ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, February 15, 2012

Sejarah Keris dan Senjata Agung Melayu

Jika dilihat daripada kehebatan pahlawan Melayu, tidak sah jika kita tidak memperkatakan mengenai kehebatan senjata terutama keris yang mereka gunakan.

Keris Taming Sari milik Hang Tuah misalnya dikatakan mempunyai pelbagai kesaktian seperti melindungi tubuh penggunanya daripada dicederakan oleh mana-mana senjata.

Sememangnya keris ialah senjata kebanggaan penduduk Nusantara yang hanya terdapat di Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan selatan Filipina. Namun, disebabkan keadaan Kepulauan Nusantara yang terpisah antara satu sama lain menyebabkan senjata-senjata tradisional telah mengalami perkembangan yang berbeza-beza.

Orang Melayu telah menempa dan menggunakan keris serta senjata-senjata lain semenjak lima ratus tahun dahulu. Antara alat-alat senjata lain ialah parang, pisau, badik, karambit, lembing dan sebagainya. Sehingga awal abad kedua puluh, kebanyakan senjata Melayu telah ditempa untuk kegunaan pertarungan, pertahanan diri daripada serangan. Dengan perkembangan kebudayaan dan sistem sosial, fungsi senjata telah mengalami perkembangan dan perubahan.

Walaupun mengalami banyak perubahan senjata ini masih mengekalkan ciri-ciri senjata pertarungan dahulu kala dengan meniitikberatkan keaslian dan buatan yang halus. Tetapi kini, fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati, barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni. Senjata-senjata ini telah melalui masa perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti sekarang. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau.

Keris

Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.

Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi (pembuat keris) maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.

Badik

Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.

Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Panjang matanya di antara 18 dan 20 sentimeter (sm) dan lebar 2 sm. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.

Lembing

Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat daripada kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan ke dalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam. Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri. Lembing Melayu lebih pendek, ringan dan tajam mata dihujungnya. Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat daripada kayu atau buluh.

Unsur ghaib

Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain digunakan sebagai alat berperang, mempertahankan diri, hiasan dan ia juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah masyarakat mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif.

Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat daripada kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya. Kesimpulannya, senjata tradisional Melayu sememangnya mempunyai keunikan tersendiri.

Sumber: resam-melayu.com

12 comments:

  1. Assalamua'laikum...

    Harus kita ingat keris ini cuma yang sangat minima penggunaanya dan telah dikaitkan dengan satu senjata yang Mistik. sering kali perkara mistik ini berkait dengan jin dan syirik.
    1. apabila sesuatu itu sangat berkait dengan alam jin dan kesyirikan tiadalah apa yang patut dibanggakan melainkan kutukan dan hinaan ke atas manusia kerana keterlibatan dalam lembah kesesatan. Tidak kiralah apa sahaja jenis senjata dan sehebat mana pun senjata itu, kita mendorong kita ke alam kebodohan yang jauh dari tauhid yang lurus, MAKA SEWAJARNYA DAN WAJIBNYA KITA TOLAK.

    2. arakian digambarkan bahawa keris itu sangat takjub lagi ajaib akan kehebatannya. Maka diketahui tidak semua keris itu berpuaka atau mempunyai kesaktian yang tinggi atau berkhadam. Maka dengan jelaslah sekiranya keris itu dibuang segala kisah-kisah mistiknya itu, tiadalah keris itu berguna mana dalam alam Melayu melainkan kebodohan diri sendiri.

    3. Bila dibawa ke medan perang, keris ibarat sebatang lidi yang dibawa bertarung. Hendak diguna untuk menetak, menghayun, menghiris, menahan serangan, berlaga senjata, semua tidak boleh. hanya mampu untuk menikam. dan ada kalanya keris itu akan tercabut dari hulunya, maka kerana itu keris itu dialas dengan kain. Hairan bin ajaib, kain kuning, putih, merah atau hitam sahaja yang selalu diperkatakan. apa warna lain tiada layak?

