Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini mencadangkan beberapa tindakan tegas diambil ke atas pihak yang menghina serta menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Muhammed Khusrin Munawi.
Beliau yang juga seorang peguam berkata, semua pihak yang mengugut dan menentang perkenan Sultan Sharafuddin dalam isu tersebut perlu didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana ‘Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya gantung sampai mati.
Selain itu katanya, pertuduhan alternatif juga boleh dibuat di bawah Seksyen 121 (1B) kerana ‘merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya pula adalah penjara seumur hidup.
“Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur, kerana amat biadab lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat di negeri Selangor melakukan perbuatan derhaka seperti itu. Jangan biarkan mereka ini terus memaki-hamun dan mempertikai kedudukan sultan kerana kelak ia menjadi barah.
“Bagi maksud ini, teman (saya) mencadangkan kepada mana-mana rakyat Selangor supaya membuat laporan polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil. Kita tidak mahu sejarah membaringkan diri di bawah kereta sultan berulang lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian di dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, bagi menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap beberapa pemimpin pembangkang yang berterusan mempertikai, menentang serta mengugut Sultan Selangor dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin.
Antara paling biadab ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang mendakwa, ketegasan Sultan Sharafuddin untuk tidak berganjak daripada keputusannya merestui pelantikan Mohammed Khusrin, biarpun mendapat pelbagai kecaman daripada pembangkang, sebagai ego.
Malah, tidak cukup dengan kebiadaban itu, wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut juga menyifatkan pelantikan SUK baru berkenaan sebagai bukti tindakan pilih kasih yang diamalkan oleh institusi beraja Selangor terhadap pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, jika pemimpin pembangkang masih hendak mempolitikkan isu tersebut serta sengaja mahu menimbulkan ketegangan, beliau mencadangkan darurat diisytiharkan di negeri Selangor dan dilantik sebuah Majlis Gerakan Negeri untuk mentadbir negeri buat sementara.
Kuala Lumpur | 2 Januari 2011 | utusan.com.my
Selangor di bawah kepimpinan Tan Seri Khalid akan mengembalikan semula kuasa Sultan selangor yang telah dihapuskan oleh Oleh UMNO dibawah pimpinan Tun Mahathir semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993, di mana sultan dan raja2 melayu hilang segala kuasanya akibat kerakusan UMNO..
ReplyDeleteDibawah ini disertakan Surat Rasmi dari Tan Seri Khalid yang akan memanggil sidang tergempar negeri selangor bagi mengembalikan kuasa banginda sultan seperti sebelumnya..
Usul mengembalikan kuasa Raja2 ini mendapat sokongan penuh dari PAS, PKR dan DAP..dan berdoa agar segala usaha ini berjaya sepenuhnya tanpa sebarang gangguan dari UMNO.
Berikut kenyataan penuh MB Selangor
Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA )Sebenarnya di bawah UMNO banginda sultan adalah boneka semata-mata keluh banginda lagi.
Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.
DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.
Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.
Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.Juga segala kuasa yang telah terhapus selama ini..
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM,
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Kalau raja menangis Professional dan tidak memihak sila siapkan artikel ini..
Hafszak...ini semua penipuan kau...dan kau belit fakta untuk menjatuhkan imej kerajaan malaysia dan kau terus menuduh tun mahathir buat pindaan di Sgor seolah2 mengambil kuasa sultan. Pakatanlah dan pas lah yg memporak perandakan pengurusan negeri dan kau mat sorak. Poodah
ReplyDelete*Dewan Undangan Negeri
ReplyDeleteHmm.. kalau nak pinda perlembagaan kena dapat majoriti 2/3 kan? kan? kan? kita tengok macam mana sebab PR kat Selangor tak dapat majoriti 2/3 kat dewan rakyat.
ReplyDeletehttp://radin87.blogspot.com/2011/01/between-mb-and-suk.html
yerr...!!!
ReplyDeleteTepat sekali kena dapat 2/3 undi..
Jadi sekarang ni apa masalahnya..
sbb Pas, PKR dan DAP akan mengundi utk menyokong pindaan tersebut..
Tinggal lagi kena tgk pemimpin2 UMNO sokong atau tak bagi mencukupkan majoriti 2/3..
Kalau benarlah perjuangan UMNo ingin mendaulatkan raja2 melayu serta mempertahankan institusi beraja sudah tentu mereka akan menyokong 100% kepada pindaan tersebut...
Tetapi kalau pemimpin UMNO tidak smenyokongnya maka terserlah sudah segala pembohongan UMNO untuk mempertahankan Raja2 melayu sebab selama ini UMNO lah yang merosak, mengaib serta mencemar Raja2 melayu semasa krisis perlembagaan tahun 1993..
