Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, December 31, 2009

Nama 'Allah' boleh digunakan oleh Herald Catholic Weekly


Nama 'Allah' boleh digunakan oleh Herald Catholic Weekly - Mahkamah

BERITA TERBARU - KUALA LUMPUR 31 Disember 2009: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.

Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Pakiam yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, pertama dan kedua.

Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan 'Allah' dalam Herald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja.


SUMBER (c) 2009 Berita HARIAN

SALAM 2010

KUMPULAN RAJAMENANGIS mengucapkan SALAM TAHUN BARU 2010 (15 Muharam 1431H) buat semua pengunjung. Semoga kalian dalam suasana sejahtera sentiasa. Sama-samalah kita menghadapi tahun akan datang dengan penuh semangat cintakan negara. Tanamkan azam menjadi warga yang bersiasah mulia. Mulalah mengorak langkah di tahun baru dengan rasa kesyukuran dan hargailah setiap pengalaman pahit atau manis sepanjang tahun lalu. Jadikan iktibar dalam menempuh suasana yang mungkin lebih mencabar tahun ini.

Komplot sorok di Langkawi, KPI apa ini?


GULA GHAIB DI LANGKAWI

Heboh sekarang, gula berkurangan di Langkawi. Fenomena ini sering melanda ketika menjelang musim perayaan tetapi nampaknya kali ini, ia berlaku 'tidak semena-mena'.

Mungkinkah ada kaitan dengan kegiatan penyeludupan kerana di sebelah sempadan utara, harganya lebih tinggi? Ataukah taktik cartel pengeluar gula yang ingin menaikkan harga di pasaran tempatan? Pengguna terutama mereka yang menjalankan perniagaan kuih-muih, kek dan manisan lain pastilah berasa tertekan dengan keadaan ini.

Walau apapun sebabnya, kami berharap pihak Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan seberapa segera supaya rakyat terhindar dari kemelut yang mencengkam. Jangan nanti ada yang "tersenyum tawar" ...

Wednesday, December 30, 2009

Perubatan Islam turun temurun (Pemisahan saka )

KITA BERIHAT SEKETIKA...

(Maaf audio kurang memuaskan)

Monday, December 28, 2009

NEGARA MANA MASIH BERAJA ??

Pemerintahan Beraja Yang Masih Wujud:
Afrika
– Lesotho, Morocco, Swaziland

Asia
– Bahrain, Bhutan, Brunei, Cambodia, Jepun, Jordan, Kuwait, Malaysia, Nepal, Oman, Qatar, Saudi Arabia, Thailand, Tonga, United Arab Emirates

Negara Commonwealth (bekas jajahan Britain, Queen sebagai 'lambang')
– Antigua & Barbuda, Australia, Bahamas, Barbados, Belize, Canada, Grenada, Jamaica, New Zealand, Papua New Guinea, St. Kitts & Nevis, St. Lucia, St. Vincent & the Grenadines, Solomon Islands, Tuvalu, United Kingdom

Eropah
– Andorra, Belgium, Denmark, Liechtenstein, Luxembourg, Monaco, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Vatican City.


Ada beberapa jenis pemerintahan beraja:
(1) Absolute monarchy (pemerintahan beraja mutlak)
(2) Constitutional Monarchy (sebagai perlambangan/ketua negara yang dilantik; mempunyai kuasa terhad)
(3) Succession (sistem beraja mengikut keturunan)
(4) Hereditary Monarchy (sistem beraja yang dipusakai daripada ayahanda kepada anakanda)
(5) Elective Monarchy (sistem beraja yang dipilih secara elektif)

MENJEJAK ADAT ISTIADAT

Adat istiadat dalam masyarakat Melayu bermula sejak seseorang itu lahir ke dunia. Sejak ibu mengandung hingga kanak-kanak yang dilahirkan itu membesar, berbagai adat istiadat dilakukan oleh orang Melayu. Antaranya ialah adat melenggang perut sewaktu ibu mengandung, mencecah garam, menjejak kaki ke bumi, menindik telinga dan beberapa acara perkahwinan dan kematian.

Antaranya adat melenggang perut diamalkan dikalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan yang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib.

Di samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibunya. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat.
Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya.

Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma. Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa. Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak.

Penggunaan sirih pinang, beras kunyit dan berinai juga merupakan pengaruh Hindu. Walaupun unsur-unsur budaya lama seperti meminang, berinai, bersanding masih dikekalkan namun upacara itu banyak disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam kerana tidak bertentangan engan lunas Islam. Pernikahan yang dijalankan itu misalnya, hukum dilangsungkan mengikut syarak. Sebagaimana yang ditetapkan pengantin lelaki mesti melafazkan penerimaan nikah daripada wali atau kadi dengan disaksikan oleh 2 orang saksi.

Bagi melengkapkan upacara perkahwinan itu, diadakan kenduri-kendara sesuai dengan suruhan Nabi. Akhir sekali apabila seseorang yang meninggal, anak-anaknya akan mengadakan kenduri untuknya mengira hari iaitu seperti 7 hari, 40 hari dan 100 hari. Unsur-unsur ini telah kurang diamalkan kerana peraturan Islam kini lebih dominan tetapi masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat orang Melayu sekarang.

Sumber: PKPMS Research Dept.

Sunday, December 27, 2009

PEMBURU HANTU JADI HANTU?




Pemburu hantu mengaku khalwat

PETALING JAYA - Hos dan pelakon rancangan mistik, Expose Mistik serta Pemburu Hantu, Hairi Shahrizal Mustafa yang melarikan diri dengan berbalut kain langsir ke rumah jiran bagi mengelak ditangkap pegawai agama mengaku bersalah berkhalwat dengan tunangnya, Ziffa Zubir, penolong penerbit rancangan itu.

