yang generasi dahulunya adalah bekas darah atau keturunan raja Melayu yang berdaulat, sehinggalah British mula menstruktur semula pentadbiran negeri-negeri Melayu. Ekoran daripada perpisahan pulau Singapura dengan Johor tidak kurang juga meninggalkan impak yang menarik pada hari ini, kerana golongan serpihan serpihan berdarah Istana samada dari dalam Singapura atau di tanah Johor [dalam bentuk waris waris keturunan Sultan Hussein dan Sultan Ali yang jelas pernah bernaung-takhta sebagai 'Sultan' di negeri Hang Tuah itu pada tahun 1850an.
Isu sultan yang di rancangkan sebagai sultan yang akan mengisi kekosongan sultan di Melaka adalah salah satu isu Melayu yang paling ketara dalam abad 21 ini dan pihak politik Melayu samada dalam Kerajaan atau sebaliknya perlu meniti isu sensitif ini dengan amat berkhemah - dan bukanlah dengan cara menolak kemungkinan "Melaka bersultan lagi" sebagai isu remeh semata mata.
Jika Inggeris hendak melihat raja bertakhta KEMBALI di Melaka, apakan pula kuasa politik orang Melayu sendiri yang ada pada hari ini?
RajaMenangis menyokong kajian oleh IBNU RUSYDI. Bezanya identiti pengasas IBNU RUSYDI tidaklah di ketahui umum [tidak dipaparkan] dan identitinya tidak jelas di nyatakan - tidak seperti Rajamenangis yang muncul di pelbagai pentas kajian dan debatan intelektual Melayu. Kami sangatlah mengalu ngalukan kehadiran IBNU RUSYDI dalam dunia kajian warisan kesultanan yang semakin pupus dan tidak di maklumi umum.
Bacalah blog IBNU RUSYDI untuk maklumat yang menarik berkaitan sejarah silam nusantara yang lebih hampir dengan semenanjung Tanah Melayu. Kami berharap blogger IBNU RUSYDI sudi berganding minda dan ilmu dengan Kumpulan Rajamenangis bagi memantapkan lagi pendekatan beberapa isu yang dirasakan relevan pada hari ini.
Rajamenangis juga memantau isu-isu perlembagaan dan undang-undang yang menyentuh kedaultan, keistimewaan, prerogatif, kuasa-kuasa dan kedudukan raja-raja Melayu yang sembilan, termasuklah Yang DiPertuan Agung.
Salam perjuangan...
Saya dah baca blog tersebut. Sememangnya amat menarik. Tetapi, sedang saya baca.. blog tersebut telah expired pada 20 September 2010.
ReplyDeleteTak tahu sama ada ia sementara atau sememangnya telah expired.
Benarkah? Pelik, betul2 pelik...
ReplyDelete--Rajamenangis--
saya baru bukak blog ibnurusydi tadi. ok jek? maybe expired sekejap je kot...
ReplyDeleteSalam buat warga Raja Menangis,
ReplyDeleteUntuk makluman tuan, ada dua buah lagi blog yang membongkar sejarah realiti Bangsa Melayu :
1) riwayatmelayu.blogspot.com (Alter Terahsia Bangsa Melayu) - penulisnya bernama Srikandi, seorang pensyarah sejarah di Universiti tempatan
2) lokalgenius.blogspot.com (Melayu Nusantara) - penulisnya adalah Tuan Seman, seorang graduan yang khusus dalam bidang sejarah
Ketiga-tiga blog ini termasuklah blog ibnurusydi meerupakan para pengkaji sejarah Melayu & Nusantara. semua pun tak pernah dedahkan identiti masing2. Maybe atas dasar keselamatan. Tapi itu tak penting. Yang penting adalah maklumat2 yang dipaparkan memang tak diketahui dan rahsia besar bangsa kita yang selama ini disorokkan.
Mohon warga Raja Menangis mewarwarkan dan hebahkan ketiga-tiga blog ini sekali...
Mengikut kebiasaannya, kami akan mewar warkan blog blog yang berkaitan sekiranya mereka JUGA turut membuat pautan atau mewar warkan blog RajaMenangis dan juga http://www.rajamenangis.com
ReplyDeleteKita akan selidiki dahulu, t kasih.
--RajaMenangis--
Peliklah.. saya memang terus tak boleh masuk blog Ibn Rusydi. Macam kena block.
ReplyDeleteSalam perkenalan buat Tuan Shali, Puan Zai & semua mod blog Raja Menangis,
ReplyDeleteterima kasih atas sokongan kalian. Alhamdulillah, perjuangan kita sama sahaja demi alif ba ta. Iaitu agama (Islam), bangsa (Melayu) dan tanahair (Malaysia). Moga kerjasama dapat dieratkan dan saling melengkapi.
Saya juga adalah followers blog Raja Menangis. Artikel di blog saya ada menyentuh mengenai Sultan Singapura dan Sultan Sarawak yang tak diketahui umum. Cuma harap2 lepas ni, tak adalah pula orang yang mengaku sebagai Sultan Sarawak... =)
To Radin87, saya akan cuba semak blog saya semula.
Salam hormat,
Sdr Ibnu Rusydi,
ReplyDeleteWslm.... saya cadangkan sdr wujudkan alamat kontek emel sdr agar peminat dan pengikut sdr dapat menghubungi sdr.
Mungkin dibawah 'View my complete profile' dan mungkin seperti Rajamenangis - di muka hadapan blog [kanan] ada emel yang cuma perlu di klik saja oleh sesiapa.
--Rajamenangis--
Sememangnya di Borneo ada "Rajanya" menggunakan istilah seperti "Laja", "Maren" bagi kaum Kenyah,"dan Paren" bagi kaum Kayan, "Pengiran" bagi orang Brunei dan seumpamanya. diKutai, ada Raja Kutai, di Samabas, ada Raja Sambas.
ReplyDeleteJika ada Panglima Perang, tentunya adalah Rajanya dan kedaulatan wilayahnya. Apatahlagi kalau ada istana lamanya.
Ada apa-apa maklumat berkenaan Panglima-panglima Perang yang mempertahankan Limbang dari Raja Berok?