Aku ada PDF Handsad Penyata Rasmi Parlimen 1993 ( Krisis Perlembagaab ) Ucapan lebih 4 jam Tun Mahathir mengaibkan Raja2 melayu bagi meminda perlembagaan demi menghapuskan kuasa raja2 dan mengurangkan kuasa Yang Dipertuan Agung..
Dalam ucapan tersebut Tun Mahathir telah memujuk MP Gelugor ( Karpal Singh ) dan Ipoh Timur ( Lim Kitt siang ) agar segera mengadap Agung bagi memperkenankan Pindaan tersebut..kerana pada masa tu UMNO 100% menyokong Pindaan tersebut.
Tapi Karpal Singh tak berani mengadap Agung sbb dia tahu ianya melanggar Undang2 sbb Karpal Singh ini peguam tersohor dan tahun pasal Undang2 serta mahir tentang perlembagaan negara..
Fadhil Noor dan Haji Hadi pada masa tu dgn tegas menolak cadangan tersebut kerana Bagi PAS raja2 melayu adalah ketua agama islam, kalau dikurangkan kuasa Raja2 maka akan layulah islam dalam negara kita,
Sepuluh tahun selepas tu segala sangkaan PAS tersebut menjadi kenyataan dan terbukti bila Tun Mahthir telah menyekat bantuan perkapita kpd Sekolah agama rakyat( SAR ), sultan langsung tiada sebarang kuasa bagi mempertahankan sekolah Agama Rakyat..
Juga makamah syariah semakin lemah bila mana makamah sivil pula menjadi bertambah perkasa dan sultan hanya mampu melihatnya dgn sayu kerana tiada sebarang kuasa yang mampu bagi banginda mendaulatkan makamah syariah..
Sehinggakan untuk mengistiharkan Puasa dan hari raya semuanya dilakukan oleh JPM dgn hanya dilakonkan oleh penyimpan mohor2 besar raja sebagai wayang kulit kepada Raja2 melayu..
Justeru itu ayuh bangkit wahai Paja menangis, PERKASA dan juga para pejuang raja2 melayu.. tiada guna kali kalian hanya bertempik sorak tapi bila UMNO menentang Pindaan tersebut anda2 semuanya menbisu macam tikus.. usah jadi munafik..!!
Pembangkang akan mengembalikan semua kuasa raja2 melayu di semua negeri yang dikuasainya.. apa ditunggu lagi.. ketepikan segala kepentingan politik dan ideolagi lapuk kamu semua..!! jika benar kamu semuanya mendaulatkan raja2 melayu selama ni..
* Kalau tidak menyokong segala pindaan tersebut baik ditutup saja Blog Raja Menagis ni..
Awas Raja Menangis...!!
ReplyDeleteVCd dan DVD penghinaan Tun Mahathir bersama2 para pemimpin UMNO semasa persidangan Parlimen ke lapan- krisis Perlembagaan 1993 sedang beredar dalam pasaran sekarang ni..
Sebahagiannya telah diupload ke youtube oleh seorang hamba Allah yang benar2 perihatin terhadap kebiadaban UMNO menghina serta mengaibkan raja2 melayu semasa krisis perlembagaan 1993.
Sila taip Tengku Razaligh hamzam-krisis perlembagaan 1 & 2 di youtube..
Nantikan ucapan menarik Tun Mahathir pula..!!
Banyak lagi ucapan pemimpin2 UMNo yang berbaur hasutan yang boleh menghasut rakyat membenci serta menolak institusi beraja dalam negara kita pada masa tu..
Nantikan kesemua papar dramatik tersebut..
Buat masa ni tengok ucapan tengku razaliegh dulu ok
Amat-amati ada atau tidak Karpal singh dan kit siang yang korang katakan memusuhi istitusi beraja dan org melayu mengambil kesempatan untuk bangkit bersama2 UMNO menghina Raja2 melayu semasa persidangan Parliment tersebut..??
Lepas tu ko bandingkan dgn ucapan Wan Azizah pulak yang mana satu menghina serta mengaibkan Raja2 melayu..
Dan juga bandingkan adakah setara ucapan Shuhaimi Bin Haji Shafiei, ADUN Sri Muda penghinaannya terhadap sultan selamgor dengan ucapan TUN Mahathir pada persidangan Parliment krisis perlembagaan 1993.
* Gunakanlah akal kurniaan Allah dgn sebaik mungkin dalam membuat sebarang pertimbangan..
Belaku adillah.. kerana islam itu agama yang adil..salam...!!