Hairi, 25, dan Ziffa, 28, masing-masing mengaku bersalah berkhalwat di kediaman Ziffa No. xxxxx ....... Bandar Sri Damansara, di sini antara jam 1.30 pagi hingga 2.07 pagi, 30 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1) a (lelaki) dan b (wanita) Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM3,000, jika sabit kesalahan.



Sumber: SinarHarian
www.sinarharian.com.my


Friday, December 25, 2009

Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9, ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan janganlah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

Tuesday, December 22, 2009

ALQURAN YANG PALING CANGGIH ONLINE



Terdapat beberapa Alquran dalam Internet yang baik.
Ini adalah salah satu teknologi yang terkini dan canggih. Selamat memanfaatkan!

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

AKAR UMBI BUDI MELAYU DI TANAH TUMPAH DARAH



Tun Tan Siew Sin
, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.

“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.”

Terjemahannya (Translation) :
Dalam ucapannya bertajuk “Menjawab Kritikan Mengenai keistimewaan Orang Melayu”, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata;

Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang Negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekaligus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.

Sunday, December 20, 2009

BAHASA MELAYU DI UNITED NATION MANA?


Bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu



Organisasi PBB perlu mempunyai cara yang berkesan untuk mengatasi hambatan bahasa dalam komunikasi antara negara. Oleh karena hampir setiap negara di dunia ada wakil di Pertubuhan Bangsa-Bangsa, boleh dikatakan bahawa PBB adalah mikrokosmos daripada dunia ini.

Pertubuhan menggunakan enam bahasa rasmi dunia dalam hal hal rasmi - Arab, China, Inggeris, Perancis, Rusia dan Sepanyol; Sekretariat bekerja menggunakan dua bahasa, Inggeris dan Perancis.

Kenyataan yang dibuat dalam bahasa rasmi di sebuah pertemuan rasmi diterjemah secara serentak ke dalam bahasa rasmi lain dari badan yang bersangkutan oleh juru bahasa PBB. Jika seorang delegasi ingin bercakap dalam bahasa yang bukan bahasa rasmi PBB, dia harus diberi juru bahasa untuk menterjemah pernyataan itu atau menterjemahkannya ke dalam salah satu bahasa rasmi PBB. Hal ini kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain dengan sistem relay.

Didalam sidang Badan Keselamatan PBB hanya bahasa Inggeris dan Perancis diguna pakai sebagai bahasa rasminya.

Dokumen yang dihasilkan dalam enam bahasa rasmi dan dikeluarkan secara serentak.


(C) 2009 oleh Rajamenangis

UCAPAN TUN MAHATHIR - BAHASA INGGERIS SUKAR DI TEPIKAN


Ucapan Tun Dr Mahathir di Konferen OIC ke 17 "Islamic World Academy of Sciences (IAS)" bertajuk Leadership and Policy Components for the Knowledge Society.


(Bernama) - "Malaysians have an extremely important role of mastering English to acquire knowledge at a faster pace to ensure there is no 're-colonisation' of the country, said Tun Dr Mahathir Mohamad. Without a good command of English, the people would not acquire knowledge quickly."

"English is the language of the Knowledge Age. Countries which do not master English will not only be left behind but risk being colonised, either directly or indirectly. Without knowledge, countries will be oppressed... Only by mastering English, could the people in this country acquire knowledge at a faster pace so as not to be left behind by development. The people would not lose their identity by seeking knowledge in English. English is not only for English people but (it is) a universal language. I am not an Englishman but I speak English. I don't think the government understands the importance of English as a language of knowledge when they decided to switch from English to Malay (in teaching Science and Mathematics)."





Sumber (C) 2009 Bernama

Saturday, December 19, 2009

AGENDA PAKATAN DAN DAP AMBIL ALIH TANAH MELAYU-SABAH DAN SARAWAK


Kajian oleh Boon Kia Meng
Pegawai Penyelidik Kanan DAP
(Maaf dalam Bahasa Inggeris)

BREAKING NEWS : Working towards a regime change — Boon Kia Meng

DEC 19 2009 — As Malaysians look towards the future and faces the question of what it would mean to be a Malaysian in the 21st century, our nation needs more than what we have experienced thus far in the last 52 years, in the areas of governance, the economy, social welfare and our cultural lives.

What Malaysia needs is a regime change.

A common and truly participatory Malaysian democratic project of regime change will save us from the dangerous old politics of racism, discrimination, corruption and oppressive rule experienced over the last 52 years. The Pakatan Rakyat, responding to the rakyat’s indomitable democratic spirit and hunger for true and fundamental change, accepts the unique opportunity and mandate given by the Rakyat on March 8, 2008, to re-imagine and chart a new and decisive course in Malaysia’s history.

To this end, the three member parties, in a spirit of mutual respect and common deliberation, taking full account of our respective political beliefs and values, have sought to transcend these differences in authoring this common document called the Dasar Pakatan Rakyat. We believe that the higher and more fundamental values for all Malaysians, Justice, Dignity and Mutual Respect, should be the basis for our citizenship, identity and our common good.

We have resolved in our Dasar Pakatan Rakyat to:

  • Put a clear and decisive end to the politics of racism and discrimination in all government policies and legislation.
  • Restore the Supremacy of the Federal Constitution and the Rule of Law, where there will be greater democratisation in all public institutions, organs of government, the courts and other law enforcement agencies.
  • Develop a truly People’s Economy, as opposed to an economy that has benefitted cronies and those with vested interests, where corruption and wasteful public spending will be vigorously combated. We will instill greater transparency and accountability in government and the public sector.
  • Restore meaning to Federalism where States’ rights are defended and economic wealth will be shared on a fair and equitable basis, including tax revenues and oil royalties.
  • Abolish the ISA and all oppressive and draconian laws that infringe every Malaysians’ fundamental liberties and human rights.
  • Arrest the years of under-investment and bad planning in our education, transport and health-care systems, where greater resources will be mustered and better managed for their revitalisation and the well-being of all Malaysians.
  • Develop a social protection agenda to ensure all marginalized and vulnerable groups are protected and their welfare safe-guarded.
  • Enhance greater democratic and cultural space for the flourishing of a vibrant multiculturalism and also for the arts and literature.

