Di dalam buku Sejarah Melayu susunan Tun Seri Lanang, Hang Tuah dikatakan menentang Hang Kasturi tetapi di dalam Hikayat Hang Tuah, dia dikatakan berlawan dengan Hang Jebat. Jadi, mana satukah yang benar?
Rujuk (1):
Hang Jebat adalah sahabat paling akrab dengan Hang Tuah. Setelah Hang Tuah dihukum bunuh oleh Sultan Mansur Shah (tetapi kemudian disembunyikan oleh Bendahara Tun Perak), baginda menyerahkan Keris Taming Sari (yang pernah menjadi milik Hang Tuah) kepada Hang Jebat.
Kesimpulan:
Di sini jelas menunjukkan bahawa Hang Jebat adalah pahlawan 'ke-2' setelah Hang Tuah dan atas sebab itu, adalah logik beliau dihadiahkan dengan Keris Taming Sari. Berdasarkan alasan ini, maka Hang Tuah telah membunuh Hang Jebat, bukan Hang Kasturi.Ini adalah kerana keris tersebut telah dinyatakan ketika pergaduhan di antara Hang Tuah dan Hang Jebat yang mengambil masa selama beberapa hari.
Rujuk (2):
Siapakah yang telah melarikan Tun Teja, anak perempuan Bendahara Pahang? Berlandaskan Hikayat Hang Tuah, dialah yang bertanggungjawab tetapi kenapa di dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Nadim?
Kesimpulan:
Menurut buku 'Sejarah Pahang' karya Haji Buyong Adil (Dewan Bahasa Pustaka, 1984), Hang Nadimlah yang melarikan Tun Teja kerana ketika itu (tahun 1494), Hang Tuah sudah tua benar. Kenyataan ini dikuatkan lagi kerana pada waktu itu juga, Sultan Mahmud Shah telah menitahkan Laksamana Khoja Hasan (menantu Hang Tuah) mengetuai rombongan ke Pahang untuk bertemu Sultan Ahmad Shah.
Ramai sejarawan berpendapat, adalah lebih munasabah (dari segi sejarah) merujuk kepada Sejarah Melayu daripada Hikayat Hang Tuah.
0 comments:
Post a Comment