Hello hafszack,
ReplyDeleteKau post benda sama dalam ruangan berlainan kerana kau ketagihkan attention.
Bagi orang yg berfikiran mcm kau, aku senaraikan jawapan aku.
1. jgn kau nak belit pulak kata karpal singh dan kit siang [dan apa2 lah] begitu berdiam diri semasa Tun M nak pinda undang2 berkaitan sultan. Takkan lah kau sebahalol mcm tu, mereka oportunis yg bijak merancang strategi politik mereka [samalah dgn PAS]. Pokoknya mereka tak akan setuju apa yg di usulkan oleh BN di dalam Dewan, itu saja, dan bukan atas sebab kau api apikan disini.
2. Semasa tahun 1992, isu penyalah gunaan kuasa oleh sultan terlalu ketara khasnya dalam isu yang BOLEH melibatkan jenayah berat dalam kanun kesiksaan atau isu hutang-hutang besar. Kerajaan yg bertanggungjawab meminda agar rakyat rasa selamat dan hutang2 istana terkawal. Tun M menjaga kepentingan kau dan aku dan semua rakyat. Bodoh bahalol kau cuba nak api-apikan hak sultan secara membabi buta. Ceh - karpal singh dan kit siang dan pas tak sokong konon. Kau ingat kau boleh torak dgn sesiapa sajer ker.
3. Tidak timbul isu 'mengambil hak' sultan. Sultan tetap ada hak masing masing. Isu perlantikan SUK bukan hak yg wujud masa zaman Sultan Mansur shah dulu lah bodoh. Ini pentadbiran moden dan perlu ada balance, sultan dan mb kedua dua perlu di berikan role masing masing - tetapi pihak pembangkang mempolitikkan isu SUK sgor. Kerajaan ikut prosedur JPA/SPA dan jika undang2 perlu di ubah dan jika perlembagaan sgor perlu di ubah, maka UBAHLAH!!! Pokoknya apa kerajaan buat telah mengikuti prosedur undang-undang yang terkini.
Janganlah kau nak laungkan kononnya pas dan kuncu kuncu DAP terlalu gila sgt nak bela sultan. UMNO dan BN sebagai parti mejoriti di tahun 1990an berhak buat pindaan untuk menjaga rakyat malaysia, termasuk kau lah bahalol. Jgn kau ingat kau sorang saja boleh putar putar fakta untuk sesuaikan point kau.
>Andika<
Tunggu edaran DVD dan Vcd Krisis Perlembagaan tahun 1993 - Serahkan kpd Rakyat menilai serta mengadilinya..
ReplyDeleteBuat sementara ni ko tengok dulu ucapan Tengku Raliegh hamzah yang bermatian2 mempertahankan maruah raja2 melayu dan istitusi raja berpelembagaan dalam Negara kita.. persoalanya adakah hanya disebabkan segelintir raja2 melayu bermasalah maka seluruh institusi raja harus dihina sedemikan dgn kempen memburuk2kan raja2 melayu berterusan selama lebih sebulan oleh media masa dan tv kerajaan …
Tapi betul juga kata org2 kampung aku kalau UMNO yang buat semua boleh..!!
contohnya masa DYMM Sultan menolak menolak cadangan Tun Dollah Badwi utk melantik Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Trangganu pemuda2 UMNO siap buat demo bantahan terhadap DYMM siap dgn sepanduk yang bertulis " Kami Nak Idris NATANG "
Jangan lupa semua tu..!!
Pemuda UMNO siap buat tempahan sepanduk " Kami nak Idris NATANG " tapi semua kedai advertising kat Kuala Trangganu menolaknya sehinggakan pemuda UMNO ke kedai Cina.. tapi hampa juga sebab cina2 di kuala Trangganu masih ada sifat taat setia dan menghormati DYMM Agung dan mereka tak tergamak menghina sultan yg mereka kasihi.
Akhirnya kerana tidak berjaya menempah sepanduk di kedai2. maka hero2 kampung ini terpaksa membeli kain putih dan mengunakan cat Spray bagi menulis perkataan yang paling jijik sekali ( Kami nak idris NATANG ) terhadap ketua agama dalam Negara kita ( DYMM Agung ).
Ko boleh Tanya semua org trangganu bagai mana rasa terhinanya mereka bila mana sultan mereka dicerca dgn kata2 biadap macam tu..( kalau org bawak sepanduk yg tertera perkataan yg menghina bapak ko mcm binatang apa perasaan ko ).
Ini bukan fitnah dan aku bukan pembawak fitnah.. bukti yang jelas dan nyata terpampang di hadapan mata ko.. tak tahulah aku kalau Allah dah tutup mata hati ko untuk melihat segala kenyataan tersebut..
