Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menitahkan umat Islam di Malaysia mencontohi perjuangan Rasulullah S.A.W. selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah yang berjaya mendidik, memimpin serta membawa masyarakat jahiliah berhijrah daripada kekufuran dan kejahilan kepada umat yang memiliki keimanan kental dan ketinggian ilmu.
Baginda bertitah kegigihan Rasulullah dilihat berjaya membina kekuatan iman, minda dan fizikal umat Islam pada zamannya mahupun zaman Khulafa ar-Rasyidin serta sesudahnya sehingga mampu mencapai satu tamadun gemilang.
“Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini Persefahaman Asas Perpaduan Ummah dirasakan bertepatan dengan situasi kehidupan umat Islam pada hari ini yang sentiasa menghadapi pelbagai cabaran semasa.
“Contohilah keunggulan peribadi Rasulullah dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T ke arah melahirkan masyarakat Islam yang hebat serta menjadi contoh teladan dunia,” titahnya.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya.
bharian.com.my
bharian.com.my
DYMM Tuanku, patik serahkan segalanya buat agama Allah, dan oleh kerana kebawah duli tuanku adalah ketua agama Allah di Tanah Melayu yang berdaulat ini, maka temanya serupa - bahawa pemerintahan tuanku akan di kekalkan dengan sekukuhnya, kedaulatan tuanku tidak tercemar, kedudukn tuanku di jamin, dergahayu tuanku di sebut patik dalam doa. Dan tiadalah tuanku bersendirian dikala dilanda cobaan kerana patik dan rakyat tradisional tuanku tidak akan berganjak dan mengundur. Berpantang mengalah sebelum cuba. Semoga cobaan di hari yang mendatang di gagahi dengan hidayah dan petunjuk drp Yang Maha Esa. Insyallah, amin.
ReplyDelete--SHALI-
RAJAMENANGIS