We are confident that all Malaysians will find these policies and much more in our Dasar Pakatan Rakyat, being a part of our sacred pact with the Rakyat, our sincere commitment to effect real and substantive changes to the daily lives of every single Malaysian citizen.
The writer was part of the drafting committee for the common policy platform.



(C) 2009 - Boon Kia Meng, DAP National Headquarters Research Officer

RAKYAT BERKUMPUL DI HOTEL STATION

Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gent merupakan Gabernor yang pertama. Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union adalah sangat kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. Malah pada majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor yang pertama majlis tersebut telah dipulau oleh sultan-sultan Melayu.

Ia adalah kesan daripada tindakan orang-orang Melayu yang telah berhimpun di luar rumah tumpangan yang didiami oleh sultan-sultan Melayu yang ingin menghadiri ucapara perlantikan tersebut. Ketika itu Orang-orang melayu telah bertindak berkabung dengan cara melilit kain putih pada songkok. Orang-orang Melayu yang berkumpul itu telah menghantar wakil mereka iaitu Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan sultan-sultan agar turut memulaukan upacara tersebut.

Melihatkan sokongan rakyat yang begitu kuat mempertahankan tahta mereka, telah menyedarkan sekalian baginda sultan untuk turut berjuang bersama-sama rakyat jelata untuk menggagalkan Malayan Union. Akhirnya,Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948 selepas itu untuk mengantikan Malayan Union yang telah gagal itu pihak British terpaksa menurut kehendak masyarakat Melayu yang bertindak melalui UMNO untuk mengwujudkan Persekutuan Tanah Melayu.

Penggantian konsep Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu dengan skim Malayan Union yang tidak popular dicapai, melalui perundingan antara pihak British, sultan-sultan Melayu dan UMNO.
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu kemenangan untuk orang-orang Melayu tetapi disambut dengan kecewa oleh beberapa golongan-golongan di dalam etnik yang lain. Bagaimana pun, mereka yang menentang cadangan Persekutuan tidak mempunyai sokongan di Tanah Melayu sendiri. Serta lobi Parlimen dan penyokong-penyokong di London yang telah membantu dalam pembatalan skim Malayan Union.

Orang-orang Cina yang berada di Tanah Melayu berasa dikhianati kerana mereka tahu jumlah orang Cina yang terkorban lebih besar berbanding orang Melayu, sepanjang peperangan dengan Jepun. Sesetengah daripada orang Cina yang tidak puas hati kini melihat Parti Komunis Malaya sebagai harapan yang tunggal untuk mencapai sebuah kemerdekaan. Ini didasari oleh pendapat pihak British telah meminggirkan masyarakat cina Tanah Melayu.

Thursday, December 17, 2009

Video panas ketuanan Melayu




RAJAMENANGIS tidak dapat bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Badan Bertindak Penyatuan Ummah (Sdr Ahmad Mahyuddin Abdul Manaf, lihat video hingga penghujung) bahawa warga kaum Cina dan India di Malaysia adalah "warganegara Kelas Dua". Kenyataan itu adalah salah dan tidak betul di sisi undang-undang. Namun dari aspek kesejarahan ketamadunan besar Melayu di Tanah Melayu dan Sultan sebagai ketua Islam dan dengan itu, ketua agama suci orang-orang Melayu di Tanah Melayu adalah benar belaka.

[Ed - selepas disemak kembali, didapati dalam video tersebut Sdr Ahmad Mahyuddin merujuk frasa 'warganegara kelas dua' itu semasa dia mengesahkan asalnya tanah air ini adalah Tanah Melayu sifatnya dan bertitik tolak daripada sejarah silam itu, dan ketika era itu, kaum selain Melayu adalah 'kelas dua'. Dizaman selepas bermulanya keluhuran Perlembagaan, maka konsep 'warganegara 'kelas kedua' adalah tidak benar dan tidak tepat.]

Tuesday, December 15, 2009

Adakah perjuangan Nizar sama dengan perjuangan Melayu?


Di kemukakan petikan teks penuh isu ini (maaf dalam bahasa Inggeris):]



Nizar says Ketuanan Melayu is unIslamic

(Ed, Bukan kah ketuanan Melayu itu zahirnya ketuanan agama Allah dan hamba-hamba Allah di Tanah Melayu yang telah bersarang selama 500 tahun?)

By Clara Chooi

The recent spate of racial politicking allegedly instigated by non-Malay politicians in the Opposition, seems to have triggered an internal war among the Malay community, creating a widening rift between two factions — the pro-Pakatan Rakyat (PR) Malays and the pro-Barisan Nasional (BN) Malays.

The chasm was further proven today when, in a press conference at the Perak DAP headquarters this afternoon, ousted Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (picture) came to the defence of his non-Malay comrades in the PR and condemned the concept of “Malay Supremacy”, adding that it was an “un-Islamic” ideology.

He also urged his fellow Malays to open their eyes and see the BN's or Umno's ploy in using the concept to create a wave of protest against the PR alliance.

“As far as we in PAS are concerned, the entire concept is utter rubbish. There is no such thing as Malay supremacy but what it really is is Umno supremacy,” he said.

He said that PAS, even as an Islamist party, had never been an advocate of such a concept and this stand had been undertaken by the party's spiritual adviser Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat many years ago.

Nizar added that “Malay Supremacy” was anti-Islam and that any Muslim who committed treachery against Islam would be punished in one way or another.

“They will not go unpunished,” he said.