Tentang Hujah Karpal Singh yang menolak cadangan Tun Mahathir utk mengadap DYMM Agung bagi mengurangkan kuasa raja2 melayu dan DYMM Agung kerana ianya melanggar undang dan bertentangan dgn perlembagaan Negara, ko boleh baca handsad Parliment tersebut..
tapi kalau ko jenis yang malas membaca maka aku cadangkan ko tunggu saja DVD yg akan diedarkan sedikit masa lagi..
Jangan nak tgk DVD tersebut pun ko malas.. maka selamanyalah ko hidup dalam kegelapan..
* Demi Allah dan Rasul aku tidak pernah menyokong raja2 melayu disembah sbb Allah dan rasul melarang manusia menyembah manusia lain.. yg menyembah sesama manusia itu adalah amalan agama hindu..
Apa yg aku kemukakan di atas adalah fakta sebenar krisis perlembagaan negara 1993..
itu sahaja..!!
jgn terlalu emosional.. sbb aku tak de apa2 kepentingan dalam isu ini kerana perjuangan aku bukannya utk menyembah raja2 malayu,
Sembahan ku hanyalah kepada Allah.. sbb aku takut Allah mengharamkan aku masuk ke syurga selama-lamanya hanya semata2 kerana aku menyembah sesama makhluk ( syirik ) ketahuilah oleh mu bahawasanya dosa syirik itu tiada pengampunan dari Allah..
* Sekian daripada Hamba yg tidak pernah terniat sedikit pun utk menyembah sesama makhluk.. Teuku Zacharyah Bin Teuku Nyak Khairy Iskandar
HAFSZACK KAU CAKAP "Demi Allah dan Rasul aku tidak pernah menyokong raja2 melayu disembah sbb Allah dan rasul melarang manusia menyembah manusia lain.. yg menyembah sesama manusia itu adalah amalan agama hindu.. "
ReplyDeleteTUNJUK AKU SIKIT SIAPA SEMBAH RAJA MELAYU MCM SEMBAH TUHAN. JIKA TAK KO MMG SAH TAK LAYAK LAGI TEMBERANG KAT SINI.
hahahaha HAFSZACK kaki pusing pengkhianat bangsa Melayu!!!!!
ReplyDeleteAnak Melayu cinta UMNO
Belajar agama lagi..
ReplyDeleteSyirik terbahagi kepada 2 bahagian..
Ada syirik yang nyata dan ada pula yang tidak..
Tapi kedua2nya perbuatan tersebut dosanya tidak akan diampun kan oleh Allah.. dan tidak akan mencium bau syurga ni bukan cakap aku yg bukan berdarah UMNO tapi ini adalah janji serta amaran Allah..
Untuk mendalami ilmu agama cintai para ulamak dan berkasihlah dgn Kitabullah...
Ingat sejarah nabi musa bila berdepan dgn perangai umatnya...
Terdapat dua golongan umat nabi musa..
gGolongan pertama berkata kpd nabi musa " wahai kecintaan Allah.. sesungguhnya Dhamir ( lubuk hati ) kami hanya tertumpu sepenuhnya pada Allah.. dan kepatuhan serta ketaatan kami hanya kepada mu wahai musa.
Demi Allah wahai musa, kami tetap redha dgn segala syariat yang telah Allah tetapkan ke atas batang tubuh kami selaku umat mu wahai penyelamat bani israel.."
Satu golongan lagi berkata ( golongan ini lebih besar dari golongan yg pertama tadi )
" Wahai musa kami ini bani israel dan kami tetap menerima kamu sebagai rasul Allah dan menerima syariat yg telah ditetapkan oleh Allah dan kami juga akan tetap meneruskan segala adat dan amalan nenek moyang kami.."
korang nak PDF Handsad Parliment-krisis perlembagaan 1993 - Kenyataan President PERKASA datok Paduka Brahim Ali yg maha perkasa tu... Jilit II, Bil 67, 18 January 1993.
ReplyDeleteDalam kenyataan tersebut Brahim Ali menyatakan yang beliau sanggup berperang dgn Raja2 melayu dan keris Taming Sari tetap terhunus di tangannya...
aku tulis sedikit petikan kata2 celupar beliau terhadap DYMM Agung..
" Ampun Tuangku, Keris ditangan ini keris Taming Sari, Kami datang tidak dijemput pergi kami tidak perlu disuruh. Kami datang menuntut janji, janji diikat antara Lemang Lebar Daun dan Sang Purba..Kami bercakap bukan bahasa Tuah setia membuta.."
