ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, August 3, 2012

Trifle Raspberi

80 gm jeli perisa strawberi (kotak/paket) 
400 ml air panas 
150 gm kek gulung, dihiris nipis 
150 gm raspberi / strawberi / buah-buahan koktel (tin) 
300 ml susu segar 
40 gm gula kastor 
35 gm tepung kastard 
400 ml krim putar 
Hirisan buah-buahan (hiasan) 


Cara membuatnya 
1. Untuk kastard. Larutkan tepung kastard dengan sedikit susu. Tapiskan ke dalam periuk. 
2. Tuangkan baki susu, campurkan gula. Kacau tanpa henti atas api perlahan hingga pekat. 3. Untuk jeli. Campurkan jeli dengan air panas. Kacau hingga larut, ketepikan. 
4. Putar krim hingga kental. 
5. Susun kek di dalam mangkuk. Ratakan separuh kastard. 
6. Taburkan raspberi di atasnya. Tuangkan separuh jeli, letak dalam peti sejuk sebentar hingga biar keras. 
7. Sapukan separuh krim di atas jeli. Letak baki kek diikuti baki kastard. 
8. Aturkan raspberi dan tuangkan baki jeli. Letak sebentar dalam peti sejuk. 
9. Bila jeli 'set', sapukan baki krim di atasnya. Biar dalam peti sejuk kemudian hiaskan. *Foto : gastronomers.dot.com

0 comments:

Post a Comment