The Bukit Gantang MP added that the Umno Malays were presently attempting to distort all statements and actions taken by the non-Malay politicians in the PR, in order to create a false impression that they were “anti-Malay”.

“They are doing this everywhere and trying to get the Malays to believe them.

“Look at the incident of the frog doormat — they claimed that it was an act of the Chinese stepping on the faces of the Malays,” he said.

In the incident, the Perak DAP had been criticised for stepping on the pictures of PR defectors Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu and Hee Yit Foong during its annual convention in Ipoh recently.

Nizar was speaking out for his non-Malay colleagues in the PR — Taiping MP Nga Kor Ming and Ipoh Barat MP M. Kulasegaran — both of whom had come under fire lately for allegedly making “racial” statements in Parliament.

In Kulasegaran's case, the DAP national vice-chairman had said that the New Economic Policy and the concept of “Malay Supremacy” were obstacles in the quest to achieve racial unity in the country.

Nga, on the other hand, became the recipient of severe criticism when he spoke against the BN government's generous allocation for the construction of mosques in the country.

He had said that between the years 2000 and 2008, the government had spent RM748.26mil on the construction of 611 mosques but had failed to build any churches or Chinese and Indian temples in the same period.


(Sumber)

http://www.themalaysianinsider.com


Monday, December 14, 2009

FAKTOR ANWAR DALAM PERCATURAN MELAYU


  • "Dalam politik segalanya mungkin. Apa yang tidak disangka terjadi, boleh terjadi "- Tun Mahathir Mohamed

  • Seorang penganalisis politik meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan menyertai semula UMNO berikutan parti itu adalah satu-satunya wadah bagi membolehkan beliau mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

(Setakat pada 14 December 2009, ramalan ini semua tidak benar)

Friday, December 11, 2009

SYAIR NASIHAT

SYAIR NASIHAT KEPADA SEMUA KETURUNANNYA

Ayuhai segala anak cucunya
Hendaklah ingat datuk neneknya
Serta fikirkan fiil lakunya
Hendaklah diikut sembarang dapatnya

Janganlah malah ziarah kuburnya
Tiap-tiap Jumaat atau bulannya
Jika jauh akan tempatnya
Setahun sekali jika mudahnya

Jika sungguh upu nenek moyangmu
Fatihah kan dia jangannya jemu
Serta kenduri dan jamu
Barang yang dapat atas usahamu

Sebagai lagi nasihat nenda
Kepada segala sanak saudara
Serta kepada anak cucunda
Salasilah ini hendaklah ada

Tiap-tiap seorang menaruh sendiri
Tidaklah hilang bangsanya sendiri
Supaya tidak susah hendak mencari
Asal-usul kita demikian peri

Raja Ali Haji (Pengarang Tuhfat Al-Nahfis)

Raja Noor Jan tidak putus asa..


Persatuan Pemilik Galeri Warisan Sejarah Melaka Kuala Lumpur dan Selangor dilancarkan secara rasmi oleh penaung persatuan itu, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah di Restoran Nelayan di ibu negara. Hadir sama, Pengerusi persatuan berkenaan, Datuk Faat Isral; Timbalan Pengerusi, Datuk Maznah Harun; Ketua Setiausaha, Datuk Latifah Arishah dan Penolong Bendahari, Datuk Paduka Maznah Maarof. Pada majlis itu Raja Noor Jan turut merasmikan penjualan buku Majlis Istiadat Hari Naik Takhta Kali Ke-6.


Sumber: Sinar Harian

Thursday, December 10, 2009

DIRGAHAYU

Kumpulan Rajamenangis dengan ini merafak sembah tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor, sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-64; yang jatuh pada 11 Disember 2009.

Ampun Tuanku, semoga Tuanku dilanjutkan usia dan Selangor terus kekal sebagai sebuah negeri berdaulat dan dilimpahi rahmat Ilahi. Kebijaksanaan, keadilan dan kedaulatan Tuanku Sultan Selangor kekal di sanubari anak-anak Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
DAULAT TUANKU !!

SIAPA MASIH TAK PAHAM ANGKAT TANGAN


Petikan daripada Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah Rendah [Rasmi] yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ada beberapa objektif yang perlu di sasarkan dalam pendidikan sejarah di sekolah Malaysia:

Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar yang berkaitan, para murid dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan

OBJEKTIF


Unsur Patriotisme

Fokus
utama kurikulum Sejarah bertujuan menanam semangat patriotik yang memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid bagi melahirkan warganegara yang:
  • Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia
  • menghormati raja dan pemimpin negara
  • menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
  • menghormati lambang-lambang negara(seperti bendera, lagu kebangsaan, jati negara)
  • menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara
  • menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
  • berbangga dengan sejarah negara
Bersemangat Setia Negara

  • cinta akan bangsa dan negara
  • taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
  • sedia berkorban untuk bangsa dan negara
  • bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
  • berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
  • peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
  • bersyukur sebagai warganegara Malaysia
Bersemangat Kekitaan

  • bersatupadu dan berharmoni
  • bertolak ansur dan bertoleransi
  • bekerjasama dan tolong menolong
  • hormat menghormati
  • bersefahaman dan bermuafakat
  • muhibah atau semangat bermasyarakat


Petikan: Sukatan Pelajaran Malaysia
Sususnan: Rajamenangis

Tuesday, December 8, 2009

Melayu Dayus di Tanah Melayu

Orang Melayu kini takut pertahan hak

NOV 20 — Apabila pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock mati jatuh bangunan, Kunta Kinte tengok satu Malaysia sangat sedih, simpati dan marah. Bukan main punya simpati dan protes sampai ada pembesar Islam yang pegang colok dan lilin dalam upacara “vigil” (tafakur) mereka.

