Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu
beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau
dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar.
Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar
berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau
adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan
seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung
Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.
Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan
diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang
yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.
Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.
Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman
pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.
Petikan drp (c) http://alam-melayu.blogspot.
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih mempaparkan artikel ini.
Sangat berkesan untuk menaikkan 'jatidiri Melayu' apabila mengetahui lebih dekat pahlawan-pahlawan Melayu.
Salam kembali Peacebuy,
ReplyDeleteSama-sama kita hargai jasa pahlawan-pahlawan dulu. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.
Bukankah Allah telah berfirman " Bahawa sesungguhnya Yahudi dan Nasara tidak akan tunduk ke pada kamu melainkan kamu mengikut segala telunjuk mereka "
ReplyDeletejadi ko ingat senang2 ke British nak bagi kemerdekaan kat tunku A Bedol Rahman kalau tidak si Bedol tu yg terpaksa mengikut segala telunjuk mereka.. maka si Bedol pun setujulah dgn segala perundangan British yang dibuat oleh Load Reid dan mulai hari itu setiap bangsa melayu yg beragama islam pun terpaksa menerima perundangan kaffir ke atas batang tubuh mereka..
Apakah Mat Kilau, Dato` Bahaman serta ramai pejuang melayu yang lainnya setuju dgn cara tunku A Bedol Rahman tu.. mereka yang berjuang hingga ke titisan darah yg terakhir bagi mempertahankan Agama Allah kat tanah air ni tetiba jer tunku A Bedol rahman boleh melatakkan Undang2 Kaffir sebagai perlembangaan negara.. tantang inggeris tapi terima pakai perlembagaan ingeris.. huhu.. Bodoh.. Bodoh..