ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, January 2, 2011

DAKWA MEREKA YANG MENGHASUT TERHADAP RAJA

RAJAMENANGIS ingin melihat polis menyiasat apakah benar dakwaan oleh sebuah laman web yang mengatakan bahawa:

PETIKAN DARIPADA THE UNSPINNERS

Dakwa Shuhaimi bawah Akta Hasutan

Shuhaimi Bin Haji Shafiei, ADUN Sri Muda telah mengugut DYYM Sultan Selangor ekoran perlantikan Dato Khusrin oleh Tuanku. Kononnya memberi pandangan mengenai Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tetapi kesimpulannya sungguh biadap. Baca berikut:

"Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor"

Shuhaimi Bin Haji Shafiei
ADUN Sri Muda
30hb Disember 2010


SEKIRANYA didapati benar bahawa YB Shuhaimi B Hj Shafiei ada berkata sedemikian, maka ia amatlah di kesali kerana pasti Kebawah DYMM Sultan Selangor telah terguris hati dan duka diatas tomahan kasar sedemikian rupanya oleh seorang rakyat baginda jua. Ia juga boleh berbaur hasutan dan perlu disiasat segera oleh pihak berkuasa, selain daripada bersifat tidak beradab terhadap seorang Sultan.

4 comments:

  1. Persidangan Dewan Undangan Negeri selangor memerlukan 2/3 undi bagi mengembalikan kuasa sultan selangor seperti sebelum tahun 1993ketika krisis perlembagaan yang dicetuskan oleh TUn Mahathir.


    Pas, PKR dan DAP akan mengundi utk menyokong pindaan tersebut..

    Tinggal lagi kena tgk pemimpin2 UMNO sokong atau tak bagi mencukupkan majoriti 2/3..
    Cuma mungkin Shuhaimi Bin Haji Shafiei, ADUN Sri Muda yg akan menolaknya..

    Kalau benarlah perjuangan UMNo ingin mendaulatkan raja2 melayu serta mempertahankan institusi beraja sudah tentu mereka akan menyokong 100% kepada pindaan tersebut...

    Tetapi kalau pemimpin UMNO tidak smenyokongnya maka terserlah sudah segala pembohongan UMNO untuk mempertahankan Raja2 melayu sebab selama ini UMNO lah yang merosak, mengaib serta mencemar Raja2 melayu semasa krisis perlembagaan tahun 1993..

    Aku ada PDF Handsad Penyata Rasmi Parlimen 1993 ( Krisis Perlembagaab ) Ucapan lebih 4 jam Tun Mahathir mengaibkan Raja2 melayu bagi meminda perlembagaan demi menghapuskan kuasa raja2 dan mengurangkan kuasa Yang Dipertuan Agung..

    Dalam ucapan tersebut Tun Mahathir telah memujuk MP Gelugor ( Karpal Singh ) dan Ipoh Timur ( Lim Kitt siang ) agar segera mengadap Agung bagi memperkenankan Pindaan tersebut..kerana pada masa tu UMNO 100% menyokong Pindaan tersebut.

    Tapi Karpal Singh tak berani mengadap Agung sbb dia tahu ianya melanggar Undang2 sbb Karpal Singh ini peguam tersohor dan tahun pasal Undang2 serta mahir tentang perlembagaan negara..

    Fadhil Noor dan Haji Hadi pada masa tu dgn tegas menolak cadangan tersebut kerana Bagi PAS raja2 melayu adalah ketua agama islam, kalau dikurangkan kuasa Raja2 maka akan layulah islam dalam negara kita,

    Sepuluh tahun selepas tu segala sangkaan PAS tersebut menjadi kenyataan dan terbukti bila Tun Mahthir telah menyekat bantuan perkapita kpd Sekolah agama rakyat( SAR ), sultan langsung tiada sebarang kuasa bagi mempertahankan sekolah Agama Rakyat..

    Juga makamah syariah semakin lemah bila mana makamah sivil pula menjadi bertambah perkasa dan sultan hanya mampu melihatnya dgn sayu kerana tiada sebarang kuasa yang mampu bagi banginda mendaulatkan makamah syariah..

    Sehinggakan untuk mengistiharkan Puasa dan hari raya semuanya dilakukan oleh JPM dgn hanya dilakonkan oleh penyimpan mohor2 besar raja sebagai wayang kulit kepada Raja2 melayu..