Apabila tahanan India mati dalam lokap atau lari dari lokap dan terjun sungai, reaksi yang sama terjadi. Satu Malaysia marah lalu dibuat tunjuk perasaan dan dituntut tubuh suruhanjaya penyiasat. Apabila seorang wanita India mati minum racun pasal dukacita saudara kandungnya mati ditembak polis, ada pembesar pembangkang berbangsa India cuba buat usul di Parlimen.

Tapi bila seorang pemuda Melayu di Perlis, Mohamad Taufik Noorzan, 21, dikatakan mengamuk dan cuba serang polis dengan pisau ditembak mati, Kunta Kinte tengok macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Banyak lagi contoh macam tu. Belum kira lagi cerita tanah Melayu kena ambil kemudian dibuat pembangunan untuk semua bangsa. Rumah Melayu kena runtuh dan macam-macam lagi.

Adakah orang Melayu tak peduli? Adakah orang Melayu apati? Adakah orang Melayu tak berani? Adakah Melayu bangsa suka membisu dan menyepi? Dayus? Takut?

Bacalah selanjutnya di http://themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/44023-orang-melayu-kini-takut-pertahan-hak--kunta-kinte

[ Ed - orang Melayu pengecut]

EKSKLUSIF :AGENDA BESAR AMBIL ALIH MALAYSIA

SATU ANALISIS POLITIK TERKINI

Para pemikir Cina sudah mula berbincang mengenai kemungkinan mengambilalih pentadbiran negara ini melalui Pakatan Rakyat tanpa mendapat lebih 50% undi Melayu. Dalam perbincangan itu, pengkaji politik, Wong Chin Huat telah membuat perkiraan berikut:



Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).

Seandainya PR memperolehi 50% undi kaum India dan 75% undi kaum Cina, dalam keadaan mengekalkan undi Melayu pada paras 40%, maka PR akan memperolehi 90 kerusi di Semenanjung. Jikalau undi kaum India jatuh kepada 40%, maka PR hanya akan mendapat 80 kerusi, seperti apa yang berlaku pada PRU ke-12.

Pemerhatian Wong terhadap senario politik selepas PRU ke-12, termasuk beberapa PRK seperti Bukit Gantang, Manek Urai yang menyaksikan peralihan sokongan sebahagian masyarakat Melayu kepada BN, menyimpulkan bahawa "mustahil untuk PR memperolehi lebih 50% sokongan Melayu dalam masa terdekat."

Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.
Mereka sedar bahawa untuk dapat lebih 50% undi daripada masyarakat Melayu, mereka perlu beralah kepada tuntutan Melayu. Ini jelas mereka enggan. Editor edisi Cina Malaysiakini.com, Yong Kai Ping menyebut sistem yang ada sebagai sistem "negara Melayu" menunjukan ketidak selesaan kaum Cina cauvanis untuk memperakui warisan kesinambungan sejarah Melayu dan kaum Bumiputera. Mereka menerima hakikat susah untuk Pakatan Rakyat melawan UMNO dalam perbincangan mengenai Melayu.

Disamping itu, UMNO perlu menguatkan kepercayaan orang Bumiputera Sabah dan Sarawak kepada BN kepimpinan UMNO. Sebarang kecurigaan hingga anggapan hak mereka telah dianaktiri perlu diperbetulkan.

Kerajaan sekarang dilihat berlebihan untuk mengambil hati pengundi kaum Cina dan India.

Ada anggapan di kalangan orang Melayu bahawa kerajaan telah mula tidak membela Melayu dan Bumiputera.



Sumber:http://theunspinners.blogspot.com/

Monday, December 7, 2009

Siapa orang Melayu Funan?

Pengasas kerajaan Funan bernama Raja Kaundinya banyak disebut dalam Hikayat Demang Lebar Daun (Annals of the Willow Tree) yang mempunyai kaitan dengan Kataha. Tokoh sejarah ini dianggap wira yang berperanan sebagai pengasas tamadun Indocina dalam kurun 1 Masihi.

Sepertimana orang-orang Yunani, orang Melayu Funan mengagungkan kerabat orang-orang berjasa seperti Kaundinya. Kaundinya dikatakan mempunyai kelebihan ilmu merancang bandar kerana rombongan yang dibawanya termasuk ahli bijak pandai yang berupa membina empangan air untuk pertanian serta mengusaha projek-projek awam yang lain termasuk ketenteraan.
Sebagaimana diriwayatkan oleh Hikayat Merong Mahawangsa, Raja Kaundinya mengepalai ekspedisi yang amat kuat:

"....tahap pembukaan negeri perlu diperhatikan dahulu. Tahap ini seringkali digambarkan sebagai sekumpulan orang yang berpindah-randah ... memakan masa yang lama ... contohnya dalam Hikayat Merong Mahawangsa ... selama 200 hari, kumpulan ini dipimpin oleh seorang raja atau keturunannya diikuti menteri, penggawa, hulubalang, rakyat dan bala tentera. Pada umumnya ia berhenti di beberapa tempat di mana orang bermain dan orang lelaki berburu."

Untuk perdagangan dengan Langkasuka dan lain, pelabuhan Oc Eo ditubuhkan. Kejayaan projek-projek Kaundinya mendapat sambutan dan dengan itu kerajaan Funan menjadi makmur dan kuat. Kejayaan ini dikisah sebagai teori pengasas Funan, Teori Kaundinya.

Teori ini sebenarnya bergantung kepada ilmu perancang bandar. Tamadun yang lebih awal mempunyai tatacara memilih pegawai yang berkaliber, mengusahakan tenaga kerja efisien serta cekap mengutip hasil dan cukai untuk pembangunan awam. Tatacara ini dikumpul dan diperbaiki mengikut pengalaman. Penulisan tatacara yang paling lengkap diusahakan oleh Kautilya pada masa Raja Chandragupta.