    4. Apa hebatnya keris itu, hendak memotong buah atau kuih pun tiada mampu.

    5. Hanya Membunuh saja keris itu mampu, APA KITA INI BANGSA PEMBUNUH? sehinggakan kita meletakkan keris itu sebagai lambang bangsa Melayu.

    6. Maukah kita menerima sesuatu yang hanya digunakan untuk membunuh sahaja dan sangat terbatas penggunaanya sebagai lambang bangsa kita. Jika tidak, kuasa apakah yang telah mengkaburkan akal kita selama ini.

    Umum diketahui di Pulau Bali Indonesia, bahawa Kaum Hindu Bali sangat kuat kaitan di antara ajaran Hindu lama dan keris di Bali.
    Dan umum diketahui bawaha sampai sekarang budaya-budaya Hindu yang lama dahulu masih lagi ada yang tersisa dalam budaya orang Melayu.
    Jadi dari mana asalnya Keris itu?
    Melayu berkeris kerana senjata, Hindu Bali berkeris kerana keagamaan.
    Melayu dulu berbudayakan Hindu, orang Bali masih lagi Hindu.
    Jadi mana salnya keris dalam alam Melayu, sedangkan umum tau bahawa keris itu sangat terbatas penggunaanya.

    Sayang, kerana keris itu sudah di julang tinggi dalam dunia Melayu, maka keris terus kekal di atas bersama dengan angan-angan dan khayalan bangsa Melayu dan juga pengamal seni silat.

    p/s : Bangsa Melayu terlupa bahawa golok dan parang dan pisau itu jauh lebih berguna daripada keris.

    ReplyDelete
  2. Adakah berkait dgn jin maka perkerisan itu syirik?

    ReplyDelete
  3. bertanyalah dgn beberapa ustaz, sbb kata-kata ustaz awak boleh percaya. sy bukan ustaz dan awak xkan percaya ckp saya. ini hujah kecil saya ttg hubungan kita dan jin.
    1. kalo kita kuat dan hebat sbb jin, bermakna jin tolong kita dan jadi khadam kita.
    2. apa saja dalam dunia ni ada give anf take. even buat amal dgn ikhlas hati dan tanpa mharap2 apa2 pun, sebenarnya kita berharap Allah akan balas. so kalo jin tolong mesti ada perjanjian.
    3. sejahat jahat manusia adalah sebaik2 jin.
    tanya la dgn ustaz, lebih baik.

    ReplyDelete
  4. Hanz Edison, baiklah sahabat, aku bertanya kepada kau... " Jika aku meminta kamu tolong aku petikkan suis buka lampu... ADAKAH aku telah syirik kerana meminta PERTOLONGAN dari kamu, tetapi TIDAK PADA ALLAH? :)

    ingat sahabat tiap2 SESUATU SEMUAnya ASAL dari ALLAH, kita cuma perantara, ibarat kau perantara utk buka suis lampu, jika aku asyik hanya minta pada ALLAH, adakah suis itu akan terpetik sendiri? :) bukankah itu ibarat aku malas berusaha, hanya tahu berdoa? :)

    kau ni ilmu tak cukup sudah pandai berbicara.. aku nasihatkan kau tukar nama jadi dalam IC jadi HANZ EDISON :)

    ReplyDelete
  5. Keris adl Maha karya Nusantara yg tak ternilai harganya. Keris asl jiwa n ruhnya nusantara. Mengapa hrs Dikatakan Sirik? Anda hrs mengkaji ulang kembali definisi orang Syirik? Jika anda sakit apkh anda perlu obat?? Jika anda sakit apkh anda perlu Dokter? Sirik n Musrik itu ada pd Keyakinan seseorang. Jika berkeyakinan keris yg mempunyai Energie Spiritual,benda atau dokter yg menyembuhkan,maka itu sma sj dgn KESESATANNYA. Tapi jika benda ,dokter,tabib atau apapun dijadikan Perantara Kesuksesan dgn Keyakinan Allah lah yg memberi Sukses,maka itu dibenarkan scra Tauhid Juga ! ! !

    ReplyDelete
  6. kepada saudara Mohd Umar Khatab, Sutan Silo dan ROHAN.