    Justeru itu ayuh bangkit wahai Paja menangis, PERKASA dan juga para pejuang raja2 melayu.. tiada guna kali kalian hanya bertempik sorak tapi bila UMNO menentang Pindaan tersebut anda2 semuanya menbisu macam tikus.. usah jadi munafik..!!

    Pembangkang akan mengembalikan semua kuasa raja2 melayu di semua negeri yang dikuasainya.. apa ditunggu lagi.. ketepikan segala kepentingan politik dan ideolagi lapuk kamu semua..!! jika benar kamu semuanya mendaulatkan raja2 melayu selama ni..

    * Kalau tidak menyokong segala pindaan tersebut baik ditutup saja Blog Raja Menagis ni..

    ReplyDelete
  2. Awas Raja Menangis...!!

    VCd dan DVD penghinaan Tun Mahathir bersama2 para pemimpin UMNO semasa persidangan Parlimen ke lapan- krisis Perlembagaan 1993 sedang beredar dalam pasaran sekarang ni..

    Sebahagiannya telah diupload ke youtube oleh seorang hamba Allah yang benar2 perihatin terhadap kebiadaban UMNO menghina serta mengaibkan raja2 melayu semasa krisis perlembagaan 1993.

    Sila taip Tengku Razaligh hamzam-krisis perlembagaan 1 & 2 di youtube..

    Nantikan ucapan menarik Tun Mahathir pula..!!

    Banyak lagi ucapan pemimpin2 UMNo yang berbaur hasutan yang boleh menghasut rakyat membenci serta menolak institusi beraja dalam negara kita pada masa tu..

    Nantikan kesemua papar dramatik tersebut..

    Buat masa ni tengok ucapan tengku razaliegh dulu ok

    Amat-amati ada atau tidak Karpal singh dan kit siang yang korang katakan memusuhi istitusi beraja dan org melayu mengambil kesempatan untuk bangkit bersama2 UMNO menghina Raja2 melayu semasa persidangan Parliment tersebut..??

    Lepas tu ko bandingkan dgn ucapan Wan Azizah pulak yang mana satu menghina serta mengaibkan Raja2 melayu..

    Dan juga bandingkan adakah setara ucapan Shuhaimi Bin Haji Shafiei, ADUN Sri Muda penghinaannya terhadap sultan selamgor dengan ucapan TUN Mahathir pada persidangan Parliment krisis perlembagaan 1993.

    * Gunakanlah akal kurniaan Allah dgn sebaik mungkin dalam membuat sebarang pertimbangan..

    Belaku adillah.. kerana islam itu agama yang adil..salam...!!

    ReplyDelete
  3. Hello hafszack,
    Kau post benda sama dalam ruangan berlainan kerana kau ketagihkan attention.

    Bagi orang yg berfikiran mcm kau, aku senaraikan jawapan aku.


    1. jgn kau nak belit pulak kata karpal singh dan kit siang [dan apa2 lah] begitu berdiam diri semasa Tun M nak pinda undang2 berkaitan sultan. Takkan lah kau sebahalol mcm tu, mereka oportunis yg bijak merancang strategi politik mereka [samalah dgn PAS]. Pokoknya mereka tak akan setuju apa yg di usulkan oleh BN di dalam Dewan, itu saja, dan bukan atas sebab kau api apikan disini.

    2. Semasa tahun 1992, isu penyalah gunaan kuasa oleh sultan terlalu ketara khasnya dalam isu yang BOLEH melibatkan jenayah berat dalam kanun kesiksaan atau isu hutang-hutang besar. Kerajaan yg bertanggungjawab meminda agar rakyat rasa selamat dan hutang2 istana terkawal. Tun M menjaga kepentingan kau dan aku dan semua rakyat. Bodoh bahalol kau cuba nak api-apikan hak sultan secara membabi buta. Ceh - karpal singh dan kit siang dan pas tak sokong konon. Kau ingat kau boleh torak dgn sesiapa sajer ker.

    3. Tidak timbul isu 'mengambil hak' sultan. Sultan tetap ada hak masing masing. Isu perlantikan SUK bukan hak yg wujud masa zaman Sultan Mansur shah dulu lah bodoh. Ini pentadbiran moden dan perlu ada balance, sultan dan mb kedua dua perlu di berikan role masing masing - tetapi pihak pembangkang mempolitikkan isu SUK sgor. Kerajaan ikut prosedur JPA/SPA dan jika undang2 perlu di ubah dan jika perlembagaan sgor perlu di ubah, maka UBAHLAH!!! Pokoknya apa kerajaan buat telah mengikuti prosedur undang-undang yang terkini.