Budaya, agama dan bahasa adalah berkait rapat. Disebabkan bahasa tamadun di sekitar Indo-Pakistan adalah Vedas dan Sanskrit, makan tidak dinafikan bahawa panduan perantaran sistem pemerintahan awal negara kota Melayu (pura) banyak mempunyai ciri-ciri yang sama. Contoh kesimpulan simplistik mengenai orang-orang Melayu adalah seperti berikut:

" ... the early Malays ... belong to an older scheme of things ... Hindu organization for government, war, court ceremonial, elephant riding, trade, commerce and the rest ..." Ianya dikatakan simplistik kerana bahasa dan budaya pengucapan umum rakyat jelata adalah Melayu, dan hanya golongan cerdik pandai kerajaan (aristokrasi) sahaja yang dipercayai mahir menggunakan bahasa Sanskrit.

Prosiding Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut
Anjuran Pusat Warisan Seni Melayu & UiTM.

Saturday, December 5, 2009

Bercinta Darjah 6

Duhai guru-guru dan kawan-kawanku
Waktu itu ibarat mimpi
kejernihan wajah anak-anak
kebengisan guru-guru
laksana kurnia rahsia Tuhanku
Waktu kegemilangan sekolah
Tersergamlah Sekolah Peringgit
kau sekolah kayu usang
namun tiap pagi bangunku
gemersik jiwa rasanya
dalam ku mengejar dewasa
rupanya panar bercinta

Renungan takkan puas menyapa
gelisahku cuma segelintir tahu
nak diintai mata mu
nak dibingkai senyum mu
nak disebut cinta ku
terpaku, tiada kudrat ku
darjah enam tanggal mulanya
mudanya aku bermanja

Kelak...waktu kian berarak pergi
tersisih jua sepeninggalan ku
terlepas pisahlah sekolah ku
terputus jualah hasrat ku
Aku dikitarkan, dinyahkan
mulalah kehidupan baru
menyunsung tiba Maktab Melayu
siapakah aku
dalam memori mu ...

Shali
Disember 2009

Friday, December 4, 2009

AMALAN BERUSIA 410 TAHUN

BAU kemenyan yang menusuk ke hidung, suasana gelap dan laluan pejalan kaki yang sempit membawa pengunjung menuju ke Hamam al-Abhar. Ia hanya mengingatkan diri kepada sejarah lampau yang berusia 410 tahun di ibu kota lama Yemen.

Selama berabad-abad lamanya, rumah mandi tradisional (Hamam) masyarakat Turki menjadi tumpuan penduduk Asia Barat.
Hamam telah menjadi pusat perjumpaan untuk bersosial sambil melakukan kegiatan membersihkan diri mengikut adat lama Yemen. Kebanyakan Hamam memiliki seni bina menarik.

Di Hamam al-Abhar, golongan lelaki daripada semua peringkat umur akan berehat setelah mandi wap. Mereka duduk mengelilingi dewan bulat sambil mengunyah qat, sejenis daun yang mengkhayalkan dan
menikmati cahaya semula jadi yang menembusi lubang-lubang kecil di atas kubah.

Bandar purba Sanaa telah diduduki oleh manusia sejak 2,500 tahun dahulu dan kawasan itu telah diwartakan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai bandar bersejarah.

Sanaa mempunyai 14 buah Hamam, 193 masjid dan lebih daripada 6,000 buah rumah lama yang dibina sebelum abad yang ke-11.
Bagi majoriti pengunjung, amalan itu dipercayai mampu mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit. Yang selebihnya pula datang dengan harapan ia dapat meningkatkan lagi prestasi semasa mengadakan hubungan kelamin. Air panas dan teknik urutan membantu untuk melancarkan pengaliran darah.

Dalam tahap pertama, ritual itu menuntut pengunjung memasuki bilik panas. Di sini, mereka akan duduk di atas kerusi berbatu hitam dan berpeluh di sebalik udara kering yang panas. Bilik seterusnya juga panas dan lembap. Di situ pula, pengguna akan membersihkan diri dengan menggunakan air sabun yang mengalir keluar dari lantai.

Di ruang urut yang juga panas persekitarannya, seorang tukang urut bekerja dengan penuh tekun. Dia mengurut seluruh badan pengunjung dari kaki, tangan, perut dan belakang badan. Hamam turut dibuka kepada wanita terutama pada hari Khamis dan hujung minggu apabila banyak majlis perkahwinan berlangsung. Tentang harga, ia tidak tetap dan berada dalam lingkungan 200 riyal (RM3.37) hingga 2,000 riyal (RM1,797) mengikut tempoh tertentu.

Orang Yemen juga percaya bahawa kunjungan ke Hamam akan memelihara kesihatan yang sejahtera. Malah, sehari suntuk berada di sini lebih baik berbanding dengan berjumpa doktor. Sehinggakan, ada juga yang beranggapan bahawa ia merupakan ubat paling mujarab daripada terkena jangkitan virus H1N1.

Dipetik dari Kosmo

Wednesday, December 2, 2009

SEMINAR PERADABAN MELAYU

Kumpulan Rajamenangis telah berpeluang mengikuti SEMINAR PERADABAN MELAYU yang telah berlangsung pada 23 - 24 November di Dewan Bahasa dan Pustaka anjuran Institut Peradaban Melayu, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang telah membincangkan 11 makalah yang mempunyai kaitan dengan dunia Melayu khususnya. Ia adalah seminar yang memperkayakan pengalaman sekaligus memberi peluang kami berkenalan dengan pemakalah yang mempunyai kepakaran di bidang masing-masing. Pemakalah dan makalah:

Prof. Emeritus Dr. Datuk Asmah Hj. Omar, Felo Penyelidik Kanan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau adalah seorang sarjana bahasa Melayu yang mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang meluas dan mendalam tentang bahasa Melayu. Beliau akan berbicara mengenai "Bahasa Sebagai DNA Peradaban."