    “Dan bahwasannya ada beberapa orang laki-laki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki diantara jin, maka jin-jin itu itu menambah dosa bagi mereka” [QS. Al-Jin : 6].

    “Dan jika syaithan mengganggumu dengan satu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” [QS. Fushshilat : 36].

    “Tidak boleh ber-isti’adzah (meminta perlindungan) kepada jin. Allah telah mencela orang-orang kafir karenanya. Allah ta’ala telah berfirman : ‘Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpun mereka semuanya, (dan Allah berfirman) : “Hai segolongan jin (syetan), sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan manusia”. Lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia : “Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebagian dari kami telah mendapat kesenangan dari sebagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami”. Allah berfirman : “Neraka itulah tempat kediaman kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui’ (QS. Al-An’aam : 128). Kesenangan manusia dari jin adalah karena tercapai hajatnya, terlaksana perintah-perintahnya, dan pemberitaan jin untuknya tentang sesuatu yang ghaib. Kesenangan jin dari manusia adalah karena manusia mengagungkannya, berlindung, dan tunduk kepadanya”. Selesai perkataannya dengan cara diringkas.
    kredit kepada http://abul-jauzaa.blogspot.sg/2009/01/hukum-meminta-perlindungan-kepada-jin.html.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanz edison nk tnya ckit awk adik edison cavani ka?sja tnya.

      Lgi 1 pulau bali tu dimana,xslh aku dlm gugusan nusantara,knpa di india dpa xguna keris utk keagamaan sperti dibali?

      Xkira apa yg kau prcaya ada pda keris itu (jin,khadam,hadam,matsetul)apa sja itu ikut pda diri msing2,klu kau rasa nk keris utk ptong buah kau order utk ptong buah,baca dan kaji dlu psl keris dn kguna nya,jng jdi proff google sja.

      Bagi aku keris ada lah ciptaan smpurna org mlayu,dan aku bangga,aku rasa kau pun malu nk mgaku kau mlayu sbb tu nma nk latin

      Delete
  7. Mohd Umar Khatab:-
    Meminta pertolongan daripada aku berbeza dgn meminta pertolongan dgn jin. kau hanya perlu meminta untuk aku buat. sedangkan jin pula, kau perlu berspiritual, bersembah barang, berjampi serapah dan mentera. kau juga meminta dari golongan yang telah dilaknat dlm al-quran dan golongan yang telah berjanji untuk menyesatkan manusia sehingga kiamat.


    Sutan Silo:-
    Keris adl Maha karya Nusantara yg tak ternilai harganya. Keris asl jiwa n ruhnya nusantara. Mengapa hrs Dikatakan Sirik? Anda hrs mengkaji ulang kembali definisi orang Syirik? Jika anda sakit apkh anda perlu obat?? Jika anda sakit apkh anda perlu Dokter? Sirik n Musrik itu ada pd Keyakinan seseorang. Jika berkeyakinan keris yg mempunyai Energie Spiritual,benda atau dokter yg menyembuhkan,maka itu sma sj dgn KESESATANNYA. Tapi jika benda ,dokter,tabib atau apapun dijadikan Perantara Kesuksesan dgn Keyakinan Allah lah yg memberi Sukses,maka itu dibenarkan scra Tauhid Juga ! ! !

    apalah hebatnya keris tu jika zahirnya hanya mampu digunakan untuk membunuh orang. itu pun hanya dgn satu cara, TIKAMAN sahaja. tidak menetak atau mengiris atau. tidak tajam pula, pendek dan mudah tercabut dari hulu. mana hebatnya secara zahir. cuma campuran besi yang dijadikan senjata untuk membunuh. adakah kita nak berbangga dgn alat membunuh, adakah kita mau dicop keturunan yang suka membunuh?