    Janganlah kau nak laungkan kononnya pas dan kuncu kuncu DAP terlalu gila sgt nak bela sultan. UMNO dan BN sebagai parti mejoriti di tahun 1990an berhak buat pindaan untuk menjaga rakyat malaysia, termasuk kau lah bahalol. Jgn kau ingat kau sorang saja boleh putar putar fakta untuk sesuaikan point kau.


    >Andika<

    ReplyDelete
  4. Tunggu edaran DVD dan Vcd Krisis Perlembagaan tahun 1993 - Serahkan kpd Rakyat menilai serta mengadilinya..

    Buat sementara ni ko tengok dulu ucapan Tengku Raliegh hamzah yang bermatian2 mempertahankan maruah raja2 melayu dan istitusi raja berpelembagaan dalam Negara kita.. persoalanya adakah hanya disebabkan segelintir raja2 melayu bermasalah maka seluruh institusi raja harus dihina sedemikan dgn kempen memburuk2kan raja2 melayu berterusan selama lebih sebulan oleh media masa dan tv kerajaan …

    Tapi betul juga kata org2 kampung aku kalau UMNO yang buat semua boleh..!!
    contohnya masa DYMM Sultan menolak menolak cadangan Tun Dollah Badwi utk melantik Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Trangganu pemuda2 UMNO siap buat demo bantahan terhadap DYMM siap dgn sepanduk yang bertulis " Kami Nak Idris NATANG "

    Jangan lupa semua tu..!!

    Pemuda UMNO siap buat tempahan sepanduk " Kami nak Idris NATANG " tapi semua kedai advertising kat Kuala Trangganu menolaknya sehinggakan pemuda UMNO ke kedai Cina.. tapi hampa juga sebab cina2 di kuala Trangganu masih ada sifat taat setia dan menghormati DYMM Agung dan mereka tak tergamak menghina sultan yg mereka kasihi.

    Akhirnya kerana tidak berjaya menempah sepanduk di kedai2. maka hero2 kampung ini terpaksa membeli kain putih dan mengunakan cat Spray bagi menulis perkataan yang paling jijik sekali ( Kami nak idris NATANG ) terhadap ketua agama dalam Negara kita ( DYMM Agung ).

    Ko boleh Tanya semua org trangganu bagai mana rasa terhinanya mereka bila mana sultan mereka dicerca dgn kata2 biadap macam tu..( kalau org bawak sepanduk yg tertera perkataan yg menghina bapak ko mcm binatang apa perasaan ko ).

    Ini bukan fitnah dan aku bukan pembawak fitnah.. bukti yang jelas dan nyata terpampang di hadapan mata ko.. tak tahulah aku kalau Allah dah tutup mata hati ko untuk melihat segala kenyataan tersebut..

    Tentang Hujah Karpal Singh yang menolak cadangan Tun Mahathir utk mengadap DYMM Agung bagi mengurangkan kuasa raja2 melayu dan DYMM Agung kerana ianya melanggar undang dan bertentangan dgn perlembagaan Negara, ko boleh baca handsad Parliment tersebut..

    tapi kalau ko jenis yang malas membaca maka aku cadangkan ko tunggu saja DVD yg akan diedarkan sedikit masa lagi..
    Jangan nak tgk DVD tersebut pun ko malas.. maka selamanyalah ko hidup dalam kegelapan..

    * Demi Allah dan Rasul aku tidak pernah menyokong raja2 melayu disembah sbb Allah dan rasul melarang manusia menyembah manusia lain.. yg menyembah sesama manusia itu adalah amalan agama hindu..

    Apa yg aku kemukakan di atas adalah fakta sebenar krisis perlembagaan negara 1993..
    itu sahaja..!!

    jgn terlalu emosional.. sbb aku tak de apa2 kepentingan dalam isu ini kerana perjuangan aku bukannya utk menyembah raja2 malayu,

    Sembahan ku hanyalah kepada Allah.. sbb aku takut Allah mengharamkan aku masuk ke syurga selama-lamanya hanya semata2 kerana aku menyembah sesama makhluk ( syirik ) ketahuilah oleh mu bahawasanya dosa syirik itu tiada pengampunan dari Allah..

    * Sekian daripada Hamba yg tidak pernah terniat sedikit pun utk menyembah sesama makhluk.. Teuku Zacharyah Bin Teuku Nyak Khairy Iskandar

    ReplyDelete