Prof. Dr. Adnan Awang, Penyandang Kursi Za’ba, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau banyak menyelidiki sejarah dan sumbangan Za'ba dan tokoh-tokoh lain terhadap kecendekiaan Melayu. Beliau akan membentangkan dapatan kajiannya menganai "Cendekiawan Melayu dan Perjuangan dalam Karya Kesarjanaan Mereka."


Dr. Siti Zainon Ismail, mantan profesor, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dr. Siti Zainon adalah seorang sarjana seniman Melayu yang terkenal dengan ketokohan dan karya beliau di Alam Melayu. Beliau akan berbicara mengenai "Gaya Berbusana: Adat Dan Adab Selaras Keindahan Peradaban Melayu."




Datuk Dr. Hassan Ahmad, Pengarah Urusan, Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad menerajui Yayasan Karyawan yang menerbitkan Siri Karya Agung dalam bahasa Melayu. Beliau adalah seorang pemikir yang banyak membaca, menulis dan berbicara mengenai pergelutan dalam peradaban semasa kita. Beliau akan membicarakan "Karya Agung Melayu: Cerminan Keunggulan Akal Budi Bangsa Melayu Sepanjang Zaman."


Prof. Dr. Datuk Zainal Kling, Penyandang Kursi Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Prof. Datuk Dr. Zainal Kling adalah seorang budayawan sarjana yang lantang membicarakan isu-isu dalam peradaban Melayu semasa. Beliau berbicara mengenai "Nilai-Nilai Unggul Masyarakat Melayu".




Encik Nasha Rodziadi Khaw, siswa sarjana, Universiti Sains Malaysia. Beliau adalah seorang graduan sains yang terpaut pada bidang arkeologi. Dengan kemahirannya dalam bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Perancis, beliau dapat meneliti banyak dokumen asal dalam bahasa-bahasa tersebut, dan membuat "Satu Analisis Sosioekonomi Kerajaan Awal Semenanjung Tanah Melayu Sebelum Kurun Ke-13."




Prof. Datuk Dr. Yaacob Harun, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Prof. Datuk Dr. Yaacob pernah memegang Kursi Pengajian Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, di Universiti Leiden, dan di Victoria University of Wellington. Beliau banyak menjalankan kajian terhadap masyarakat Melayu semasa. Beliau akan membentangkan dapatan kajiannya mengenai "Melayu dan Identitinya."



Prof. Dr. Datuk Wan Hashim Wan Teh, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Datuk Prof. Dr. Wan Hashim Wan Teh terkenal dengan penyelidikannya mengenai diaspora Melayu. Beliau akan menyampaikan hasil penyelidikannya mengenai "Rumpun Melayu Minoriti dan Diaspora, Persoalan Jati Diri."





Prof. Madya Nuwairi Khazai, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Kanun ini adalah asas pembinaan sebuah peradaban, iaitu apabila ada undang-undang yang tertulis. Tuan Nuwairi melakukan banyak penyelidikan terhadap kanun-kanun Melayu. Beliau akan menyampaikan dapatan kajiannya "Kanun-Kanun Melayu Sebagai Ukuran Peradaban Melayu."




Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Datuk Zainal Borhan banyak meneliti dan berbicara tentang peradaban Melayu, dan beliau akan membicarakan "Memantapkan Peradaban Melayu."





Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Pengarah, Institut Peradaban Melayu, Universit Pendidikan Sultan Idris. Prof. Abdullah Hassan melibatkan diri dalam perancangan bahasa Melayu di DBP dan Pengajian Tinggi semenjak 1972. Beliau akan menyampaikan makalah "Bahasa Sebagai Unsur Budaya, dan Pembinaan Peradaban Bangsa."

Monday, November 30, 2009

1-SINGAPORE PERLU DIPERKENAL


RAJAMENANGIS syorkan agar konsep 1Singapura atau OneSingapore, mengikut landasan-landasan dan ciri ciri ala Malaysiakini di perkenalkan dengan serta merta di Singapura .

Ini mungkin juga boleh di perluaskan ke negara-negara lain seperti OneIndia atau OneChina, agar boleh dicontohi oleh Malaysia.

Kami tentu kagum dengan Malaysiakini jika mereka mampu menghantar wakil-wakil mereka ke negara-negara tersebut untuk 'mengajar' negara-negara itu konsep "One-ness" yang mereka cukup bijak putarkan.

Abdullah mengisahkan Raffles

Thomas Stamford Raffles dilahirkan pada 6 Julai 1781. Oleh kerana kemiskinan, beliau terpaksa berhenti sekolah pada usia 14 tahun. Raffles kemudian berkhidmat dengan East India Company. Pada usia 23 tahun, dilantik sebagai pembantu setiausaha koloni di Pulau Pinang. Pada 1811, Raffles turut menyertai tentera British menyerang Jawa untuk menghalau pedagang Belanda dan Perancis.

Selepas itu beliau dilantik sebagai Leftenan Gabenor. Menjelang 1818, Raffles merancang untuk membina penempatan di Singapura bagi memastikan keselamatan kapal-kapal British. Pada 29 Januari 1819, Raffiles mendarat di sana.

Selepas 3 tahun berkhidmat di Sumatera, beliau kembali ke pulau itu untuk menguruskan pentadbirannya. Kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan, Raffles pulang ke London. Beliau merupakan Presiden pertama dan pengasas Zoo London. Beliau meninggal dunia pada 5 Julai 1826 kerana ketumbuhan otak.


Bila datang ke Melaka, Raffles tinggal di sebuah rumah di Banda Hilir yang dimiliki oleh Baba Cheng Lan. Kali pertama pada 1807 sebelum kembali semula ke Pulau Pinang pada 23 Januari tahun berikutnya. Kunjungan kedua pada penghujung Julai tahun yang sama selama 3 bulan.