" Keris di tangan ini Keris Taming Sari, Keris bersepuh besi Kursani, Semangatnya meresap jiwa rakyat menjadi berani. Ingat Tuanku Bila Taming Sari Menuntut Janji, 7 Purnama angin Terhenti, 7 keturunan akan bermimpi."
Kemuncak penderhakaan Brahim Ali yg mengugut DYMM Agung :
" waspadalah tuanku, Jabat menikam dengan Taming Sari,Taming Sari yang berlanggir darah satu warna, Bagaimana pula kalau Taming Sari ku ini menuntut Darah KELAINAN Warna..? Taming Sari ditangan inilah yang akan menentukan segala.."
Hebat Pak Berahim ikut telunjuk Mahatir.. Masa Pak Brahim mengucapkan Taming Sarinya menuntut KELAINAN WARNA ( Darah Raja2 Melayu )..
Mahatir membangunkan dirinya sedikit dan menunjukkan sokongan dan tanda " Good " dengan kedua2 tangannya...
Raja Menangis ini Fakta sebenar jangan korang delete pulak..!!
Itulah dia Pak Braim President PERKASA yang hebat bersandiwara semata2 demi kepentingan Politiknya.. Sifat yang sama seperti Patih Karma Wijaya pada Zaman Melaka dahulu..!!
Patut kena Laungkan " Hidup PERKASA.. Hidup Patih Karma Wijaya..!!!"
korang nak PDF Handsad Parliment-krisis perlembagaan 1993 - Kenyataan President PERKASA datok Paduka Brahim Ali yg maha perkasa tu... Jilit II, Bil 67, 18 January 1993.
ReplyDeleteDalam kenyataan tersebut Brahim Ali menyatakan yang beliau sanggup berperang dgn Raja2 melayu dan keris Taming Sari tetap terhunus di tangannya...
aku tulis sedikit petikan kata2 celupar beliau terhadap DYMM Agung..
" Ampun Tuangku, Keris ditangan ini keris Taming Sari, Kami datang tidak dijemput pergi kami tidak perlu disuruh. Kami datang menuntut janji, janji diikat antara Lemang Lebar Daun dan Sang Purba..Kami bercakap bukan bahasa Tuah setia membuta.."
" Keris di tangan ini Keris Taming Sari, Keris bersepuh besi Kursani, Semangatnya meresap jiwa rakyat menjadi berani. Ingat Tuanku Bila Taming Sari Menuntut Janji, 7 Purnama angin Terhenti, 7 keturunan akan bermimpi."
Kemuncak penderhakaan Brahim Ali yg mengugut DYMM Agung :
" waspadalah tuanku, Jebat menikam dengan Taming Sari,Taming Sari yang berlanggir darah satu warna, Bagaimana pula kalau Taming Sari ku ini menuntut Darah KELAINAN WARNA..? Taming Sari ditangan inilah yang akan menentukan segala.."
Hebat Pak Berahim ikut telunjuk Mahatir.. Masa Pak Brahim mengucapkan Taming Sarinya menuntut KELAINAN WARNA ( Darah Raja2 Melayu )..
Mahatir membangunkan dirinya sedikit dan menunjukkan sokongan dan tanda " Good " dengan kedua2 tangannya...
Raja Menangis ini Fakta sebenar jangan korang delete pulak..!!
Itulah dia Pak Braim President PERKASA yang hebat bersandiwara semata2 demi kepentingan Politiknya.. Sifat yang sama seperti Patih Karma Wijaya pada Zaman Melaka dahulu..!!
Patutnya ahli2 PERKASA yang semuanya belum Mumaiyiz tu kena Laungkan " Hidup PERKASA.. Hidup Patih Karma Wijaya..!!!"
Nak Dengar jugak komen RajaMenangis dalam isu penderhakaan UMNO terhadap Raja2 Melayu dalam krisis perlembagaan 1993..
Apakah UMNO tidak durhaka ketika itu.. atau pun mungkin bagi Raja Menangis Darjat UMNO lebih tinggi dari Raja2 Melayu maka UMNO tidak dikira Durhaka..??
Atau pun UMNO lebih berdaulat dari Raja2 Melayu.. dan sesiapa yg menetang UMNO dikira Durhaka termasuklah Raja2 melayu itu sendiri...
* Aku tiada searang kepentingan Politik.. aku menyatakan yang haq..
Aku dilahir dari rahim ibuku bukan untuk menghina sunah Rasulullah, mempersenda2kan Hukum Allah serta melakukan Syirik terhadap Allah ( Menyembah sesama Makhluk )..