ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, January 3, 2011

Artifak di Muzium Negara

Muka hadapan :Sultan Alauuddin dalam tulisan jawi.
Muka belakang :Khalifah Mumnin dalam tulisan jawi.
Artifak ini telah diisytihar sebagai Objek Warisan Ketara
di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.












Tepak sirih milik Almarhum Sultan Abdul Samad (1859 – 1880), Selangor. Diperbuat daripada perak bersalut emas.
Permukaan diukir timbul bunga ketumbit dan rama-rama serta lambang kerajaan negeri daripada emas.
Mengandungi lima cembul dan kacip bersadur emas. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.


Loceng gangsa yang ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor ini dipercayai digunakan sebagai lambang kuasa dan status pemiliknya.
Rekabentuk dan corak yang terdapat pada loceng gangsa ini
mempunyai persamaan dengan Gendang Dong Son yang
berasal dari Dong Son, Vietnam.
Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.









Arca Buddha Duduk yang diperbuat daripada tanah liat ini
dijumpai di Pengkalan Bujang, Selatan Kedah.
Dipercayai berasal dari abad 11 hingga 12 Masihi.
Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.










Celepa emas bersepuh milik asal keluarga diraja Terengganu. Buatan tukang Melayu yang sangat halus. Dibentuk bersegi 10 dengan berjenis ukiran daun sulur dan bijirin emas. Di tengahnya diukir bentuk sekuntum bunga bertatah sebutir permata delima merah dan dipagari dengan permata kaca berwarna merah. Sekitar abad ke-18. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Sumber : www.muziumnegara.gov.my

1 comment:

  1. di mana saya boleh dapatkan designer asal artifak2 di atas ?

    ReplyDelete