Raffles mengutus surat kepada Gabenor-Jeneral India bagi menghalang rancangan British meninggalkan Melaka. Oleh kerana penglibatan beliau inilah, sebahagian kota “A Famosa” masih berdiri. Sebagai agen Lord Minto dengan Tanah Melayu (Malay States), pada bulan Disember 1810, beliau memilih Melaka sebagai ibu pejabat.


Kisah dipetik daripada buku “Hikayat Abdullah”:

Semasa tiba di Melaka, Raffles membawa barang-barang unik buatan tukang di Eropah seperti pistol, kain satin mahal, muslin tenunan emas, kain bulu yang halus buatannya, jam dan kertas berhias emas dan perak untuk menulis surat kepada Raja, Sultan atau putera Raja Melayu, dan pelbagai lagi objek sebagai hadiah kepada orang-orang besar Melayu.


Satu hari, Ibrahim (penyalin Melayu) memberitahu bahawa Raffles ingin mencari penyalin (copyist) yang mempunyai tulisan cantik, dan juga mahu membeli surat-surat lama serta teks Melayu. Saya diambil untuk menyalin beberapa helai surat ke dalam buku. Ramai penyalin yang lain menulis surat-surat, peribahasa Melayu, puisi, syair, menulis kembali cerita dan lain-lain.


Raffles bertubuh sederhana, tidak tinggi mahu pun rendah; tidak gemuk mahu pun kurus. Dahinya lebar dan agak jendul yang menunjukkan kebijaksanaannya. Dia berambut coklat, bertelinga agak besar, berbulu kening tebal, berhidung mancung dan pipi agak cengkung. Bibirnya nipis, kata-katanya lembut dan mulutnya agak luas; lehernya jinjang, warna kulit tidak begitu jelas, dadanya bidang dan pinggangnya sederhana. Dia melangkah dalam keadaan sedikit membongkok.


Raffles selalu kelihatan seperti berfikir. Beliau peramah dan sentiasa menghormati sesiapa saja. Beliau bijak memutuskan perbualan yang dianggap agak menyusahkan. Sangat bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain dan gemar memberi kepada golongan miskin. Beliau bertutur sambil tersenyum dan suka mengkaji sejarah. Apa usaha yang dimulakannya, disudahkan jua dengan penuh semangat.

Bila membaca atau menulis, beliau gemar di tempat yang sunyi. Ketika ini, tiada sesiapa yang boleh mengganggu. Beliau menurut jadual, dan tidak mencampur adukkan semua kerjanya.
Beliau menggaji empat orang lelaki untuk mencari spesimen untuk dijadikan bahan kajian. Seorang ke dalam hutan mencari berjenis daun, bunga, lumut, kulat dll. Seorang lagi mencari cacing, belalang, rama-rama, kumbang, serangga dll. Manakala yang lain ditugaskan mengumpul kupang, kerang, tiram, ikan dsbnya. Lelaki terakhir menangkap binatang liar seperti burung, ayam hutan, rusa dll.

Raffles mengeringkan dedaun dan bunga dalam buku bermuka surat tebal. Beliau juga mengawet binatang kecil seperti lipan, ular, kala jengking dll di dalam bahan kimia yang diletak di dalam botol. Ramai orang datang membawa buku dan manuskrip Melayu. Kira-kira 360 naskhah lama (tidak termasuk Syair dan Pantun serta Peribahasa dan Simpulan Bahasa) dari seluruh Tanah Melayu dijual kepada beliau.

Pemilik naskhah lama itu tidak tahu menilai ‘harta’ yang dipusakai daripada nenek-moyang mereka. Namun ada juga buku yang dipinjam oleh Raffles dan disalin. Raffles menunjukkan minat yang mendalam terhadap bahasa pertuturan orang-orang Melayu dan berhasrat mengasaskan sekolah bagi tujuan mengajar kepada lebih ramai penduduk Tanah Melayu.

Saturday, November 28, 2009

Lebih selamat Chin Peng hidup di Thailand

Hampir kesemua anggota polis ini dibunuh komunis dalam balai polis tersebut
(Peristiwa Bukit Kepong)


Meskipun peristiwa hitam itu sudah lama berlalu dan usianya sudah dimamah zaman, namun kekejaman bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, tidak akan luput dari ingatan seorang pesara tentera.

Bekas pegawai tentera Lee Hock Sun, 52, yang kehilangan kaki kirinya akibat terpijak jerangkap samar berkata, Chin Peng tidak patut dibenarkan memasuki negara ini walau atas apa jua alasan. Beliau berkata, malah peristiwa yang terjadi sepanjang Chin Peng dan pengikutnya mengganas di Tanah Melayu, masih segar dan menghantui hidupnya sehingga kini. Menurutnya, mereka yang bersetuju untuk membenarkan Chin Peng memasuki Malaysia tidak tahu menghargai penderitaan dilalui para pejuang dan penduduk ketika itu.

“Saya sendiri cedera parah di kaki dan terpaksa dipotong kerana perbuatan komunis. Perkara ini bukan terjadi kepada saya seorang tetapi kira-kira 230 rakan yang lain.Kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh di tangan PKM diketuai Chin Peng semasa era keganasan kumpulan pengganas itu antara 1948 sehingga mereka meletakkan senjata pada 1989.

[Ed, siapakah ahli PKM tu? Rashid?]


(c) 2009 Utusan.com.my

Friday, November 27, 2009

Pejuang bahasa sedar kah?



BAHAGIAN A – TONGGAK INSTITUSI
PELAN TINDAKAN PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2010

Hasil yang diharapkan:
"Graduan yang boleh berfikir secara kritikal, mempunyai kemahiran komunikasi dan berbahasa Inggeris dengan cemerlang... dijadikan asas umum kepada semua graduan tanpa mengira pengkhususan masing-masing"


(Petikan m.s 28 Pelan Strategic Pengajian Tinggi )