Wednesday, June 24, 2009
Chin Peng mahu lawan Melayu?
MEMPERLEKEH PERJUANGAN [MELAYU] UMNO
Oleh Tun Mahathir Mohamad
Jun 4, 2009
1. Terdapat usaha berterusan untuk memperlekeh perjuangan UMNO dan orang Melayu untuk kemerdekaan.
2. Kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya. Chin Peng lah yang cuba membebaskan Malaya daripada penjajah British sebelum mana-mana orang Melayu mencuba melakukannya.
3. Perjuangan UMNO adalah kemudian dari itu.
4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.
5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang.
6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.
7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.
8. Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya.
9. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO.
10. Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan.
11. Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan.
12. Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga.
Ihsan/petikan hakmilik 2009 (c) Oleh Tun Mahathir Mohamad -'MEMPERLEKEH PERJUANGAN UMNO'
Mari kita telusuri apa yg UMNO dah buat selama 52 thn merdeka..
ReplyDeleteBagai mana kita mendapat kemerdekaan secara percuma dari pada england..?
Bukankah Allah telah berfirman " Bahawa sesungguhnya Yahudi dan Nasara tidak akan tunduk ke pada kamu melainkan kamu mengikut segala telunjuk mereka "
jadi ko ingat senang2 ke British nak bagi kemerdekaan kat tunku A Bedol Rahman kalau tidak si Bedol tu yg terpaksa mengikut segala telunjuk mereka.. maka si Bedol pun setujulah dgn segala perundangan British yang dibuat oleh Load Reid dan mulai hari itu setiap bangsa melayu yg beragama islam pun terpaksa menerima perundangan kaffir ke atas batang tubuh mereka..
Tun Razak melaksanakan DEB utk bantu bumiputera dgn jaminan 30 % ekuiti ( majoriti bangsa melayu di M`sia ketika itu 70 % ) - cukup pintar pemimpin UMNO dalam mathematik.. haha... !!!
Sepanjang DEB berlangsung telah berlaku pencabulan demi pencabulan dpd para pemimpinUMNO yg silih berganti sudahnya hingga skrg ni ekuiti bumiputera cuma 19%. Mana pergi lagi 11 %.. knp UMNO tak mampu nak berusaha supaya capai 30%..? sebenarnya dah capai pun 30% tu cuma yg 11% tu dah lari ke dlm tembolok para pemimpin UMNO. sbb tu kalau UMNO cuba nak tambah % dlm DEB maka MCA dan MIC akan pertikaikan.
Dulu aku ingat kalau Anwar Ibrahim bagi ekuiti sama rata maka kat semenanjung ni melayu, cina dan india akan dapat 33.33% ( 100% / 3 )..
Wah lebih tinggi dari 30% atau 19% yg kita dapat selama ni..satu lagi bukti nya yg UMNO ni lemah Mathematik tak tahu membezaan yang mana lebih banyak di antara 19%, 30% dgn 33.33%. kalau dah bodoh macam ni nak panggil apa yerr..
Tapi bila aku memendalam serta membuat kajian tentang dasar yg akan menggantikan DEB dgn dlm Pakatan Rakyat baru aku tahu yg hak sama rata itu bermaksud mengikut pembahagian komposisi kaum dlm negara kita ini bermakna kalau melayu sekitar 55% maka ekuitinya haruslah 55%. " itu barulah sama rata sama rasa, dulu jalan raya pun tak rata sbb semuanya UMNO yang rasa " ujar Lim Kit Siang.