Home »
» Seni Barangan Logam Dunia Islam
BARANGAN logam mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam dunia Islam. Rekaan bentuk barangan logam yang cantik sering digunakan dalam hidangan jamuan yang diadakan di dalam istana atau di kediaman golongan bangsawan yang sekali gus melambangkan taraf pemiliknya.
Barangan logam juga boleh dijadikan sebagai warisan keluarga. Pada zaman dahulu, barangan gangsa menjadi pilihan utama kerana sifatnya yang tahan lasak dan keindahan warnanya. Kecantikan rekaan baranganlogam bergantung kepada warna dan kilatan permukaannya yang dihasilkan dengan penggunaan jenis logam tertentu.
Barangan logam dunia Islam yang awal masih lagi menggunakan rekaan barangan logam zaman sebelum Islam. Kebanyakannya dihasilkan dengan menggunakan acuan dan ia kemudiannya dihiasi dengan turisan dan tombol. Barangan yang dihasilkan selalunya adalah seimbang daripada segi kesenian dan kegunaan praktikal. BACA SELANJUTNYA
0 comments:
Post a Comment