    ReplyDelete
  8. Kepada Rohan:-
    usah kata keris , jika kita mengandalkan batu cincin, tangkal azimat maka akan jatuh hukum syirik jika:-
    1. adanya kuasa jin yang diandalkan.
    2. adanya kepercayaan berupa kuasa azimat pada sesuatu barang. contoh menggunakan tangkal. menggunakan ayat al-quran sebagai tangkal azimat juga tidak dibolehkan. melainkan digunakan untuk bacaan sebagai jampi atau doa dan berserah kepada Allah semata2.

    suka saya nyatakan di sini bahawa maksud penulisan saya bkn mengatakan keris itu syirik. Tidak, keris itu tidak syirik. Sila fahami betul-betul.
    Yang syirik itu adalah cara kita. cara menggunakan keris tu menghala ke arah syirik. Harus diingat syirik tu ada banyak, berasa sombong dan riak sudah jatuh hukum syirik kecil. apatah lagi bila mengandalkan pada sesuatu yang tidak mampu memberi manfaat atau mudarat.

    Apabila sakit, kita akan berjumpa doktor atau makan ubat. itu salah satu cara untuk sihat kembali. bermaksud doktor dan ubat adalah "asbab" atau penyebab kepada keputusan dari Allah. Bukan bermakna doktor atau ubat yang menjadikan kita sihat. jika kita bersangka begitu, jatuh la syirik.
    Pelajarilah kisah Nabi Musa a.s ketika baginda sakit gigi dahulu. Dan hadamkan apa maksud dari kisah tersebut. Bukan ubat yang menyembuhkan, tetapi Allah (keizinan Allah melalui usaha kita).
    Keris spiritual yg mampu tegak sndiri, mampu terbang sendiri, mampu menjadikan seseorang itu kebal, mampu dijadikan alat perantaraan dgn alam lain, mampu mengubat orang sakit, dan banyak lagi. Apakah maksud itu? Bukankah itu jatuh kepada perkara pelik yang meragukan.

    ReplyDelete
  9. Jika kamu mengagumi keris kerana kehalusan pembuatan dan cantiknya keris tiadalah menjadi masalah. Yang menjadi persoalan adalah mengagumi keris dari spiritual yang entah dari mana datangnya segala mistik-mistik yang aneh dan meragukan.
    Mari kita semak balik apa yang ditulis oleh Pengarang Blok. Dia menceritakan kehebatan keris secara spiritual
    “Jika dilihat daripada kehebatan pahlawan Melayu, tidak sah jika kita tidak memperkatakan mengenai kehebatan senjata terutama keris yang mereka gunakan.
    Keris Taming Sari milik Hang Tuah misalnya dikatakan mempunyai pelbagai kesaktian seperti melindungi tubuh penggunanya daripada dicederakan oleh mana-mana senjata.”
    “Walaupun mengalami banyak perubahan senjata ini masih mengekalkan ciri-ciri senjata pertarungan dahulu kala dengan meniitikberatkan keaslian dan buatan yang halus. Tetapi kini, fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati, barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni. Senjata-senjata ini telah melalui masa perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti sekarang. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau”.
    Kenyataan seperti inilah yang saya sanggah. Menyalahi hokum Islam. Sedangkan Nabi sendiri luka berperang bagaimana manusia biasa boleh kebal. Jika nabi ada kuasa ghaib seperti nabi Musa as, itu adalah mukjizat. Jika para wali ada kuasa ghaib, itu adalah makrifat. Kerana para Nabi dan wali meraka itu bersih dan dekat dgn tuhan. Jika manusia yg byk dosa ada kuasa luar biasa, apakah namanya itu?

    Lagi pula, pikirlah secara logik, apalah hebatnya keris itu. Cuma sebatang besi pendek dari campuran pelbagai jenis besi, ditempa, dihiasi dan disarung dengan kayu yang makin lama akan reput. Dan digunakan sebagai senjata membunuh yang terbatas. Dek kerana jin dan syaitan ingin menyesatkan manusia, maka kaum Melayu ditipu oleh jin dan syaitan dengan keris. Sama seperti kisah kaum nabi Musa dengan patung anak lembu yang mampu bersuara. Adakah kamu lupa atau tidak pernah belajar kisah2 nabi atau kamu tidak berfikir kearah itu???

    ReplyDelete
  10. aku menunggu apa hujah kamu selepas ini...

    ReplyDelete