ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, January 1, 2009

Grand Palace, Bangkok


Foto atas : Pemandangan Grand Palace, Bangkok.
Bawah : Senibina yang menakjubkan di mana batu-batu 'permata' pelbagai warna menghiasi corak pada dinding. Tatkala disimbah cahaya terik mentari, semuanya nampak berkilau-kilauan bagaikan jutaan bintang bergemerlapan.

Grand Palace dibina pada 1782. Selama 150 tahun ia menjadi istana Raja Thai dan tempat bersemayam kaum kerabat. Sebahagiannya merupakan bangunan pentadbiran kerajaan. Senibina mengagumkan dan halusnya ukiran melambangkan kreativiti dan kemahiran ahli pertukangan Thai. Hari ini ia menjadi pusat tumpuan pelancong di samping tempat diadakan beberapa upacara rasmi melibatkan keluarga diRaja Thai. Terdapat juga Temple of the Emerald Buddha yang dikatakan dibina sejak kurun ke-14. Ada sebanyak 17 istana Raja di Bangkok, sebahagiannya dijadikan hospital, muzium dan universiti.

Mungkinkah di dalam kawasan asal Istana Siam ini, berabad yang lalu...telah melangkah pembesar dan pahlawan Melayu, membawa kiriman bunga emas daripada Sultan Melaka serta Raja-raja negeri lain? Maka kenapakah Kerajaan Siam begitu kuat sehingga tiada penjajah yang dapat menawannya?

Foto Ehsan : Shali

3 comments:

  1. ".... Maka kenapakah Kerajaan Siam begitu kuat sehingga tiada penjajah yang dapat menawannya?"

    jawapannya..
    Kerana Thailand sekarang bukanlah kerajaan Siam asal. Kerajaan Siam yang asal ialah "KERAJAAN ISLAM SIAM NAGARA KEDAH" yang diasaskan oleh Raja Merong Mahawangsa iaitu cucu keturunan Maharaja China Sai Tee Sung (Dinasti Tang) yang diislamkan oleh Saad bin Abi Waqas utusan baginda Rasullullah SAW ke Negeri China pada tahun 650 Masihi.(inilah asal usul kerajaan Melayu Siam yang disebut dalam buku teks sejarah kita Kerajaan "Kedah Tua")

    Kerajaan Siam Kedah diserang oleh Raja Suku Thai dari Burma dan dijajah selama 5 tahun. Serangan Thai dibantu dgn kerjasama Inggeris. Kemudian Raja Chulalalongkorn melantik menantunya Sultan Abdul Hamid sebagai Sultan Kedah baru. (yang tiada kaitan dgn keturunan Sultan Siam Kedah) Selama 5 tahun penjajahan, berbelas2 bekas istana kerajaan Siam Kedah dimusnahkan dan di bina kuil2 Hindu untuk mengaburi mata generasi seterusnya. Namun telah dijumpai batu bertulisan Jawi bertarikh 213 Hijrah di celah2 candi Lembah Bujang yang membuktikan kerajaan Islam pernah bertapak disitu.

    sebab itulah sejarah kesultanan Kedah sebelum Sultan Abdul Hamid tidak byk diceritakan.

    Asal nama negara Thailand adalah sempena Raja mereka iaitu Sukhotai. mungkin mereka cuba beritahu itulah - "Thai Land"? dan cuba melenyapkan panggilan asal "Siam" terhadap mereka?

    Bukti Kerajaan Siam Nagara Kedah boleh didapati dalam Undang-undang Kedah. (ahli sejarah barat dan Thai terlepas pandang bukti ini)

    Maklumat lanjut :- http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

    terima Kasih.
    Harris

    ReplyDelete
  2. i think the real reason why is because the British and the French wanted to create a buffer state between British India and French Indochina, perhaps to avoid full out war. i mean, better to keep a small Siam, rather than waste resources fighting the French in the East (as if fighting the French under Napoleon wasn't hard enough)

    ReplyDelete